Memaparkan catatan dengan label khas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khas. Papar semua catatan

13.10.10

komuniti terkini !

Kehidupan yang tipikal dan klise memang membosankan . Ya , mungkin tipikal dan Klise adalah sesuatu yang dikatakan 'boleh diharapkan' untuk sesetengah individu , tetapi bosan tetap bosan . Eh , tengok , 'tipikal dan klise' pun belum tentu tipikal dan klise bagi pendapat individu berlainan . 

Ghua pernah beritahu tentang kemasukan ghua ke komuniti 100penulis dan untuk bersikap jujur , komuniti tersebut memang tidak membosankan . Dengan himpunan editor yang ramai , dari pelbagai point of view , pelbagai suasana peningkatan umur , pelbagai kebolehan , ya , ia tidak tipikal dan klise . 

100penulis adalah tempat untuk ghua habiskan masa membaca pelbagai kisah , tips , petua , pandangan dan ada juga cereka . Dengan sebegitu banyak maklumat , sebahagian ghua telah diisi dengan perkara berfaedah .

Bagi luols yang masih belum tahu kujudan 100penulis ini , jangan berlengah , kerana luols mungkin akan dilabel outdated . keh keh keh 

Ghua celen luols taip '100penulis' dekat carian google dan luols akan menemui kami !!

9.5.10

Khas : Hafilah Supian , Hari Ibu 2010

Beliau tak dapat dijangka
tapi beliau boleh diteka
juga rahmatNya , beliau boleh membaca
rutin sebegitu sahaja sentiasa seharian
biar lelah jadual tetap dilaksanakan
masa-masa semua belakang kira
janji seisi merasa bahagia .

Beliau tanpa kata , hilang
Beliau tanpa tegur , kosong
Beliau tanpa cakap , tiada apa
Beliau tanpa kelahi , tawar
Tanpa beliau , musnah .

Dari yang satu , berdua
Tika lepasnya , tiga
Kini beliau berenam bersama
Pedih hati kerenah yang berlima
Rasmi hati perut beliau
Beliau memaku untuk semuanya
Waima apa mengetuk jendela .

Terima kasih beliau ,
Tiada yang layak ditukar
Beliau , ghua yang punya
Beliau hanya satu
Terima kasih ratu
Selamat Hari Ibu .

29.4.10

Khas : Allahyarham Aminulrasyid Amzah

Simpati cuma terucap
Jangan dipolitikkan digesa
Bimbang tidak mahu siasatan terkucar
Siapa yang salah belum tergambar
 .. tegasnya
Apa akal ada ka ?
Mengejar kereta yang laju melebihi had
Tanpa memberi bahaya kepada si kuasa
Tembakan terbebas juga
Tembakan amaran yang didakwa
Amaran sampai 10 das ?
Amaran tepat ke arah kepala ?
Amaran ke , amarah ...

Ya , arwah bersalah
Memandu laju juga tanpa permit hak
Tapi memadaikah untuk keduanya
Dibunuh begitu saja .
Si kuasa tidak akan terlepas
Harapnya kali ini terlaksana
Semata memberi pengajaran
Mereka akan berakhir tergantung kepala .
Tidak adil ? Hanya Allah Maha Kuasa .
Al-Fatihah .

Ghua terkesima saat baca laporan-laporan akhbar mengenai aksi hollywood ni . Si Jebeng , lu tengok . Betapa besar nasib baik lu . Lu rempuh roadblock dan langgar kereta orang pun pulis tak tembak . Lu , kalau ikut hukum memang pulis dah wajib tembak , nasib lu baik Si Jebeng . Lu sedar tak ?

----

Lu nak siasat apa lagi ? Benda nyawa ni bukan boleh buat main . Takde orang nak permainkan pulis dengan mengorbankan nyawa insan . Ghua dengar cerita 3 orang pulis pandai tu off duty . Eh , bukan patut kena reman terus ke ? Ke sebab mereka pulis mereka spesel ? Kalau lu taknak politikkan , kes ni boleh setel paling lama sebulan . Kalau lama dari tu , tak politik my ass . 

Ghua pernah story pasal musnah harapan budak-budak yang cita-cita nak jadi pulis , sekarang ni ... ghua rasa profesion pulis memang takde langsung dalam list . Brengsek !

2.4.10

Khas : Al-fatihah buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri .




Raja gelaran yang pasti
Tiada siapa dapat tandingi
Kurniaan dari Ilahi cuma kau punyai
Hebatnya bukan boleh dipelajari
Segalanya spontan saja kau beri
Tetap berdiri walau ramai yang memaki
Kerna kau kenal siapa diri .

Gah dirimu tiada pendua
Biar beribu yang mencuba
Gagal pasti untuk mereka
Bukan kerana kekurangan usaha
Cuma kau seorang Raja .

Saat manusia lain enak dibuai mimpi
Kau bertarung untuk nafas terakhir
Urusan dunia sudah tiada erti
Semoga urusan selepas ini mudah untuk kau hadapi 
Yang tinggal atas dunia kini
Cuma mampu panjatkan doa kepada yang Maha Hakiki
Agar kau dikurniakan rahmat dan segala dosamu diampuni 
Kami pastikan merindui .

Alfatihah buat allahyarham Din Beramboi . Beliau meninggal dunia pada 12.30 pagi tadi . Alfatihah .

29.12.09

Khas : Dr Rosli , bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan

Oh , yang tahu , kita diamkan
yang perlu , kita simpan
yang benar , kita sorok
yang salah , kita endah
yang terbuku dijolok dalam
yang terkunci ditambah penjaga
yang hitam digelapkan.

Sehingga udara kotor bertoksik
Buat kita jadi bingung
Bertukar antara satu dan utas
Antara wanita dan isteri
Antara Dia dan dia
Antara kau dan Dia.

Terus menerus pendam
Sampai akhirnya aku tahu
Aku cuma manusia biasa
Yang pingin kau sedar
Kau juga manusia biasa
Wahai Dr. Rosli Allani Abdul Kadir
Pulanglah .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...