Memaparkan catatan dengan label kahWin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kahWin. Papar semua catatan

19.12.09

Roof Sealer

Siling dapur sudah berkulat. Atas dasar tanggungjawab aku berusaha untuk menampal atap yang bocor. Itupun selepas kata-kata semangat dalam pelbagai bentuk yang possible dari Si Ayah. Satu hari, Si Ayah malas nak naik siling. Penat katanya. Sebab big boss pun malas, aku dengan penuh respect pun jadi malas.

"Alah, kau naik je la tampal sikit-sikit. Tak-kan nak tunggu ayah jugak. Kata nak kawen " , sempoi je Si Ayah berbahas. Sepantas kilat aku naik tangga dan tampal atap. Silikon sudah habis pun aku duduk juga dekat atas tu. Nak kawen punya pasal.


("^_)

23.11.09

Saya sudah dua per lima bersedia

Aku bertanya pada Si Ayah mengenai kursus kahwin. Si Ibu menyampuk dengan menyoalku mengapa mahu ambil cepat sangat. Aku senyap.

Si Ayah kata sijil kursus kahwin ada limit-expired date. Si Ibu tambah, kalau ambil awal nanti masa nak kahwin dah lupa pasal kursus itu. Aku jawab, kalau amek masa nak kawin, lepas itu dah kawin 2 3 tahun, lupa balik apa yang dipelajari masa kursus pun tidak berguna, bukan? Si Ibu senyum.

Aku pergi bertanya-tanya, terbukti bahawa sijil kursus kahwin BELUM ada limit-expired date.

Aku menginform Si Ayah akan hal limit itu. Si Ibu menyampuk sekali lagi dengan menyoalku sekali lagi mengapa mahu ambil cepat sangat. Aku jawab kuat-kuat dalam hati, " Saya mahu kahwin."

Cepat sikit duit loan masuk, aku nak ambil kursus kahwin.

25.9.09

An inexperienced employee on the move

ya..yah.. da sampai rumah.
Memang meriah majlis kawen anak En Husin. Jujur cakap, x banyak pon kerja bleyh di buat. Da ramai sangat tenaga orang kampung. Pikir-pikir, segan plak kalau x buat pape, mujurlah pengantin bagi tugas kat aku.
Im a photographer on that day using her NIKON DSLR.
Mulanya aku refuse sbb majlis kawen bukannya setahun sekali, so tinggi la risikonya. Aku pun bukannya bertauliah. Tapi majlis tu memang ade jurugambarnye sendiri. So, aku hanya mengambil gamba mane yang aku suke je.

Ikutkan kesetanan memang gamba gadis2 jela.Tapi bukan kamera aku. hehe.
Soft copy x dapat lagi. Ia akan sampai melalui pos laju. Da de nanti, aku tunjukkan HASIL KALI PERTAMA. Sekarang mood kene kembali kepada keakademikan. HEPI EID.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...