28.8.09

uph.its against burnley.and its Terawih.

uh uh.
menggugat iman betol.
nape la chelsea punye game seawal 7.40 mlm.
uh uh. walaupun hanya burnley. tapi da macam lawan badi. uh uh
last game ngan burnley pon chelsea seri je. 1-1.
uh uh.
err. paan, gi uma kau tgk bola boleh? eih.

27.8.09

its Ramadhan.its time to die?

Satu fenomena yang biasa boleh dinikmati ketika kereta mahupun motor(lazimnya) melanggar lampu isyarat pabila tiada kenderaan di laluan lain. Memang biasa. Dan ia juga adalah penyebab. penyebab berlakunya eksidenation.

Dan kita juga sedia maklum. Bahawa bulan INI adalah bulan yang mulia. Dari segala-gala segi. Segala-gala. Segala-gala.

Dan itu mungkin, mungkin menyebabkan fenomena pelanggaran lampu lebih kerap berlaku. Ya,ia lazim terjadi pada tika waktu masuk pejabat dan balik ke rumah. Ya,masing-masing nak cepat. cepat untuk apa? Itu yang kita tak tahu.

Namun. Ia jadi sesuatu yang agak janggal bila pada bulan INI yang mana baru je masuk beberapa hari. Tak sampai seminggu pun lagi. Lebih kerap peristiwa ini terjadi. Ya, lebih kerap. Dan ke-banyak-kan-nya adalah kenderaan beroda empat. Ah, ya, kenderaan yang bukannya motorsikal mahupun basikal. Dan ia juga berlaku semasa ADA kenderaan di laluan lain. Oh.

Mengapa? Nak balik awal buka puasa? Pagi, tengahari, pukul 4 petang nak buke ape?
Oh. Mungkin kerana ia adalah bulan INI. Maka nyawa tidak berharga?
En. Harap tolong. Kalau nak mati. Mati la sendiri. Jangan la nak sapu bersih mereka yang patuh undang-undang ni.

Hargailah Nyawa Orang Lain Kalau Nyawa Sendiri Da Level Tahi.
Nak Mati.Pergi Sendiri.

25.8.09

saya sunyi.beri bunyi.

buke lambat, sahur sorang sorang
ah.kubur masing masing.

terawih malas, keje banyak
ah.game jugak yang dibukak.

kelas pagi, siap siap pegi
ah.dengkur jugak yang berbunyi.

kuiz belambak, assignment berjela jela
ah. relax suda, ni kan bulan PUASA.

sahabat sahabat, jangan salah gunakan kuasa bulan puasa.kuasa lain pon tak boleh salah guna.en.bulan lain pon tak boleh disalahgunakan.terutamanya datang bulan.ah.puasa penuh tahun ni!.

21.8.09

sejuk.

untuk kamu,
ku putar acara.
untuk kamu,
ku enggan hairan.
untuk kamu,
ku tahan pantang.
untuk kamu,
ku layan ma-i-nan.
untuk kamu,
dari dalam dikeluar
yang luar dibahagi.
acap ku bisik
agar aku dan kamu
kan kekal.
terima kasih kamu,
sukadukakamu-ku.

oh,iklan. post ini dan post ini akan ku paparkan gambar kenangan.sila tunggu.harap sabar.soft copy ade pade Jah si Kaki Joyah.harap maklum.

19.8.09

detik kembali.

tapak dan tapak dia hampir
lari? jangan mimpi.
tembus dia dalam jati
tinggal? takkan lepas.
tempuh diri harungi
tahan tubuh sudahkan.
tapak dan tapak di pergi
kejar? cuma nanti.
panjat harap tika dia kembali
kaki masih tegar
akal masih tegap.
lingkungan penuh nilai harta disana
tibamu ku sambut.
selamat kembali Ramadhan.

17.8.09

kelihatan keliru.

menapak melawat sekitar HKL . Berpusing mencari kafetaria . tutup . aku kelihatan keliru, kafetaria hospital kerajaan tutup? langkah di sambung mencari toilet . tutup. aku kelihatan keliru . ladies restroom je yang open? selambe la . selesai urusan . masih mencari pengering anak kiut yang batuk tak sudah ni . ahh, pakguard . "encik-encik, mana mau minum-minum?" , "oh, depan tuh . thanx" . eh, nyala api? rokok? aku kelihatan keliru . pakguard smoking ka dalam area hospital? melintas depan poster penyakit paling popular .

JIKA ANDA MENGALAMI SIMPSTOM SIMSTOM SEPERTI DI BAWAH . PEGI CEK DOKTOR CEPAT CEPAT . lebih kurang la susunan statement dia .

  1. batuk tapi tidak berkahak
  2. selsema tapi hidung ta de berair
  3. demam dengan suhu atas 38 darjah celcius
  4. sakit sakit sendi
  5. kelihatan keliru ( + sawan untuk kanak-kanak)
ow. akal mula berputar . aku memang kelihatan keliru . treatment selesai . masa untuk pulang . eh. aku kelihatan keliru. parking kene bayar . parking hospital kerajaan kene bayar? adakah ia hanya mainan hati atau aku memang perlu pemeriksaan lanjut penyakit babi ni?

14.8.09

batuk sakit

i was fucking tired.

but she was grumbling on and on.

i have time no more.yet.

but she still grumbling.

i sleep-visioned about riot of skins & punks & geeks(wth).
and she also stood there.

i cough-ing all the second.

feeling dizzy round and around.

still lots of work to be done.

i am fucking tired.

and i miss her so damn much.

11.8.09

ma makna kuarantin?


MEMBIMBANGKAN. Semakin ramai pulak yang jadi mangsa H1N1. banyak gesaan dan gesaan dan juga tindakan tindakan. dan saya tertarik untuk mengulas tentang pelaksanaan KUARANTIN. MUNGKIN juga pelaksanaan kuatantin ini adalah penyebab VIRUS ini TERSEBAR!

Mari kita lihat semula perjalanan kuaratin. Jika satu satu tempat dipastikan perlu dikuarantinkan. kebanyakannya adalah institusi pengajian. Samada sekolah mahupun universiti universiti awam dan swasta, keseluruhan bangunan itu akan ditutup. dan 'penghuni'nya disuruh PULANG KE RUMAH.

disini ia bermula, jika seorang pelajar (Ash) dijangkiti H1N1, dan tempat beliau belajar di'kuarantin'kan. bermakna ia ditutup dan orang lain (pelajar, chekgu, dan what so ever) dikerah pulang ke rumah.
maka, katakan seorang pelajar lain (Am) telah ter'kena' virus babi ini tetapi belum merebak, maka tak dapat dikesan lagi.
Am pulang ke rumah menaiki bas. di perhentian bas, parasit ini kemudiannya telah meninggalkan jejak pada rakyat jelata(Ani) di perhentian tersebut
dan Ani pula telah berkongsi kepada Siew Kok. Siew Kok pula ... (dan seterusnya)

semasa didalam Bas pula, Am, Ani , Siew Kok , dan seterusnya telah bersam mengongsi virus ini dengan penumpang dan pemandu bas secara tidak sedar.
3 hari kemudian. Jumlah orang yang pegi cek H1N1 pon MENINGKAT!
dan makin ramai yang menjadi mangsanya.
dan tanpa sedar, rupa rupanya kita dengan SENGAJA MENYEBARKAN VIRUS BABI ini!!
anda sedar atau tidak?


hanya sekadar cadangan, mengapa tidak KUARANTIN dilaksanakan dengan sebenarnya konsep KUARANTIN? jika sesebuah institusi dikenakan tindakan kuarantin.

1.JANGAN BENARKAN SESIAPA MENINGGALKAN PREMIS.

2.ASINGKAN MEREKA YANG DIKENALPASTI MENGIDAP SIMPTOM simptom H1N1 dengan mereka yang tidak.

3.KURANTIN SELAMA SEHARI.

4. LAKUKAN PEMERIKSAAN SEKALI LAGI.

5. MEREKA YANG BENAR BENAR MEMBAWA VIRUS,HANTAR KE HOSPITAL SEGERA.

6.YANG TIDAK,DIKUARANTIN LAGI SELAMA 6 HARI BERIKUTNYA.(part ni leceh, tapi kerajaan ade orang bijak pandai, kan.. pikir2lah)

6.8.09

memori gambarajah

gelak gamat arini(?,semalam kowt) ngan paan n sara
lame x speaking minang. owh puas asenye.

dok godek2 pc ngan gamba2 lama.
kenan lak gamba bawah ni. SMILE yah!

Jangan cuba-cuba ingin jadi polis

isu ape ntah skrg?
ntah~haha
kesian encik polis, kene maki je kejenye.
kes Teoh Beng Hock kene maki.
kes Rasuah kene maki.
kes Ah Long kene maki.
kes Mat Rempit kene maki.
masalah orang politik, pon polis jadi mangsa.
orang lain pegang babi, orang lain kene samak.
kes Demo pon polis gak kene maki.
macam kelakar pon ade.
tak kira la MAGARAN ke, GMI ke. mereka sama-sama wat salah. berDEMONSTRASI secara haram. takde permit. da kalau mmg haram tu, pihak berkuasa la yang kene menghalangnya. nak suruh sape lagi? doktor?peguam(lawyer pon join demo.hekele)?tapi pihak polis gak kene mara.

polis kejam, polis binatang, polis macam-macam lagi lah.
yang menghancurkan harta awam,mengganggu pendapatan peniaga, merosakkan perancangan orang awam lain, menambahkan dosa orang memaki hamun tu tak kejam? tak binatang?
korang (yang pegi demo.mamposlah GMI ke MAGARAN ke) yang pada mulanya ,pucuknya melakukan kesalahan (DEMO HARAM) terima jela tindakan pihak berkuasa.banyak bunyi apa hal?
kau buat salah, bila orang react atas kelakuan kau,kau mara. haha, matang-matang. cani punye matang orang yang nak hapuskan akta kerajaan ?cani punye matang orang nak ambil alih kerajaan?cani punye matang orang nak BERKEBAJIKAN KEPADA RAKYAT!?

haha.
musnah sudah impian budak-budak kecil nak jadi polis, pasni sume cita-cita cikgu,doktor,askar,lawyer jela.

3.8.09

H1N1 membunuh. tamo2

ah sudah, mane wallet aku ni?
adoyai. tgh lapa plak ni.
mane plak wallet ni nyuruk.

huh2.letih ni carik.
takde la. adeh, cane ni.

kring~

rk: hawau~~
bonda:ayo assalamualaikum.
rk:waalaikumsalam . heh.
bonda:sehat?
rk:erm,macamtu la~
bonda:study cane?stat kelas da?
rk:pon catu gak~he..lame da stat.
bonda:maktam kau nak berhijrah ke Arab Saudi plak.
rk:owk..dok sane plak? wa, bile pegi?
bonda: minggu depan kowt. die dapat keje kat sane. die pegi dulu, pastu baru paktam ngan anak2 ikut.
rk:ow. *
bonda:kat sekolah ade yang kene H1N1 x?
rk:erm,ntah, ta da cite pon.
bonda:jage diri tau,kalau demam cepat2 g cek. tamo lamat2.
rk:owait~ T,T **
bonda:assalamualaikum
rk:waalaikumsalam.

*dorg baru balik dari UK,BM anak2 dorg baru fluence semula agaknya,skang nak kene cakap Arab plak. cane la aku nanti sembang ngan dorg.hehe
**terharu, nanges2 sket2.


eh.owh wallet,mane beliau ni?

sara:gua update ha blog gua!

ISA? Nyawa lagi berharga.

setakat ini, tujuh (7) orang dilaporkan maut akibat serangan H1N1.
pelan-pelan, nipis-nipis je H1N1 ragut nyawa rakyat Malaysia.
adakah anda seterusnya?

Mohonnya, mintaknya tiada lagi korban H1N1.
harap jauh pergi penyakit ini dari rakyat Malaysia.
biarpun ramai antara mereka yang lebih sukakan kesusahan, DEMO untuk apa?
Takde ISA kemudian apa? APA?? Tukar kerajaan berpelembagaan kepada KOMUNISME?
dala matlamat x tercapai.
PRO ISA @ MAGARAN gak yang berjaya anta MEMO!!haha!

Sedarlah, bala Allah ade sebabnye.

ingatlah H1N1 tersebar sangat senang, udara dan sentuhan.
jagalah diri masing2, jangan lah sesuka hati dengan sengaja mendedahkan diri dalam situasi mudah peyakit berjangkit.
juga,
janganlah sengaja mendedahkan diri dengan dosa sengaja.


Ya Allah, hanya Kau yang Satu. hanya Kau penyelamat. Jauhkan kami ya Allah, dari segala balaMu. sesungguhnya kami insan hina. Hanya Kau yang Maha Besar. Maha Pencipta.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...