4.5.10

KPN pun orang biasa , emo ni standed lah , kan . kahkahkah

Luolz ikuti perkembangan berita pulis di Malaysia ? Kisah pulis kene langgar masa road block dan tahan kereta dalam ada mayat ? Yes , KPN menggunakan isu ini melawan media untuk kes Arwah Aminul . Katanya , 
Langgar pulis sampai masuk spital ni dibuat oleh anak orang baik . Cakap anak orang orang jahat karang marah !
Wah , emosi betul ghua tengok KPN . Lagak orang salah tu . Bhai , lu KPN . Bukan abang beger .

Luolz janganlah salahkan semua pulis pulak ya . Yang terlibat dalam kes itu beberapa anggota saja . Tidak semua . Luolz dah tengok press conference saksi utama , Azamuddin ? Keadaan dia lebih relax saja sekarang . Bagi keterangan pun tenang . 

Kene belasah dengan beberapa anggota yang baru lepaskan tembakan ke arah kereta pun beliau dapat lari lagi . Kalau ghua jadi pulis tu , budak tu pun ghua tembak . Lepas tu ghua masukkan dalam kereta , cakap lah dua-dua mati kena tembak dalam kereta . Ghua cuma nak cakap ghua tak percaya Azamuddin ni kena belasah . Tu saja .

Gila lu , umur baru 15 , kereta baru kena tembak , kene belasah , pulis sah-sah masih pegang pistol , masih boleh lolos . Ghua salute laju-laju . Kalau Azamuddin cerita dia lari saja lepas terbabas tu , ghua pasti percaya . 

Malaysia adalah negara yang mengamalkan konsep dah terantuk baru tengadah . Jadi harapnya selepas kejadian ini , banyaklah ketengadahan yang dilakukan , temasuklah bab Peronda . Ghua nak story benda sama . Jadi kalau luolz nak tahu apa dia . Pandai-pandailah . 

Karang kata anak orang-orang jahat karang , marah ! kah kah kah . KPN , KPN ...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...