9.3.10

Morty Bus gua - menjaga hati teman lelaki .

Assalamualaikum . Gua kali ni nak bercakap tentang sikap kebanyakan perempuan kebanyakan yang pastinya yang gua familiar , perempuan melayu . Gua nak cerita perihal perempuan yang berpunya tetapi belum terikat , dengan kata pasarnya - girlfren orang .

Mereka boleh gua bahagikan kepada dua kumpulan , satu majoriti mudah dan satu lagi hampir majoriti . Golongan majoriti mudah adalah mereka yang sering menyalahkan teman lelaki masing-masing , tidak kira samada teman lelaki mereka bersalah atau tidak . Selalunya ia berkait rapat dengan kes cemburu buta . Golongan kedua , hampir majoriti adalah mereka-mereka yang menyalahkan diri sendiri atas segala aspek ketidaksefahaman sesama pasangan masing-masing .

Dua-dua golongan ini secara rawaknya gemar menonton drama siri melayu tak kira saluran kerajaan mahupun saluran berbayar . Gua akan terangkan dari sudut pandangan situasi normal dengan rambang .

Situasi Pertama - Teman lelaki mempunyai rakan perempuan yang baru .


Bagi golongan majoriti mudah , mereka akan terus menyerang teman lelaki masing-masing . Memacam persoalan ditimbulkan , sikap ragu-ragu terhadap pasangan ditunjukkan . Paling top , merajuk terus tak nak bercakap . Maka teman lelaki si golongan perempuan majoriti mudah ini pun bingung . Nak ditinggalkan sayang , nak berkawan terkekang .

Bagi golongan hampir majoriti pula , mereka akan terus membisu . Mengatakan kesudian mengundur diri , menyatakan hasrat supaya teman lelaki mereka pilihlah rakan baru tersebut . Beliau lebih cantik , bijak , sesuai dengan kehendak si lelaki - katanya . Mereka sanggup kalah walau hati masih kuat rasa sayang . Ini membuatkan si teman lelaki bingung , nak ditinggalkan sayang , nak berkawan terkekang .

Kedua-dua golongan ini akan untung jika teman lelaki mereka pandai mengambil hati . Boleh menerangkan situasi tetapi yang paling penting mereka MAMPU bersabar . Tetapi golongan ini kerap akan berjaya ditinggalkan kerana mereka yang minta macam tu . Buat mereka yang mempunyai teman lelaki penyabar pun , jangan suka lama-lama .. kalau asik kene macam ni setiap masa , batu yang keras pun boleh berlubang ditimpa air .

Nasihat gua :

Cara kamu , si perempuan menangani isu ini adalah secara salah . Secara logiknya , kamu tahu tentang kesukaan dan kesenangan teman lelaki kamu , ia satu kelebihan buat kamu . Tambat hati mereka dengan kesenangan mereka . Buatkan mereka terus memikir tentang kamu , bukan (seperti yang kamu anggap) kawan baru teman lelaki kamu . Dengan cara ini , teman lelaki kamu pasti , PASTI akan bertambah sayang kepada kamu . Semai benih kasih sayang bak kata penceramah motivasi .

Situasi dua : Teman lelaki kamu memuji perempuan lain .

Bagi perempuan majoriti mudah , reaksi pertama mereka akan memebri satu cubitan geram ataupun menampar keras pada bahu ataupun menarik muka hodoh serta berpaling kearah bertentangan .

Bagi perempuan hampir majorti pula , mereka akan senyap dan akhirnya berkata lembut , ' pergilah cari yang lebih baik dari saya ' .

Karang betul-betul si teman lelaki cari yang lain baru tahu .

Nasihat gua :

Apabila si lelaki , memuji perempuan lain , ini sebenarnya kata majis yang perlu diambil berat oleh kamu kerana secara tidak sedarnya (kadang-kadang , sengaja) , mereka memberitahu tentang kekurangan yang ada pada kamu (yang boleh diperbaiki) supaya kamu tambah baik diri sendiri . Teman lelaki kamu pun bukan orang lain , bakal suami juga . Tak salahkan menjadi lebih baik dimata dan hati mereka .
Kalau kamu tidak memakai tudung , teman lelaki kamu memuji penampilan artis bertudung , maknanya ?
Jika kamu mempunyai susuk perut yang agak kurang memuaskan , bila mereka puji perempuan yang menepati citarasa mereka , maknanya ?
Andainya kamu ni kurus sangat , beliau memuji mereka yang agak berisi , maknanya ?

Bukan minta kamu jadi betul-betul seperti yang pasangan kamu mahukan , cuma sekurang-kurangya adalah sedikit perubahan dari tiada . Kamu sendiri pun , punya keinginan sendiri , betul bukan? (^.^) . Jangan sampai nak kene bedah-bedah oke , tak payah !

Memang benar jika ada yang katakan cintailah diri pasangan seadanya . Kamu memang sudah berpasangan pun , dah tersemai pun , tinggal nak kena jaga saja sekarang ni . Pokok bonzai kalau tenam saja , tak cantik . Kena sentiasa jaga dan pelihara baru kelihatan menawan dan pokok itu sendiri dalam keadaan segar .
Jangan sampai mereka tanam bonzai baru . ("^_)

Situasi ketiga : Gua bizi banyak assignment . luol lah bagi situasi , nanti gua bebel lagi .

Bagi situasi ketiga , gua perlu hentikan penulisan disini saja kali ini . Jumpa dilain post . Renung-renungkan dan selamat beramal .

4 ulasan:

SemanisStrawberry berkata...

nice blog...

SemanisStrawberry berkata...

nice blog...

fat ass berkata...

perut perut tu case sensitive tu !
hahahaha

r.k berkata...

Ella : thanx

Jah : aik , terasa pulak ? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...