11.8.09

ma makna kuarantin?


MEMBIMBANGKAN. Semakin ramai pulak yang jadi mangsa H1N1. banyak gesaan dan gesaan dan juga tindakan tindakan. dan saya tertarik untuk mengulas tentang pelaksanaan KUARANTIN. MUNGKIN juga pelaksanaan kuatantin ini adalah penyebab VIRUS ini TERSEBAR!

Mari kita lihat semula perjalanan kuaratin. Jika satu satu tempat dipastikan perlu dikuarantinkan. kebanyakannya adalah institusi pengajian. Samada sekolah mahupun universiti universiti awam dan swasta, keseluruhan bangunan itu akan ditutup. dan 'penghuni'nya disuruh PULANG KE RUMAH.

disini ia bermula, jika seorang pelajar (Ash) dijangkiti H1N1, dan tempat beliau belajar di'kuarantin'kan. bermakna ia ditutup dan orang lain (pelajar, chekgu, dan what so ever) dikerah pulang ke rumah.
maka, katakan seorang pelajar lain (Am) telah ter'kena' virus babi ini tetapi belum merebak, maka tak dapat dikesan lagi.
Am pulang ke rumah menaiki bas. di perhentian bas, parasit ini kemudiannya telah meninggalkan jejak pada rakyat jelata(Ani) di perhentian tersebut
dan Ani pula telah berkongsi kepada Siew Kok. Siew Kok pula ... (dan seterusnya)

semasa didalam Bas pula, Am, Ani , Siew Kok , dan seterusnya telah bersam mengongsi virus ini dengan penumpang dan pemandu bas secara tidak sedar.
3 hari kemudian. Jumlah orang yang pegi cek H1N1 pon MENINGKAT!
dan makin ramai yang menjadi mangsanya.
dan tanpa sedar, rupa rupanya kita dengan SENGAJA MENYEBARKAN VIRUS BABI ini!!
anda sedar atau tidak?


hanya sekadar cadangan, mengapa tidak KUARANTIN dilaksanakan dengan sebenarnya konsep KUARANTIN? jika sesebuah institusi dikenakan tindakan kuarantin.

1.JANGAN BENARKAN SESIAPA MENINGGALKAN PREMIS.

2.ASINGKAN MEREKA YANG DIKENALPASTI MENGIDAP SIMPTOM simptom H1N1 dengan mereka yang tidak.

3.KURANTIN SELAMA SEHARI.

4. LAKUKAN PEMERIKSAAN SEKALI LAGI.

5. MEREKA YANG BENAR BENAR MEMBAWA VIRUS,HANTAR KE HOSPITAL SEGERA.

6.YANG TIDAK,DIKUARANTIN LAGI SELAMA 6 HARI BERIKUTNYA.(part ni leceh, tapi kerajaan ade orang bijak pandai, kan.. pikir2lah)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...