Memaparkan catatan dengan label Cerekanyawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerekanyawa. Papar semua catatan

23.4.10

Sesi pau tengahari panas

burp .. fuh ! Cuaca panas macam ni memang rasa cantik dapat  teguk sirap limau ais . Ramai orang sekitar kawasan masjid ni . Yang satu route dengan ghua nampak putih saja masing-masing . Ni kalau tengok dari cermin helikopter , mesti style . Ghua pandang kiri kanan , tengok kutu-kutu ade pakat beli mee goreng lah , rokok lah , nasi goreng lah , bontot ayam lah , rokok lah , cendol pulut lah , putu mayam lah , rokok lah , bakso lah , otak-otak lah , macam-macam lah . Ghua stedi saja dengan sirap limau . Waktu-waktu macam ni tak payah tunjuk macho dekat awek-awek beli itu ini sebab seorang awek pun tiada . Gila apa awek nak keluar sembahyang Jumaat ?

Ghua relax-relax balik sekolah semula . Kutu-kutu skema dah balik awal dah , kutu-kutu gengster semua ada kat barisan belakang , berasap lagi . Gasak kau lah .

Dari jauh ghua tengok pintu pagar sekolah ada ramai kutu lepak . Ada yang tengah tanggal sampin lah , ada yang bukak songkok lah , ada yang bukak bungkusan mee lah . " Sudah , spot cek ni ," getus ghua sendiri . Ghua buat cool je lah , setakat sirap limau , takkan nak pau jugak kot .

Sampai dekat pagar sekolah , ghua dipanggil En Warden . Ada ke beliau tanya ni sekolah bapak ghua ke . kalau sekolah bapak ghua , tentulah ghua balik bawak sirap limau 2 bungkus , ghua beli sebungkus saja ni . Tak dapat nak jawab apa-apa , dari pagar sekolah ke bangunan asrama , ghua dengan kutu-kutu jalan kaki orang atas tar panas-panas . Kutu-kutu skema yang pakai kasut pegi solat semua gelakkan ghua dan kutu-kutu lain . Masa-masa macam ni pulak memang ramai awek-awek duduk pinggir-pinggir bawah payung nak gelakkan orang . Lu ingat comel ke jalan kaki orang atas tar panas ?

--------------

"Awek , bontot  ayam 2 hengget " . Tergedik-gedik awek ni buat kerja , ghua minta bontot ayam bukan bontot kau . Sambil nak balik ke sekolah semula , ghua kunyah-kunyah bontot-bontot ayam terbabit . Ya , ghua makan sambil  berjalan . On the route tu , ghua melintas zon bundle . Eh , ni selipar ghua yang kene pau semalam .

15.4.10

Darah muda omputih

Satu gambar lega terlukis di wajah ghua masa keluar jamban pagi tu . Gegas-gegas ghua sarung pakaian yang seperti korporat . Ghua dah turun nak panaskan enjin Bigfoot 4x4x4 ghua , baru ghua perasan yang tanda nama ghua tertinggal dekat atas .

...

Ghua dah sampai , Bigfoot ghua parking dekat Kapak ja , murah . Kalau Carpark mahu dia cas Hengget100 satu hari . 

Ghua masuk pejabat admin , tak ramai orang . Banyak kerusi kosong bersama meja masing-masing saja . Lepas ghua pasang ayat dekat akak kaunter tu , dia mintak ID ghua . Ghua sengih , dah termakan ayat lah tuh . hehe

"Kenapa ada tag extra nama Jack Raven ni ?" akak tu try nak tahu lebih lanjut pasal ghua , kompem ayat ghua dia dah makan kenyang . Ghua stedi lagi . 

"Biasa lah kak , keturunan darah muda omputih . Bapak saya masa muda namanya Mike ." Masa tu jugak dia mintak alamat dan nombor telepon rumah .

8.4.10

Tragedi kedai makan India .

Mula-mula , ghua ingat nak cerita keseronokan ghua lepak Old Traffrod malam hari tu . Seronok dia , zahir dan batin cakap lu . Tapi , nanti orang kata ghua riak pula dapat pergi Old Trafford bawak balik kepuasan zahir dan batin . So , ghua simpan sendiri lah memori tu .

...

Dahaga sangat rasanya lepas menyaksikan pasukan Manchester United gagal ke separuh akhir Champions League . Manchester United lagi , Chelsea ghua takda cerita apa pun . Bukan sebab apa , sebab dah tak layak . Match dikasari oleh pengadil , semua orang tahu . Dah , sebelum ghua jadi macam Sir Alex , baik ghua berhenti maki Wolfgang Stark .

Jersey Chelsea original ghua sarung sebelum turun minum dekat sebuah warung mamak , er .. india . Usai gelas teh o ais limau pertama , ghua oder satu lagi . Aney pasang dvd wrestling . Peh , hidup lagi rupanya Christ Benoit (R.I.P) . 

Adalah dalam 50 meter dari tempat ghua minum , sebuah Saga baru kaler kuning berhenti . Dua orang budak-budak turun . Tinggi adalah lebih kurang macam manusia . Ghua layan saja dvd . Lepas tu ghua dengar dari jauh , "fark celsi" . Ghua jeling nipis saja , nak kopem dari mana suara saitan tu . Sah , budak-budak tadi punya angkara .

Dari jauh , sekali lagi mereka memaki sambil menunjukkan isyarat tangan lucah . Ghua bangun , berjalan lebih kurang 50 meter kearah budak-budak terbabit. Sampai dekat , ghua tak lengah  

Ghua Azan .

Menjerit-jerit budak-budak tu , bertukar jadi asap dan kemudian hilang . 

24.3.10

Tipikal Negara ku .

Mendung tengahari tu , angin kuat tapi tiada tanda-tanda hujan akan turun . Mark menyedut baki rokoknya . Dihembus ganas bak naga . Sudah agak-agak sejam beliau menunggu bas di stesen tersebut , serabut hati beliau . Nasib baik tiada hal penting yang mahu dilakukannya . 

Dari jauh kelihatan Steven datang dengan sebotol air Red Doll di tangan kirinya , nampak kosong . Mark menjerit , " HOI " . Steven hanya menyahut dengan angkatan tangan seperti Adolf Hitler . Menghampiri Mark , tangan kiri Steven menggaru-garu pehanya dengan tiba-tiba . 

Merasa seperti ingin berlatih untuk audisi Raja Kelakar , Mark berkata dengan sinis , " garu peha Steven ? "

Steven membalas tenang , " aku tak garu , peha aku gatal . " Mark mati akal .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...