24.7.09

jika benar BN tidak bersalah

sorak..sorak..lompat..lompat..

Kabinet telah memutuskan untuk membentuk suruhanjaya untuk kes Teoh.
owh.apa? hanya untuk siasat kaedah penyiasatan SPRM?? kenapa tidak kes Teoh?
um...

Keputusan ini amat meragukan, bagi saya, kerajaan, jika ingin meneruskan hasrat dengan mengikut kata pembangkang dan membentuk sebuah suruhanjaya penyiasatan diraja, perlu membentuk suruhanjaya yang menyeluruh.

kita tahu bahawa, pemerintahan di Selangor pada satu ketika sangat bergolak dengan isu rasuah dan kongsi gelap.dan juga moral. Berita kematian Teoh yang mana beliau adalah seorang saksi penting kepada SPRM di pejabat SPRM telah digunakan sebaiknya oleh pihak pembangkang, hingga tiada lagi kedengaran isu tersebut di 'beritautamakan', malah, isu tanah di pulau pinang juga telah menjadi bertambah teruk tetapi, masih berita Teoh ini yang menjadi bahan kejaran kebanyakan orang.

Jika kerajaan tetap dengan suruhanjaya yang sudah ada ini, masyarakat akan mula merasa sangsi dengan pemerintahan Najib yang baru 'setahun jagung' sebagai PM. Berikanlah mereka suruhanjaya tersebut, berikan ruang untuk kebenaran. Berikan tuntutan mereka kali ini, biarpun risikonya sama seperti kes ketuk ketampi seorang tahanan wanita satu ketika dahulu. Mari kita lihat adakah pisang akan berbuah berkali-kali lagi? Dan keputusan suruhanjaya mungkin ia akan memberi satu peluang kempen untuk kerajaan kelak.

namun, jika kerajaan enggan, saya sendiri, sekurang-kurangnya pada kadar 40 % akan merasa kerajaan bersalah.saya hanya seorang biasa, bagaimana eksterimis di luar sana? Bagi saya SPRM tidak ada salahnya, mungkin kaedah akan dipertikai, namun, adat pesalah, jika air-cond telebih sejuk pon akan dijadikan 'batu loncatan' untuk menyelamatkan diri.


malangnya, saya sedar. tiada siapa dapat menyampaikan kandungan kecil di atas kepada 'kerajaan'

19.7.09

Rakyat Kingdom

sehingga kini, laporan patologi mr beng hock belum dikeluarkan.
tapi adakah setelah terkeluarnya laporan tersebut, rakyat akan menerimanya?
ya, jika laporan mengatakan terdapat unsur khianat.
ini jelas adalah kerana mmg ini yang rakyat mahukan. seorang manusia warga malaysia didapati mati di atas sebuah bangunan badan yang dikatakan agensi kerajaan. kerajaan diselar, badan tersebut diselar, malah pihak berkuasa juga dicemuh. belumpon salah terbukti fitnah disebar luas. sengaja melakukan dosa. atau maksumkah rakyat?

belum pon pihak berkuasa dapat lakukan siasatan (menunggu laporan patologi) mereka sudah dicemuh, rakyat katanya mahukan agensi siasatan bebas digelar Suruhanjaya DiRaja . ini yang rakyat mahukan. adakah ini yang harus diberi?
rakyat dambakan pelbagai kesenangan. minta ini minta ini..mangsanya?
rentetan kehidupan membuktikan segala yang diingini rakyat x semestinya akan di tunaikan.

rakyat bantah harga minyak naik, marahkan kerajaan tapi harga minyak tetap naik.
rakyat bantah pilihanraya, tapi bila bukan kerajaan menang, mereka menyepi dalam sorakan.
rakyat marahkan pihak berkuasa, katanya tidak beretika, katanya anjing kerajaan tapi apakah semua anggota polis adalah orang kerajaan? tidak adakah mereka yang berfikiran rakyat? jangan terus menjadi tidak pandai. jangan disempitkan ruang akal. jangan ditolak perkembangan minda.

rakyat mahu itu, mahu ini, bukan rakyat sumenye salah, sumenye konspirasi, sumenye hina, rakyat berhak dan benar. mahu apa, sume dapat. mahu ambil alih kerajaan. JIKA berjaya, apa pihak polis akan disalahkan juga jika kes begini berulang? apa kerajaan akan disalahkan jika rakyat masih juga hidup dalam suasana yang sama? harga minyak tetap naik (mengikut pasaran dunia).. tambang tol tetap juga akan naik .. majoriti kerajaan mase tu akan diragui?

rakyat tidak percaya polis,
rakyat tidak percaya Badan berkanun, mahkamah,
rakyat tidak percaya badan-badan kerajaan,kastam,bomba,perubatan,bank
rakyat tidak percaya pada kerajaan.

kes jenayah berlaku,tubuh badan bebas,
perbicaraan mahkamah, tubuh badan bebas,
kes penyelewengan berlaku, tubuh badan bebas,
maka, yang bebas tetap juga akan ade kepentingan.
sampai bila akan berterusan,bila akan berhenti?

apa sebenarnya yang rakyat mahukan??
mahu nama terpalit dalam sejarah hitam negara?
legasi kerajaan rakyat??

17.7.09

Melayu Muda Menyatukan

sekali lagi setelah lame menyepi, ggmm (lawat juga tapak ini-(pautan))akan mengadakan dialog diantara kumpulan GERGASI politik melayu di Malaysia, UMNO dan PAS,
x lain x bukan hanya kerana kepentingan agama,bangsa dan negara.

di blog mereka, telah dipaparkan kronologi dan usaha mereka, dan dikatakan kedua2 pihak telah menyetujui untuk bersama.

14 Ogos ini,
Hotel Singgahsana Petaling Jaya,
8 malam

perBINCANGan secara tertutup.
tempat terhad.

sama2lah kita berDOA, usaha ini berjalan lancar, dan selepas dialog ini, keadaan menjadi bertambah baik bukan sebaliknya,kerana kitalah sebenarnya penentu situasi.
bantulah diri kita untuk memperbaiki diri kita sendiri.


Allah tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa,jika bangsa tersebut tidak berusaha mengubahnya.

3.6.09

check check 1 Malaysia (?)

umum sudah tahu yang PKR menang di Penanti.
tapi aku rasa isu Penanti tak (tak patut) habis di sini.
pertamanya aku lihat kakmin sangat beria untuk mendedahkan hal2 lampau pemimpin2 PKR.
kakmin penah cakap, lebeyh kurang la, "pejuang xde erti balas dendam dalam kamus hidup",kire lebeyh kurangnya pendedahan adalah untuk kebaikan dan pengetahuan semua. sekarang da kalah ni, terus je la dedahkan.nape senyap je kakmin. nampak macam kakmin masih menggunakan strategi PKR. utk pilihanraya je ke kakmin pendedahan tuh?nak tgu pilihan raya lagi baru dedah2 lagi??

keduanya aku masih igt peguam PR yg cino tuh bagi seminggu untuk kakmin mintak maaf dan tarik balik tuduhan,seingat aku, kakmin x tarik pon tuduhan tuh.dan rasenye da agak2 lebeyh seminggu ni, err..tamo saman ka?? SPRM pon senyap je?dimana lah tahap kejujuran rakyat malaysia ni kan. sume same je. ape? SATU MALAYSIA? mmg boleyh berjaya!

ketiganya aku melihat tahap pemikiran pemimpin adalah lebeyh kurang sama je ngan rakyat dan ia seakan menyetujui hipotesis aku yang berbunyi
" sesiapa saja boleh diangkat sebagai pemimpin Malaysia, TIADA pembolehubah diperlukan ". agak kasar tapi mengapa?
aku ambil 2 sudut.
pertama adalah kisah Azmin Ali dan Minah ronggengnya. aku da menyiniskan perasaan aku pada post yg terdahulu.imbas kembali.
kedua adalah dari sudut org UMNO mana ntah yang bising x bagi 5000 ahli mengundi, kalau x. "derhaka" pada parti. adeyh..undi adalah hak masing2, ta bleyh la kelua statement macam tuh. kalau tamo undi PKR pon, ade 3 lagi calon BEBAS. kalau sangsi dengan kakmin , masih ade Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris. even Nai Khan Ari mendapat undi lebih banyak dr kakmin. yang lebih menyedihkan adalah. memang ramai pon x gi ngundi. cube bayangkan kalau the rest of 52++% tu turun undi Bro Nai,sapa dia YB Penanti? lihat. tak ke same je tahap akal pemimpin macamni. ade mereka pikir panjang ke? ade kah atau tidak ade kah?

semasa menulis ni, hanya terlintas untuk mengingatkan. ingat,mengingatkan adalah tanggungjawab orang yang ingat kepada orang yang tak ingat, dan jika aku ade x ingat,ingatkanlah.politik meletihkan.

28.5.09

check check minah ronggeng? + lirik kka

pemimpin beginikah yg dicari oleh rakyat?
apa kita hanya ada samseng mulut celopar, si pencari gaduh, geng jalanan; untuk menjadi pemimpin kita?
kita tak rase malu ke?

heboh atas bawah,kencang kiri kanan,kecoh sana sini
kononnya USAHA untuk me"lebihbaik"kan Malaysia
baikkan jabatan polis,
baikkan jabatan pengendali kes rasuah
baikkan badan kehakiman
baikkan institusi ke"peguam"an
baikkan hospitaliti
baikkan jabatan pengendali hal2 kecemasan
merekalah "tukang pembaik" menggunakan siliva

tapi adakah mereka dah cukup baik.
atau mereka mmg sudah takkan boleh menjadi baik kerana itulah mereka.kerana terdidiknya mereka.ataupun mereka sememangnya layak disitu kerana tahap ketidakbaikan mereka?

seorg wanita,
seorg ibu,
seorg ahli politik,
cuba disuap dengan wang dan jawatan,
menolak dan melaporkan,
dicabar mengemukakan bukti,
MENGEMUKAKAN bukti.
maka,
digelar MINAH RONGGENG.

is that the kind of leader that we so eager to defend? to fight for?
say, lets have a glimpse for the lyric below :-


KLUK KLUK ADVENTURE
revolusi minda antarabangsa
(dengar dan taip/bukan lirik bertulis dr band)


hari-hari ku menanti
----- instituisi penuh erti
revolusi minda antarabangsa
kenapa masih belum terjadi

pembunuhan,kesusahan bagai penyakit
memerlukan doktor hati
untuk baiki minda bangsa ini
marilah bangun dari kerusi

tahukah kau erti cinta bangsa
sedarkah kau erti tuls hati
sudikah kau meluhurkan janji
kenal erti hidup ini

pembunuhan,kesusahan bagai penyakit
kuperlukan doktor hati
untuk baiki minda bangsa ini
mari bangun dari kerusi

kuperlukan,kuperlukan doktor hati
untuk baiki minda bangsa ini
bangun,bangun dari kerusi

oh marilah bersama kita bangun
revolusi minda akankah terjadi?

red means x pasti apa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...