Memaparkan catatan dengan label bebolaleg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bebolaleg. Papar semua catatan

21.9.10

Kembang Bola

Masa dekat sekolah menengah dulu , ada seorang kawan ghua bertanya kepada kawan ghua lagi sorang . " Kau suka kelab team bola mana ? " Kawan ghua yang ditanya jawap , " Bayern Munchen " . Ghua dengar saja sambil kunyah rempeyek dalam pek . " Negara ? " Kawan ghua tu sambung tanya dan dijawab dengan Jerman .

" Negara Jerman , Kelab Bayern Munchen ? Tak berkembang lah kau ni xxxxxx . " Ulas beliau . Ghua sip sirap sikit bagi hilangkan rempeyek yang melekat di celah gusi dan bersuara , " Kau pulak macammana yyyyyy ? "

"Aku minat England dan Manchester United "

Ghua topup sirap dan sambung kunyah rempeyek .

25.7.10

Mimpi bantu ghua bangun .

Ghua semalam lelap lambat , The Ghost Writer punya hal . Plan tengahari nak beli tiket , petang ni ada match Harimau lawan Harimau dekat Bukit Jalil . Masa ghua lelap tadi , macam biasa , ada mimpi . Ghua mimpi rumah nenek ghua ada basement yang jaaaaauuuuh sekali ke bawah . Bawah tu simpan alat-alat kenduri . Dekat rumah nenek ghua ada kenduri tengahari ni .

Kitaworang nak kena angkut 400 kerusi warna putih naik atas . Nak jadi cerita , kerusi warna putih ada 399 saja , cis . Budak-budak yang tolong ghua angkut kerusi semanya bingung , start bertengkar . Ghua malas nak amek port , lepas tujah sorang tiga das , ghua angkat kerusi-kerusi tu naik atas . 

Habis kenduri , ghua lepak balik rumah . Masa tu jam pukul tujuh malam . Watak Si Ibu ghua tengah lepak dengan Watak Si Ayah . Si Ibu beritahu kawan beliau ajak keluar hari ni , ramai-ramai . Si Ayah bertanya haluan dan impian pelawaan tersebut . " tengok bola , Malaysia lawan Korea " , jawab Si Ibu . Lantas ghua sound , " eh yah , tiket dah beli la " , sambil  menuding ke arah remote control . Si Ayah on TV , " Malaysia 0-1 Korea ".

Membazir je beli tiket tapi tak pergi , terus ghua sedar , on komputer ghua , kejap lagi sikit baru mandi dan heading ke Bukit Jalil , beli tiket . Mana boleh Korea menang 1 kosong je !!!

18.7.10

Ghua minat bola walaupun bukan pasukan yang ghua sokong bermain

' GOL ! ' oh sikit lagi . ' Pasing luar la ' , sambil membuat aksi tangan mennujukkan arah bola sepatutnya dihantar . ' GOL ! ' cantik sungguh freeheader tersebut . Kelantan berjaya mendapatkan gol pendahuluan .
Kuala Lumpur counter attack , ' GOL ! ' oh , sikit lagi .' Pasing la , main bola 11 orang ' sambil menepuk dahi .

' brader ni sokong mana satu ni ? ' ghua dengar satu suara . 

Tak nampak ke ghua pakai Jersey N.Sembilan ?

N.Sembilan 0 - 0 Perak

5.7.10

WC2010 : QF 4. bahana bogel

Spain 1-0 Larissa Riquelme . 
Larissa Riquelme , model pakaian dalam Paraguay akan berjoging bogel jika Paraguay berjaya memenangi WC . Disebabkan pemain Paraguay sangat ingin ia menjadi realiti , mereka bermain sangat bersungguh dalam perlawanan menentang Sepanyol . Banyak sangat peluang keemasan termasuk sepakan penalti yang diberikan kepada Paraguay . 

Namun mungkin kerana dalam akal sudah terbayang buah dada Larissa , semuanya gagal disempurnakan . Perlawanan ini membuktikan , bola sepak dan porno tidak boleh dicampur aduk .

WC2010 : QF 3 . pasukan ketuhanan

Argentina yang dilatih oleh Diego Armand Maradona , empunya tangan tuhan dikritik hebat sebelum bermulanya WC2010 . Argentina merangkak-rangkak semasa sessi kelayakan . Tetapi menunjukkan permainan yang menarik di Afrika Selatan . 

Namun segalanya berakhir di pusingan suku akhir apabila gergasi besar bola sepak ini tewas kepada pasukan The Team , Jerman . Sah , Maradona bertuah kerana memiliki pemain ternama tetapi ia berakhir disitu .

Maradona dilihat sepanjang perlawanan asyik memegang tasbih di 'tangan tuhan'nya dan berdoa kepada tuhan nya agar Argentina mampu menang . Lagaknya lebih kepada Paderi , bukanlah Jurulatih .

Ya , doa tanpa usaha adalah sia-sia .

WC2010 : QF 2 . Dejavu LigaM FA.CUP

Perlawanan antara Ghana dan Uruguay boleh diberi status hampir klasik . Ia adalah gara-gara Asamoah Gyan , seorang striker kencang yang gagal menjaringkan gol kemenangan dari sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Ghana . Akibat ini , perlawanan yang sepatutnya tamat dengan jaringan 1-2 telah berakhir dengan 1-1 dan dipanjangkan kepada penentuan sepakan penalti .

Sepakan penalti yang diberi kepada Ghana ini pula adalah kerana semangat berpasukan Suarez yang menolak bola menggunakan tangan di atas garisan gol untuk menidakkan percubaan pemain Ghana . Dan beliau dilayangkan kad merah . 

Klasik . Uruguay menang , 4-2 dalam penentuan sepakan penalti .

Seperti mana saat N9 hampir pulang ditempat kedua , penjaga gol Kedah , Helmi Eliza beria-ia ingin mengambil sepakan penalti penentuan . Beliau gagal dan Kedah pulang hampa . Dejavu .

3.7.10

WC2010 : QF 1 . Brazil ke separuh akhir

Pertemuan Brazil dan Belanda di pentas suku akhir diakhiri dengan jaringan 2-1 . Gol-gol dijaringkan oleh pemain Brazil , Robinho dan Melo ; serta pemain Belanda , Sneijder .
Perlawanan ini sekali lagi menunjukkan ketidak keberkesanan pihak pengadilan FiFA buat sekian kalinya untuk edisi PialaDunia2010 . Pengadil dan penjaga garisan hanya membuat tiga keputusan yang tepat , 
  • Jaringan dan offside
  • Kad merah untuk Melo
  • Kad kuning untuk Oijer

Serta membuktikan bahawa untuk sesebuah pasukan menang , mereka memerlukan seorang pelakon yang tamak bola taknak pasing . Untuk perlawanan ini , ia khas untuk Arjen .
Apapun tahniah kepada pemain Brazil kerana berjaya menjaringkan dua biji gol , walaupun ia menerjah gawang sendiri .

30.6.10

WC2010 : Box Office

Portugal kalah kepada Sepanyol dalm pusingan mesti menang 16 terakhir .
Perlawanan tersebut menyaksikan penjaga garisan dan pengadil memang tak pernah ngam dengan C. Ronalbi . Kesian beliau .
Ia juga memberikan jawapan kepada persoalan apakah pekerjaan pemain Sepanyol jika tidak bermain bola ,
' pelakon ' . Ya , pasti box office !

25.6.10

WC2010 : Beatiful Footbal

Italy lost to Slovaks last night . Sebelum game , ghua predict Italy kalah 2-0 tetapi keputusan adalah 3-2 memihak kepada Slovaks of koz .

Gattuso dah tua of koz ~

Game yang kasar dan bertenaga , malangnya diadili oleh Howard Webb , referi ManU . Rata-rata referi ManU memang bagi big favour kepada feveret skuad untuk mana-mana game .

Yes , as italian player last night you are allowed to 
menyiku muka player lain tanpa diberi hukuman
memotong lutut player lain tanpa diberi hukuman
menerjah keeper tanpa diberi hukuman
dan mengulangi asakan yang diberi kepada diri sendiri kepada player lain tanpa diberi amaran .

What a beautiful football !

19.6.10

WC2010 : Jerman tumpas pada Spain didalam aksi menentang Serbia

Dunia dikejutkan dengan kekalahan Jerman kepada Serbia semalam , tetapi dengan rekod kekalahan Sepanyol kepada Swiss dan kekalahan Perancis kepada Mexico menunjukkan bahawa tiada yang tidak boleh berlaku pada Piala Dunia tahun ini .

Cemuhan pentas piala dunia tahun ini dimulakan dengan kebenaran penggunaan Vuvuzela yang rata-rata memberi tekanan kepada para penonton pertandingan . Tidak cukup dengan itu , bola Jabulani pula dikritik hebat oleh para pemain dalam skuad negara-negara ternama . Kita telah disajikan dengan pelbagai kesilapan penjaga gawang pada piala dunia tahun ini .


Kita juga masih belum dihiburkan dengan jaringan dari bola mati kecuali dari Uche untuk skuad Nigeria yang mana ia boleh dikira sebagai kesilapan penjaga gawang membaca pergerakan bola .

Kemudian kita dikejutkan dengan jumlah kad kuning dan kad merah yang berlambakan dipasaran .  86 kad kuning termasuk kad kuning kedua dan tiga(3) kad merah telah dilayangkan setakat ini . Mangsa terbaru adalah skuad Jerman dan Serbia . Pengadil dari Sepanyol , Alberto Undiano Mallenco telah melayangkan sembilan (9) kad kuning dalam perlawanan yang dilihat adil dan saksama . 

Kesan kebingungan pengadilan ini memberi kesan kepada skuad Jerman kerana terpaksa bermain 10 orang sebelum tamatnya separuh masa pertama apabila Klose dilayangkan dua kad kuning dengan kedua-dua cabaran yang dilakukan oleh beliau adalah tidak merbahaya . Selain Klose , Ivanovic , Kolarov , Khedira , Lahm , Subotic , Vidic dan Schweinsteiger juga dilayangkan kad kuning .

Namun peluang Jerman untuk menyamakan kedudukan selepas Vidic of Manchester United menggunakan taktik keji menampan bola menggunakan tangan telah diadili dengan pemberian sepakan penalti apabila Podolski gagal menyempurnakan sepakan tersebut . Sepakan penalti , 60% skills 40% luck .


concentrate , we will face ghana after this | Shweni menenangkan Pols selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti

After all , Serbian needs the Spaniards to win against Germany . Try harder Die Mannschaft .

16.6.10

Merencana blog ragu


Kenyataan yang tiada salahnya didalam permainan bolasepak . Bukan sahaja benar malah ia sepatutnya menjadi syarat utama dalam pemprofesionalan bola sepak . Sifat yang perlu ada pada FAM , pemain bola sepak , pengulas sukan dan pastinya peminat-peminat bola sepak tanah air . 

Kita masih dibelengu oleh masalah kuasa individu dan kuasa persatuan yang menyebabkan mutu bola sepak , bukan sahaja permainan malah pengindustrian bola sepak itu sendiri tidak berkembang . Contoh mudah , jika sesebuah pasukan itu kalah terutamanya pasukan kebangsaan , kesalahan dan bebanan diberi kepada para pemain . Namun sebaliknya bila menang , pujian diberikan kepada badan politik yang DITUGASKAN menjaga pasukan tersebut .

Sekarang dilihatnya , FAM ingin cuba mengembangkan mutu bola sepak dengan cara bekerjasama dengan EFA . Memang tidak disangkal bahawa mutu bola sepak Inggeris adalah bagus tetapi bukankah ia seperti jalan singkat dan terburu-buru . England mempunyai struktur negara yang besar dan juga mempunyai jumlah liga yang banyak , dari continental south , north , sehinggar ke premiership , mereka mempunyai 7 hingga 8 liga peringkat dewasa . Tidak termasuk Liga simpanan dan liga muda . Tiada salahnya jika merendah diri kepada negara yang pernah merendah diri kepada kita iaitu Jepun dan Korea , sekutu Asia yang sudah merasai pentas antarabangsa .

Mengapa tidak kita lupakan saja politik untuk selamaya dalam permainan bola sepak . Sekian lama pasukan bola sepak kita dihuni oleh mereka yang berpolitik dengan syarat presiden bola sepak negeri adalah MB . Rakyat memilih Menteri Besar bukanlah untuk mereka menjaga hal bola sepak . Jadi sejauh mana agaknya pembangunan bola sepak akan diberi perhatian ? MB-MB akan memberi perhatian samarata kepada semua perkara dan ia pasti membantutkan usaha-usaha untuk kemajuan bola sepak negara .

Seperkara lagi , apa ada dengan Felda United , KL Plus dan seangkatan dengannya . 

Mereka bermain dengan corak permainan yang baik dan boleh memberi cabaran kepada pasukan-pasukan negeri JIKA tiada politk digunakan untuk merasuah pasukan-pasukan ini . Jika mereka berjaya membuktikan kemampuan mereka ini dan kiranya berjaya ke peringkat akhir Piala FA / Piala Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Nasional , pastinya kerusi-kerusi akan kosong dihuni oleh seciput penyokong mereka .
Atau adakah penghuni Felda atau pekerja Plus akan dikerah untuk memnuhkan stadium ? Dimana seronoknya jika kita dikerah menonton bola ? Bayangkan penyokong Leed United dikerah untuk menonton Lyton Orient , waima menang sekalipun apkah kepuasan yang mereka dapat ?
Atau adakah kerusi-kerusi akan dipenuhi oleh warga-warga asing yang bersemangat bola menjangkaui warna kulit dan bangsa ?

Ghua nak bukak satu blog baru , mengenai keraguan bola sepak . Tapi kena tunggu lepas WC sebab bola sepak tempatan bercuti kerana nak tengok bola . Pemain kita sendiri mengagung-agungkan pemain luar , ada budak-budak kecil tempatan berkata , " saya nak main bola macam Shahruain ! " ?

11.6.10

Port Lepak buat masa ni .

currently sibuk dengan Piala Dunia .
Ghua akan lepak dekat KampungPialaDunia.blogspot.com sampai abes Piala Dunia . Lepak lah dengan ghua dekat sana .

26.4.10

Ghua predict lapan tapi lain jadinya

Ghua tak sempat tempah tiket pergi Stamford Bridge tadi . Bukan sebab apa , ghua  ada paper hari Isnin . Ghua takut ghua overjoy . Ghua siap-siap sarung jersey Chelsea ori , pakai wangi-wangi pegi pasang setap kat Liverpool Corner . Port ni tadahal lu nak maki-maki . Sebab semua kaki maki . Yang kena maki , tahan je lah lepas tu maki balik bila ada chance . Kalau lu tak kreatif nak kilas makian , ghua cadangkan lu pegi cari port lain .

Tengah sedap lawan-lawan maki , Chelsea tukar player . Ada player muda masuk . Beliau tak pakai baju lagi masa ni . Sorang blues dah bebunyi "sedap ah budak ni masuk , bagus ni" .

Sorang saitan cube nak cari point tanya ghua , " Sapa ni?"

Sam Hutchinson . 19 tahun , dari akademi . defend belah kanan . Ghua sengih sikit di hujung ayat . Saitan pun terbang pulang hampa kerana langit malam bertukar warna . 

"Awal balik bro ?"

8.4.10

Tragedi kedai makan India .

Mula-mula , ghua ingat nak cerita keseronokan ghua lepak Old Traffrod malam hari tu . Seronok dia , zahir dan batin cakap lu . Tapi , nanti orang kata ghua riak pula dapat pergi Old Trafford bawak balik kepuasan zahir dan batin . So , ghua simpan sendiri lah memori tu .

...

Dahaga sangat rasanya lepas menyaksikan pasukan Manchester United gagal ke separuh akhir Champions League . Manchester United lagi , Chelsea ghua takda cerita apa pun . Bukan sebab apa , sebab dah tak layak . Match dikasari oleh pengadil , semua orang tahu . Dah , sebelum ghua jadi macam Sir Alex , baik ghua berhenti maki Wolfgang Stark .

Jersey Chelsea original ghua sarung sebelum turun minum dekat sebuah warung mamak , er .. india . Usai gelas teh o ais limau pertama , ghua oder satu lagi . Aney pasang dvd wrestling . Peh , hidup lagi rupanya Christ Benoit (R.I.P) . 

Adalah dalam 50 meter dari tempat ghua minum , sebuah Saga baru kaler kuning berhenti . Dua orang budak-budak turun . Tinggi adalah lebih kurang macam manusia . Ghua layan saja dvd . Lepas tu ghua dengar dari jauh , "fark celsi" . Ghua jeling nipis saja , nak kopem dari mana suara saitan tu . Sah , budak-budak tadi punya angkara .

Dari jauh , sekali lagi mereka memaki sambil menunjukkan isyarat tangan lucah . Ghua bangun , berjalan lebih kurang 50 meter kearah budak-budak terbabit. Sampai dekat , ghua tak lengah  

Ghua Azan .

Menjerit-jerit budak-budak tu , bertukar jadi asap dan kemudian hilang . 

1.4.10

Menjelang Maghrib 3hb

Menjelang Maghrib hari Sabtu ini , semua orang asyik bercakap tentang kecederaan Wayne The Rudeboy Rooney . Tak kira siapa , penyokong ManU , Arsenal , CFC , Blackburn , AFC Keown , Perlis mahupun Taman Permai FC . Hebatkah Rooney ? 

Adakah kehebatan beliau mengatasi Manchester United ? Rata-rata so-called-peminat ManU menzahirkan rasa runsing kerana kecederaan Rooney . Ya , terbukti ManU adalah one-man-team . Takut sangat Rooney tak boleh main . 

Eh , luolz tahu tak yang Didier The Destroyer Drogba juga tengah peluh-peluh atasi kecederaan lutut untuk perlawanan Maghrib Sabtu ini ? Ada peminat CFC bising-bising ? Tak , sebab CFC adalah football-team . Player atas padang 11 orang .

Luolz tahu tak , Essien , Ivanovic , AshleyCole , Bosingwa , Carvalho sedang injured ? Zhirkov pulak baru baik dari kecederaan . Barisan pertahanan semua ni bhai . Ada peminat CFC kecoh-kecoh sangat bila jelas yang pertahanan goyah ? Tak , sebab CFC adalah football-team . Player atas padang 11 orang .

Ghua ada rasa macam pelik juga , yang luolz peminat ManU semua bising-bising bila Rooney cedera , sebab apa . Padahal player 14 orang atas padang , 2 orang lagi kat sebelah Sir Alex . Tu pun nak takut lagi ke ?

Ghua rasa , perlawanan malam itu nanti tak penting sangat siapa starting eleven kedua-dua pasukan . Yang menjadi perhatian nanti adalah pemain ke 12 hingga 16 ManU . Tunggulah , luolz pasti percaya .

22.3.10

Manchester United bukan lagi gagasan bola sepak .

Chelsea memamirkan permainan gam**** awal pagi tadi sehingga menyebabkan ghua malas nak ulas terus . Ghua ingin ucapkan takziah kepada Liverpool kerana perlawanan mereka diadili oleh Howard Webb . Peminat setia Chelsea harus kenal siapa Howard Webb dan bagaimana beliau memusnahkan permainan Chelsea dan mengagungkan permainan ManU . Ghua harap Howard Webb cepat sedar yang beliau referee , DUTA kepada permainan bola sepak .

Kekerasan halus pada Valencia dikatakan foul dan diberikan penalti . Bagaimana pula kekasaran keatas Gerrard di minit akhir perlawanan ? Untuk Valencia katanya tangannya dipegang , bagaimana pula dengan Gerrard yang kaki kirinya dibentes ?

Kekasaran oleh Vidic apabila diserang-balas-mengejut oleh Liverpool di katakan tidak foul tetapi akibat kekasaran itu , Manchester United pula menyerang-balas-mengejut dan kekasaran yang sama berlaku , apa jadi ? Sepakan percuma diberikan . Apa itu ?

Tidak lupa juga sepakan Neville yang melepasi kepala Maxi dan mengakibatkan Maxi dibalut kepalanya . Tiada kad merah , tiada kad kuning , TIADA FOUL .!

Perlawanan malam tadi sudah dirosakkan oleh pengadil . 

Manchester United memenangi tiga mata dalam pengejaran juara liga musim ini . Ghua memang tak pernah senang dengan hakikat itu . Tapi ekoran kejadian malam tadi , ghua memang tidak dapat menyeyapkan diri . Nampaknya penyokong Manchester United mati-matian bangga atas kemenangan tidak sihat ini . 

Adakah mereka layak menyatakan diri mereka peminat bola sepak jika bangga dengan kemengan tersebut ? Mereka sepatutnya merasa segan , malu dan mereka sepatutnya tak keluar rumah kerana menang secara kotor . Mereka gagal untuk merasa begitu , kenapa ? Kerana mereka telah membesar dan dididik sejak lahir bahawa Manchester United perangainya memang begitu . Kasihan dan Bodoh .

Manchester United bukanlah lagi gagasan bola sepak . England patut bubarkan Manchester United .

Nasib baik ghua sokong Pasukan Jerman .

17.1.10

Mesej Mudah Malam Ahad

Sebelum ACoN , penyokong ManU dan Arsenal habis bising dengan kenyataan , " ala , masa ACoN nanti , tak kemana-nya Chelsea , jatuh lah mata . Drogba , Kalou , Mikel , Essien tak ada tak boleh buat apa . Penyokong Liverpool tak bising mana , kerana mereka sibuk dengan mesyuarat penambah-baikan bisnes belon bola mereka . Kami faham .

Malam ni , skuad Carletto turun bermain seperti biasa dan dikala penjaga stadium Stamford Bridge menutup lampu , pasukan yang pernah dibenci-kerana-orang-kaya-beli menghantar mesej mudah berbunyi , " kami menang tujuh - dua " .

Juga sila maklum , pasukan Ivory Cost memenangi perlawanan dengan Ghana walaupun mendapat satu kad merah dimana DIDER ' KEBAL' DROGBA menjaringkan gol ketiga , Ivory menang tiga - satu .

Malam ini , Carletto tidak menurunkan pemain baru selain Yuri yang menggantikan Ashley  , penjaring keempat yang mana jaringannya diishtiharkan jaringan tercantik perlawanan oleh Carletto akibat kecederaan . Walaupun pasti menang , Carletto tidak menurunkan Borini , Matic mahupun Sturridge . Kapten Terry direhatkan oleh Carletto dan digantikan oleh Alex pada separuh masa kedua . Prestasi Alex sangat hambar , beliau berpeluang untuk memastikan Bozo dan Bent gagal menjaringkan gol , tapi beliau sendiri gagal .

Gol terakhir perlawanan sangat menarik kerana
1. Bent menjaringkan gol dan memberi 7 mata untuk pasukan fantasi .
2. Player atas padang buat tak kisah pun dengan jaringan tersebut seperti menonton filem meley-sia di pawagam , anti-klimak .

Nah , highlight untuk rujukan .

ikhsan RTM 1 matchhighlight.com



ikhsan RTM 2 mysoccerplace.net



Joe Cole yang memohon gaji setaraf Essien dan Anelka sebanyak 120,000 pula hanya sekadar assister gol kelima jaringan Ballack . Walaupun Chelsea setuju memberikan 100,000 kepada beliau yang sebelum ini menerima 80,000 seminggu , Cole masih berkeras mahukan lebih . Carletto memuji prestasi beliau malam ini dan lihatlah nanti jika musim depan beliau masih kekal bersama Chelsea dengan prestasi diatas paras laut mahupun berpindah ke kelab lain . Saya rindukan Essien , jika beliau ada sudah tentu malam ini sepuluh jaringan untuk The Blues .

Sementara itu , pasukan yang menerima nasib seakan serupa Chelsea FC apabila dibenci-kerana-orang-kaya-beli , Manchester City mencatat kekalahan pertama dibawah kendalian Mancini apabila ditundukkan dua - kosong oleh Everton FC .

Negeri sembilan , selepas tiga perlawan masih gagal untuk menang , 0-2-1 ..

24.12.09

Minggu Bola yang padat .

Sabtu dan Isnin adalah hari dimana Chelsea akan turun bermain untuk EPL ..

Bertemu Birmingham , sebuah kelab yang dalam keadaan sungguh memberangsangkan dengan tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam enam perlawanan terakhir pasti menjanjikan satu perlawanan yang sengit memandangkan perlawanan diadakan bukan di Stamfor Bridge . Ditambah dengan berita menyedihkan kerana Nic Anelka tidak dapat bermain kerana kecederaan . Ini memaksa Ancelotti dan seluruh penyokong Chelsea menaruh kepercayaan dan sokongan kepada pemain muda yang dibeli dari Manchester City , Sturridge . Pemain muda Itali , Borini juga diharapkan dapat membantu . Kita akan saksikan bagaimana gandingan Drogba-Sturridge hari Sabtu ini.

Pada hari Isnin pula, berlokasi di Stamford Bridge , Chelsea akan bertemu jiran terdekatnya yang mengalahkan Manchester United dengan 3-0 minggu lepas , Fulham . Pertemuan jiran dan ditambah dengan semangat setelah mengalahkan so-called-juara Manchester United akan memberi satu gambaran mudah , sengit . Perlawanan ini juga menyaksikan Drogba , Kalou dan Anelka tidak dapat bermain kerana Drogba dan Kalou sudah pulang ke kampung untuk latihan African Cup . Anelka masih cedera . Adakah kita berpeluang menyaksikan gandingan Sturridge-Borini ? Sama-sama kita nantikan .

Disebabkan hujung minggu ini adalah minggu bola yang menarik bagi saya dan Chelsea , saya sertakan beberapa video bola untuk minggu ini .

1. Aksi di atas padang .



2. Aksi reporter di luar stadium .



3. Aksi wawancara di konti .



BLUE BLOOD FOREVER

17.12.09

Vietnam terus kempunan emas sukan SEA

Sebelum mula lagi perlawanan peringkat kumpulan, mereka dinafikan peratusan berjaya. Saya juga begitu. Bukan salah mereka, bukan salah K. Rajagobal tetapi keyakinan tidak lagi terletak pada F.A.M . Peminat 'new age' bola sepak Malaysia rata-rata hanya mengharapkan nasib menyebelahi pasukan negara.

Saya berminat untuk melihat reaksi pemimpin politik negara yang pastinya mendakwa merekalah penyebab pasukan negara berjaya, program merekalah penyebab pasukan negara berjaya, doa merekalah yang sebabkan pasukan negara berjaya. Saya pasti ini akan terjadi. Pulitrick. Sultan bola, sila letak jawatan.

Kemenangan Malaysia pada perlawanan tersebut boleh dikatakan seperti kemenangan Aston Villa terhadap Manchester United. Bezanya, Aston Villa terus bertahan dan berkampung tetapi Malaysia tidak. Satu keputusan yang memeranjatkan kerana berkampung adalah kemahiran pasukan Malaysia sejak saya mula mengikuti perkembangan sukan ini. Mereka juga kurang menghantar bola kembali kepada penjaga gawang. Saya kagum walaupun prestasi belum ditahap yang 'baik'.

Jika Malaysia terus bermain dengan prestasi seperti perlawanan itu, mereka layak untuk bersaing di kancah EPL. Tetapi malangnya, liga EPL adalah untuk pasukan bertaraf kelab, bukannya negara. Jika Malaysia diterima untuk bermain di EPL, saya malu.

Tahniah buat pasukan bawah-23 tahun negara kerana berjaya membawa pulang emas buat kali kelima dalam acara bola sepak pada temasya sukan SEA.

Mid-week game menyaksikan CHE, LIV, MU, dan TOT menang. Tahniah juga buat mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...