21.5.10

Benih

Secara uniknya , tumbuhan mempunyai pelbagai cara untuk menyebarkan biji benih mereka . Melalui cara ini , tumbuhan-tumbuhan dapat terus memastikan zuriat mereka tidak terputus . 
Ada tumbuhan yang mempunyai biji benih yang ringan dan boleh terapung , membolehkan benih-benih mereka dihanyutkan air dan tersebar di sepanjang tebingan .
Ada benih tumbuhan yang hanya jatuh disisi ibunya ataupun bapanya atau mana-manalah kerna mampu untuk menyedut khasiat dari err.. penjaganya itu untuk membesar . Dasar anak tak kenang budi .
Ada juga benih yang halus dan ringan yang boleh melayang atau bahasa adiwiranya terbang ke tempat lain .

Tumbuhan menjalar lazimnya gemar mencangkukkan dan melekatkan benih mereka pada haiwan-haiwan yang berdekatan dan ditaburkan di tempat lain oleh perumah iaitu binatang tadi .
Tetapi percayalah , jika benih itu dicangkukkan kedalam tangan seorang manusia , pastinya zuriat yang diidamkan tak akan bercambah . Malah mungkin akan dipanggang benih bertuah tersebut .

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...