26.1.10

Nostalgia Bas JB

Masa tu gua muda lagi , belasan tahun . Masa tu gua pelajar di Gambang . Hati belajar lagi , di Pandah Indah . Dah agak lewat masa tu , gua nak balik rumah Senawang , esoknya nak pulang Gambang . Dekat Pudu gua ambil tiket bas balik . Lepas aksi-aksi melepaskan-taknak-tinggal-tak-boleh , gua naik bas . Masa tu gua biar Hati balik sendiri , dengan rakan rumah beliau .

Gua seorang saja dalam bas tu . Lepas agak sejam bas tak jalan gua dah saspect denggi ade bende tak kena . " Dik , turun . " , pemandu bas selamba saja kuang ajar halau gua . Gua pinga-pinga tanya ejen dekat platform , dia bawak gua nak kaunter balik . Penyelesaian mudah beliau , " nah ambil balik duit tiket ." . Gua nak duduk mana lahanat ? Masa tu dah dekat tengah malam .

Lepas gua berkelahi ala kadar , nak tak nak gua ada satu peluang saja nak balik . Tumpang bas ke Johor Bharu . Lantaklah , janji gua boleh balik . Apa-apa hal pun , gua kene call Si Ayah minta tolong ambil dekat terminal .

Pukul 2.30 pagi gua naik bas ke Johor Bharu . Gua mintak dekat drebar masuk sampai terminal tapi beliau refuse , taknak kene saman ( disallowed non-sticker-able bus ) + tiket tol lagi . Dia tinggalkan gua dekat lebuhraya berhampiran tol seremban .

Gua jalan kaki ke terminal . JAUH , sebab gua penat . Lepas je tol booth , kiri kanan gua anjing . Gelabah gua macam nak ambil SPM . Gua ambil jalan mudah dan luas , tengah-tengah jalan raya . Sekejap-sekejap gua lari-lari anak , bila ada anjing tenung semacam , gua jalan-jalan-lari saja . Si Ayah sporting abis , mungkin dia nak bagi gua pengalaman . Malu gua , pergi dating sedap-sedap , tengah malam Si Ayah yang kena ambil .

On the way balik rumah , Si Ayah siap ajak minum . Ni mesti kes tak boleh nak tidur balik . Gua ingat setakat minum saja , siap ajak mencekik lagi . Tak larat gua nak layan . Gua bajet beliau nak sampaikan syarahan tak bertajuk . Ye la , kalau kat rumah bising pulak nanti . Gua dah redi tadah telinga nak kene lecture , sikit pun Si Ayah tak komen , siap bantai sengih-sengih lagi tengok gua separuh mata saja yag tinggal , GUA SAYANG AYAH GUA .

Bila ingat balik kisah ni , baru gua sedar bahawa kalau gua suruh drebar bas berhenti dekat tol senawang lagi mudah . Tak lah jauh sangat . Masa tu gua muda lagi .

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang muda selalu buat silap

r.k berkata...

orang muda juga selalu taknak mengaku silap .

^^

:: @ m e r a l i t y :: berkata...

hahahah~ pengalaman menjadi teladan. seb bek x jd kat aku tyme nk balik penang..hahaha

r.k berkata...

aku teringat kisah ni lepas kita pi travel kelumpo dengan bas lah ! haha

jadi kat hang , memang dok telepon aku lah suroh amek ..

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

kurang sifat kasihan dreba bus tu...
tapi kalau aku.. tak shanggup mahu jalan kaki

r.k berkata...

Gua ingat dreba tu pun layan metal gak la macam lu moon .. haha

deus X machina berkata...

Nasib baik anjing2 tu tak kejar lu
erk888

memekak je lagu chelsea lu ni
glory glory man united!!!
erk888

nice blog bro

r.k berkata...

deux , kalau kejar memang gua patah balik la kat tol booth , haha

dah gua darah biru takkan nak pasang lagu wankers . aha!

thanx visit ! .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...