Ini berita lucu. Saya tahu sekarang sedang panas bercerita tentang Azmin Ali dan juga Gambar Najib dan Anwar. Sedikit mengenainya, mungkinkah kedua-dua hal ini ada kaitan? Mengapa tidak? Apapun isu tersebut tidak menarik bagi saya untuk saya tulis. Oh, bila tarikh terbaru perbicaraan kes liwat Anwar? Ada sesiapa yang tahu?
Berbalik kepada tajuk.
Kita mungkin akan disajikan lagi dengan drama pilihanraya kecil setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah diarah dikosongkan oleh Speaker Dewan, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Keputusan dibuat kerana penyandang kerusi, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua (2) persidangan Dewan itu secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.
Dan kini, pihak SPR akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Jumaat ini supaya penguatkuasaan keputusan kekosongan kerusi tersebut ditangguhkan. Ia supaya SPR boleh membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi.
Jika keputusan masih juga sama, kita akan menyaksikan lagi Pilihanraya kecil ( ke-10? -saya tidak ingat) selepas pilihan raya umum lepas. Bazirkan lagi duit.
Melihat senario diatas, saya terfikir 2 perkara
1. Apakah alasan dan sebab untuk Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadirkan diri ke persidangan Dewan? Adakah kerana beliau malas? Ataupun sudah tidak mahu menjadi Ahli Dewan? Ataupun beliau mempunyai penyakit lupa? Ataupun beliau memang keuzuran? Jika tiada sebab munasabah, tidak perlu rasanya membuat rayuan. Masyarakat perlukan pejuang yang bertanggungjawab. Adakah tidak menghadiri persidangan dewan salah satu dari list tanggungjawab Datuk Abu Hassan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh? Mungkin.
Saya cuma minta sebab, mengapa beliau tidak menghadiri persidangan. Tiada sebab / tidak munasabah, cepatkan set tarikh pilihanraya kecil. Sekarang ni hujung tahun, dengan nak raya haji lagi, dengan masuk season baru persekolahan lagi, dengan Krismas lagi, dengan Tahun baru lagi. Bukan masa yang sesuai untuk berkempen. Janganlah dibuat hujung tahun ini dan awal tahun depan, lewat sedikit pun tidak mengapa.
2. Mengapa SPR mengemukakan rayuan? Datuk Abu Hassan Sarif adalah ahli SPR yang bertanding pada pilihanraya umum lepas? Bukankah sepatutnya UMNO Kedah yang memfailkan rayuan tersebut?
Jika SPR yang kemukakan rayuan, kemudian mahkamah tidak terima.
Pilihanraya kecil diadakan, Datuk Abu Hassan Sarif bertanding dan menang sekali lagi, tidakkah kemenangan tersebut akan dipertikaikan?
Siapa SPR?
Difahamkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi KL untuk mebolehkan SPR merayu kepada peringkat yang lebih tinggi. Mengapa SPR merayu? Adakah keputusan Speaker Datuk Dr. Abdul Isa Ismail disebabkan oleh kesilapan teknikal SPR? Untuk apa?
--------
Apa pun, selepas ini akan ada dua kemungkinan.
Satu, rayuan diterima dan bermula-lah perang PR v SPR.
Yang mana sepatutnya badan bebas seperti SPR tidak perlu campur tangan. Terserlah ke-tidak-integriti-an badan bebas SPR kerana memihak kepada BN kali ini.
Dua, rayuan ditolak dan mulalah perang PR v BN.
Dan jika BN masih meletakkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai calon, maka ia akan menjad PR v SPRBN.
Jika BN tidak meletakkan Datuk Abu Hassan Sarif tetapi masih menang, tetap akan terjadi PR v SPR+BN kerana kredibiliti SPR akan dipertikai, MELAINKAN struktur SPR dirombak sepenuhnya sebelum pilihan raya tersebut.
Jika dulu, SPR hanya dicemuh kerana dikatakan tidak bersih di dalam tugasan pilihanraya, kini SPR sendiri ingin bertanding dalam pilihanraya.
Masih drama pilihanraya yang sama, situasi kekosongan dewan yang hampir serupa cuma penukaran watak antagonis pada skrip ;dan tambah perwatakan baru. Sedikit spinning skrip maka drama baru terhasil.
Saya tahu kamu membaca, tolong jawab soalan saya.
1. bila tarikh terbaru perbicaraan kes liwat Anwar?
2. apa alasan Datuk Abu Hassan Sarif ponteng dewan?
3. mengapa SPR mengemukakan rayuan?