23.5.10

Morty-bus : Tika untuk memujuk teman lelaki .

Kembali kita ke sudut tips kehidupan berpasangan . Kali ni ghua nak story pasal PUJUK . Lazimnya , bila menyentuh soal pujuk memujuk , kita akan lebih ke arah memujuk perempuan kerana sejak azalinya perempuan dan merajuk tidak boleh dipisahkan . Begitu juga keadaannya dengan lelaki dengan memujuk .

Lelaki selalunya akan memujuk bila sahaja gelfren mereka merajuk . Namun bagi mereka yang dah ditahap dewa-dewa , gelfren baru nak merajuk pun dah pujuk dah . Bagus . Ini mengakibatkan tercetusnya dua situasi ,
pertama : perempuan-perempuan ini merasa mereka dah tak payah pujuk lelaki mereka , lelaki mereka best . Mereka merajuk selalu pun lelaki mereka relak je boleh pujuk . Romantik lah konon katakan .
kedua : kalau mereka perlu pujuk , mereka akan memujuk pada situasi yang sama seperti teman  lelaki mereka buat .

*****
Jika lelaki merajuk , yang hakikatnya jarang berlaku , perempuan tidak perlu memujuk dengan erti kata pujuk yang sebenar . Kerna lelaki ni , yang hakikatnya majoriti , tidak pendai merajuk . Tetapi ada satu ketika sahaja yang lelaki perlu dipujuk dengan erti kata pujuk . Ketika mereka marah .

Teman lelaki bukanlah seperti ayahanda-ayahanda atau abahanda-abahanda mahupun bapakanda-bapakanda . Tetapi persamaan bagi mereka adalah , bila mereka marah (dengan syarat memang luols bersalah) , hendaklah luols senyap . Biarkan mereka habiskan kata-kata dan luahkan segalanya . Tahan sajalah , teman lelaki luols dah banyak kali , ya : banyak kali , sabar dan pujuk luols. Bila selesai saja amarah mereka , ambil masa dua hingga tiga minit untuk senyap seketika , biar mereka tenang sedikit . Gunakan peluang ini untuk menyusun ayat . Selepas itu , pujuklah dengan erti kata pujuk . 

Perbezaan antara teman lelaki dan ayahanda-ayahanda adalah luols perlu terus seyap jika berhadapan dengan abahanda-abahanda . Tetapi pujukan segera perlu untuk teman lelaki . Ayahanda-ayahanda ambil masa lama sikit dan pujuk sikit-sikit pun oke , sebab nama pun ayahanda kan ..
Kalau teman lelaki paham-paham lah , kene tinggal karang , padan muka .

Maka ingatlah , kalau boifren luols merajuk , sweettalk sikit dah oke , tapi kalau mereka marah ... Sila pujuk oke , jangan senyap saja dengan niat nak bagi mereka reda marah . JANGAN . Satu lagi , kurang-kurangkanlah merajuk . Letih bhai nak pujuk !

Renung-renungkan dan selamat beramal .

Ghua bukan nak stori pasal cara nak pujuk dan ghua takkan stori pun pasal tu . Ghua phail bab pujuk-pujuk ni , sebab ghua tak tahu merajuk dengan erti kata merajuk .

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...