Kini saya 22 tahun, saya tertanya-tanya bila agaknya saya akan melihat menteri di parlimen berbincang. Bila agaknya mereka akan berhenti bertengkar atas perkara remeh. Bila agaknya mereka hanya akan memikirkan pembangunan rakyat dan negara. Bila agaknya setelah melangkah masuk ke dalam perlimen, sentimen ke'parti'an dilupakan. Bila agaknya mereka akan berkata 'YA' atas dasar atau cadangan dari menteri pihak oposisi yang jelas akan menguntungkan rakyat dan negara. Bila agaknya menteri-menteri berhenti akan bersikap kebudak-budakan?
Terdapat segelintir besar ( segelintir = sedikit ; besar = ramai ) anak muda terutamanya berstatus atas pagar yang memangkah di atas dahi calon bukannya di atas logo parti. Kini hanya yang dicari adalah individu yang boleh memajukan masyarakat, bukan lagi parti mana yang kuat. Adakah kamu, kipas-susah-mati parti dan so-called politicians sedar?
Malaysia kini asik dengan mainan mempertahankan parti. Parti kamu tidak bagus, bukan parti dunia akhirat sejagat. Parti aku bagus, dasar perjuangan sebenar. Ya, memang tidak dinafikan bahawa semua ( hampir ) parti politik berdaftar mahupun tidak ( baru berjinak-jinak dan masih dikenali sebagai NGO ) mempunyai asas dasar yang kukuh. Yang senampaknya benar untuk dijuangkan. Sepertinya parti itulah yang satu. Yang hanya.
Namun hakikat realitinya, betapa agung pun dasar tertulis. Upahlah pakar sepelusuk bumi sekalipun tidak kan ternilai jika perlaksanaan zero. Atas asbab apa kita berlenjun keringat berjuang? Hanya dasar atau kebahagian dunia akhirat sejagat?
Apa signifikannya lagi jumlah majoriti jika rakyat masih tidak terbela? Bukankah lagi bagus jika siapa saja pun yang layak duduk di parlimen bersatu. Apa salahnya persetankan isu kepartian. 52 tahun merdeka tiada lagi tampak beza. Siapa tidak mahu melihat negara ini maju. Masing-masing mahu negara dihormati, gah di antarabangsa. Tapi kelaku-nya di dalam negara, masing-masing berlumba-lumba mahu tunjuk dia lah hero, dialah raja. Ya, masih lagi kelihatan gah, tapi hanya di dalam negara. Tidak kemana pun perginya. Itu yang dibangga? Itukah impak dasar partinya yang dicanang hebat?
Kini saya 22 tahun, masih berkira-kira bila tika hal ini akan ter-revolusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan