Tiga kali direct ghua tulis pasal Arwah Aminul . Ghua rasa babi kepada grup Keadilan untuk Aminul yang maki polis dan grup yang sapot polis . Dua-dua grup ni ada di fb . Yang banyak kecoh pasal kes ni adalah orang politik yang lagaknya PANDAI segalanya . Suruh orang pikir pakai akal tapi akal lu pun tak panjang .
Satu dok salahkan pulis itu ini dan satu lagi dok kata pulis done a GREAT job . Masing-masing sibuk dengan kesalahan pihak lawan . Ghua tetap tetap dengan pulis pada malam tersebut salah dan Azamuddin kene belasah adalah tipu . Dua kali tetap tu dan bukan semua pulis salah dan bukan semua statement Azamuddin tidak benar . Faham kan dulu baru boleh proceed baca . apo manih bonar te o ais limau ni , cam air gulo yo .
Kutu-kutu yang sokong pulis cakap pulis malam tu 5 orang (dalam sokkaba 4 orang) . 5 5 orang ni dah buat keputusan rasional untuk menembak kereta pesalah jalanraya (PJ) malam tu yakni kereta yang dipandu Arwah . Kenapa ? Kutu-kutu ni cakap PJ dah lari dari pulis , pulis dah bunyi siren suruh berenti pun tak nak berenti lagi . ape lagi ? tembak lah .
Ikut mazhab mereka dan memang benar ikut logiknya kalau PJ ni teruskan memanglah orang salah . MEMANG PJ ni salah . Tiada umat pun yang kata PJ ni tak salah . Ghua pun setuju PJ salah . Yang ghua tak setuju ialah tembak . piung piung .
1. Kejar mengejar pulis haruslah diteruskan tak boleh tembak . Alasan : PJ tak membahyakan pulis yang mengejar . pulis hanya perlu menangkap , pulis ada beberapa cara iaitu langgar ataupun terus kejar dan pastinya backup perlu diminta . Dalam kes ni ada 2 peronda . Dua lah mengikut kata sokkaba .
2. Kutu cakap bukan senang nak tembak dari kenderaan bergerak , nak tembak tayar tapi kena kepala . Ghua : Anggota yang layak pegang pistol ni tak dilatih kah ? senang-senang pegang pistol ? tayar ada 4 , paling sikit pun 2 lah yang belakang , kepala cuma ada satu . Luols paham tak maksud ghua ?
3. Kutu-kutu cakap , kena tembak sebab takut ada pengguna lain atas jalan raya . Ghua : kalau ada kutu lain atas jalan raya , takde pun timbul sebagai saksi . oke , itu tak berapa kuat . Tapi , kalau ada kutu lain atas jalan raya , disebabkan "bukan senang nak tembak" pasti kutu-kutu lain pun mungkin dah menjadi arwah . Luols paham tak maksud ghua ?
4. Kutu cakap tembak sebab pulis rasa penjenayah besar ni , kira dah abes rational lah kononnya . Ghua : baik pulis tunggu depan disko , keluar penyangak besar dari kelab-kelab , follow jauh sikit , TEMBAK . Suspek tak kompem lu dah tembak . Tunjukkan prosedur keselamatan lah kalau betul-betul tindakan itu rational . Ke Pulis DRM takda benda-benda tu semua ? Pakai belasah saja ?
5. Kutu cakap kutu-kutu bising bila pulis tembak Arwah tapi bila tembak penjenayah dan perompak lain , kutu-kutu tak bising pulak . Ghua : ROFFL ! Penjenayah dan perompak yang kene tembak tu merbahayakan pulis dan kutu awam tak semasa kejadian ? Lu jawab .
6. Ikut laporan sokkaba asal , Arwah tak mati lagi ketika terbabas , tapi cuba reverse kereta . Kalau dah kene kepung , tayar dah kena tembak , jauh mana sebuah ISWARA boleh bergerak ? Ghua rasa tak boleh nak gerak dah kot , budak umur 15 , acu pistol komfem dia kecut , kene jugak ke tembak ? Lu jawab . Dah pasti budak umur 15 , pun tembak . wakaka , lu jawab .
Kutu-kutu yang maki pulis pun satu hal . Bukan semua pulis tu jahanam . Luols sedap-sedap maki pulis kat Malaysia . Lu hebat sangat ke nak caci anggota-anggota ni semua ? Agak-agak kalau lu kena sergah dengan anjing lu takut tak ? Ghua takut . Baru anjing bhai . Belum suruh TEMBAK penjenayah lagi . Kerna nila setitik rosak susu sebelanga . Dalam kes ni , kerna 4 titik nila . Lu beringatlah , pulis-pulis tanpa korupsi ni lah yang jaga keamanan kita , sejauh mana keamanan tu , ghua tinggalkan sendiri pada luols .
Kutu-kutu dengan ghua sendiri tak tahu kisah sebenar . Ghua tunggu-tunggu jugak report awal siasatan . Berapa das tembakan , tembakan yang lain tuh ke arah mana . Yang kena Arwah tu dari angle mana . Kelongsong peluru ada berapa . Siapa pulis-pulis ni . Corak paten tayar macammana . Berapa paten tayar ada .dan macam-macam lagi ...
Seriyesli , cerita sokkaba dan cerita terkini memang jauh bezanya . JAUH gila . Ghua dah rasa macam ghua dan kutu-kutu kena tipu . Silakak .
Lepas ni ghua nak cerita pulak pasal ketengadahan yang perlu atau mungkin perlu Pulis DRM buat / diambil kira oleh kerajaan . dan ghua akan cuba pastikan , CUBA pastikan , itu ulasan terakhir ghua untuk kes piung piung ni . Al-Fatihah .
Sapa-sapa nak jawab . jawab , ghua nak tahu jugak . ghua taknak jadi macam yahudi , ghua saja betul . betulkan mana salah ghua .
3 ulasan:
babe. aku setuju dgn ni "Ghua rasa babi kepada grup Keadilan untuk Aminul yang maki polis dan grup yang sapot polis"
tapi aku taknak la guna word babi. hahahhaha.
aku tak suka wall tu sebab penuh emosi. aku bosan semua orang jadi emosi. semua orang mcm nak nangis n maki hamun bla bla
cakap tak panjang akal dan sentiasa menyalahkan orang lain adalah siptom penyakit emo . ahak !
Catat Ulasan