Memaparkan catatan dengan label eid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eid. Papar semua catatan

14.9.10

Duit Raya

Duit raya adalah sesuatu yang dilihat sebagai salah satu agenda utama setiap kali raya . Dan ghua lihat fenomena pemberian duit raya kala ini seperti menjadi keutamaan dari tujuan asal berada di suasana mendapat duit raya , tempat ziarah .

Ghua yakin luol pernah dengar tentang duit raya adalah diciplak dari pemberian ang pow , adat agama Budha yang menyambut tahun baru cina . Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi , sehingga profesor mahupun Dr. Dr. akan menceritakan benda yang sama . Masyarakat Islam telah dididik ia hanya sebagai adat yang menjadi kemestian sehingga kita lupa bahawa disebalik pemberian duit raya tersembunyi sebuah amalan mulia , sedekah amal jariah . Dan untuk menjadikan sedekah amal jariah sesuatu yang berbaloi , ia perlulah ikhlas . Tidak kira si pemberi , si penerima , ibu bapa si penerima mahupun yang tidak menerima , ia perlulah ikhlas .

Sifat ikhlas yang tertinggal dalam pembasuhan minda pada agenda memberi duit raya ini jelas nampak hilang pada masyarakat Islam kita kini .

Si pemberi , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " kau tak payah lah , dah besar .. " . Ia adalah satu OUCH yang besar kepada yang tidak menerima walaupun mereka memang tidak mengharapkan duit raya itu kerana mereka memang dah besar ( tampak dewasa ) . Jika ikhlas ingin memberi , beri . Jika niat hati tidak mahu beri , tak perlu beri . Janganlah sampai menjatuhkan air muka mereka yang dah besar ini seperti mereka inginkan duit raya itu , kerana kenyataan itu memang OUCH .

Bagi yang menerima , terutamanya kekanak pasti ada yang membuka sampul duit raya itu pada masa itu juga dengan hasrat ingin melihat berapa nilai beraya dirumah makcik pakcik itu . Biadap bukan ? Tapi dimana silapnya . Ghua yakin silapnya adalah cerita adat ang pow yang mempengaruhi minda mereka bukannya cerita sedekah amal jariah . Kalau yang buka didalam kenderaan pula , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan secara lisan mahupun monolog dalaman , " 30 posen je , cis betul tok imam " .

Untuk ibu bapa penerima , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " berapa acik tu bagi ? , berapa maklong kau bagi ? " . Sekali lagi , apakah pentingnya mengetahui berapa si polan itu bagi , berapa si polan ini bagi ? Jika ikhlas amal jariah yang diterapkan , mereka hanya perlu tersenyum , bersyukur , mengumpul jumlah duit raya anak-anak dan masukkan dalam ASB . Bukannya membandingkan jumlah material yang diberi dan mulalah membuat spekulasi ataupun yang paling cepat , mengumpat . " eh , 50 posen je makteh kau bagi ? kereta ada empat , rumah macam istana . " . Heh , padahal baru je lepas minta maaf , nangis-nangis .

Jadi , ingatlah , marilah sampai-sampaikan cerita bahawa duit raya yang kita 'amalkan' sebenarnya adalah satu bentuk sedekah amal jariah , bukan sekadar adat mengisi checklist hari raya . Sebab sebenar sampul digunakan adalah kerana seperti "tangan kanan memberi , tangan kiri tak tahu" . Semoga raya kita bertambah berkat . Salam Eidulfitri 1431H .

6.9.10

Happy Eid . Love .


Eidulfitri hadir setahun sekali
Meninggalkan Ramadhan yang akan dirindui
Ketupat rendang mungkin satu-satunya apa yang dikongsi
Tetapi jauh di sudut hati
Moga Keriangan ini turut seiring dengan keampunan diberi
Bukan bermakna setahun sekali maaf diingini
Tetapi sekurang-kurangnya mengingati
Hidup kita tak lari dari jalan Ilahi
Salah dan silap adalah dari Yang Hakiki
Cuma diri ini yang memilih toriq itu atau ini .

Dipinta agar Ramadhan dan Eidul yang ini
Membersihkan kita dari sakiti diri sendiri
dan kurang kita menerima dari memberi
Serta sama-sama kita mendapat rahmat dari
Ar-rahman dan Ar-rahim . Amin .

Pesan abang-abang kepada adik-adik ,
Main bunga api hati-hati ,
Main mercun jangan sekali ,
Kang tak pasal-pasal putus jari ,
Abang-abang jugak yang kena habiskan stok bunga api ...

keh keh keh .

1.12.09

Eiduladha 1430H dan Bola Sepak Inggeris

Takbir dilaung penuh hiba
Bersatu rasa duka dan gembira
Ibadah qorban dilaksana bersama
Rayakan eiduladha dengan jiwa yang mulia

Kali ini raya memberi sebanyak-banyak makna
Peluang menyambut dengan Hati tidak terbiar
Prototaip kerenah kehidupan berdua diterjemah
Indah, suka, penat, jerih terpapar di wajah
Bahagia,
Itu sahaja bahasanya
Biar mata tidak lagi terdaya
Biar otot tidak lagi berguna
Biar nafas hanya sipi-sipi keluar
Asalkan model prototaip yang terbina
Dapat kita transformasikan menjadi nyata

Akhir sambutan kali ini penuh klimaks
Penyerang hitam ivory sebagai Santa Claus
Tak perlu banyak hanya berikan dua
Sedikit sahaja tetapi ianya memberikan nyawa
Segunung terima kasih kepada si setiausaha
Bantuan wingback hitam cole dengan dua dorongannya
Menampakkan angka dua di papan markah separuh masa pertama

Skuad Wenger seperti biasa
Lagak seakan pelari pecut Malaysia
Pantas berlepas, terdahulu kehadapan
Tapi deras juga dipintas
Dipotong belumpun sampai di pertengahan
Ironinya, paten ini tidak sekali berubah
Yang pasti, mereka yang berdarah biru tidak perlu keringat berganda
Nescafe O panas cukup untuk mengeksploitasi venom pahlawan kita
DARAH BIRU SELAMANYA
SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA

27.11.09

Nila setitik pun kumpul banyak-banyak, jadi laut

Isnin, 23 November 2009, aku keluar rumah pagi-pagi mencari seikat wang kertas ringgit malaysia. Dengan mata sembab-sembab, otak tak cukup oksigen, otot pinggang sakit sebab tak cukup tidur, siku berdarah masa kene tackle petang ahadnya dan hidung yang sedikit berair, aku gagahkan semangat demi mengisi poket.

Aku dan salah seorang adik aku, Si Jebeng dibawa ke lokasi pencarian nafkah kami. Sedikit eksperesi kejutan ditunjukkan daripada tuan empunya legasi pencarian nafkah setibanya kami di sana kerana tidak menjangka bahawa kami yang akan membantunya pagi itu. Klien kami pagi itu adalah kumpulan unit penguatkuasa undang-undang Malaysia.

Kami terus melakukan apa yang dikehendaki oleh 'boss'. Sedang leka membuat kerja, berkumandang lagu Negaraku. Aku berdiri tegak, sempat menjeling pada 'boss'. Beliau juga berdiri tegak. Cuma klien 'boss' sahaja yang tidak berdiri tegak malah berjalan-jalan dan berkata-kata lagi. Kumpulan klien lain, Si Jebeng, dan petugas 'boss' yang lain aku tak berpeluang pandang, mereka di belakang aku.

Satu ketika, semasa production line berada di tahap terpenting,kami dan 'boss' bertungkus-lumus melayan kerenah kumpulan klien yang ada juga besar kepalanya memandangkan mereka sepatutnya menunjukkan tahap kendiri yang tinggi. Tiba-tiba, seorang dari kumpulan klien menghampiri aku dan berkata " Senduk mana senduk? Ada dua tempat takde senduk. Nak ambil pakai apa? tangan? " dengan nada yang tinggi dan mata membulat sepertinya aku seorang penjenayah.

Sungguh matang, bersopan-santun, penuh etika, berintegriti dan mulia sikap klien kami pagi itu. Seorang penguatkuasa undang-undang Malaysia.

" Kerna nila setitik, habis biru baju sekolah "
" kalau nila selaut? "

-----
Selamat Hari Raya

6.10.09

hanya terima kasih...

...yang dapat saya berikan

program bersama anak yatim telah selamat di jalankan.Kami gembira, mereka juga gembira

terima kasih kepada yang menyumbang dan terima kasih juga kepada TOK SEDARO PANEH dan CIK SI SARA yang mengiklan.
juga tak dilupa kepada mereka yang memaki saya.
oh,buzze.aku da paham macammana rasenye.

esok kami meeting untuk bentangkan report.
insyaAllah akan ade picta juga untuk esok.

*oh sebuk2, masa untuk menduduki peperiksaan lagi!
SELAMAT HARI RAYA.ada rumah terbuka,jemput2 la~

28.9.09

TOLONG BACA DAN SEBAR!Mari bersama saya meraikan anak yatim di Eid yang mulia ini.

Salam Eid buat pembaca.
Kali ini saya menyeru dan meminta dan memohon jasa baik semua tak kira usia,mahupun fahaman.

Kali ini saya membawa peluang untuk kita bersama-sama melakukan sedikit kebaikan dunia dan harapnya jika IKHLAS niat kita, akan ada kurniaan di akhirat kelak.

Kali ini saya dan rakan-rakan akan mengadakan satu majlis,Keraian Hari Raya bersama anak yatim dari RUMAH ANAK YATIM ISLAM DAERAH JASIN,MELAKA.

Saya dengan terus terangnya menyatakan kami memerlukan sumbangan daripada anda untuk menjayakan projek ini.
Ironinya jika projek ini tidak dapat berjalan kerana kekangan kewangan.Saya dan rakan-rakan akan diGAGALkan dari kelas tersebut dan perlu mengulang semula subjek pada semester hadapan.
Jadi saya meminta anda membantu saya dan juga sama-sama meraikan golongan yang tiada ibu dan bapa ini.Program hujung minggu ini, maka kami memang TIDAK sempat untuk meminta sumbangan badan korporat.Hanya 'mengejar' individu-individu yang prihatin.

Untuk makluman,Ini adalah usaha terakhir saya memandangkan orang-orang yang saya jumpa semua sudah kekeringan wang ataupun memandang ianya sesuatu yang tidak lah sepenting perut sendiri.

Saya sertakan segala dokumen yang penting.

Bagi mereka yang ingin menyumbang, BOLEH TERUS MEMASUKKAN WANG/CEK ke no akaun bank islam seperti tertera pada surat muka hadapan di bawah iaitu:
KELAB PERKIM UNIKL (Bank Islam Malaysia Berhad : Account Number : 14153010022735)
ataupun terus ke akaun saya
Bank Islam Malaysia Berhad : Account Number : 05012020410406

HARAP DIINGATKAN BAHAWA TERDAPAT 6 ke 8 KUMPULAN YANG MENJALANKAN PROJEK INI (DISKRIPSI DAN TEMPAT YANG BERLAINAN) . DAN KESEMUANYA MENGGUNAKAN NO AKAUN BIMB (KELAB PERKIM) YANG SAMA.

MOHON JASA BAIK UNTUK MEREKA YANG MENYUMBANG UNTUK MEMBERI TAHU JUMLAH SUMBANGAN AGAR KAMI DAPAT DETECT BERAPA BANYAK YANG MASUK UNTUK PROJEK INI.

ANDA BOLEH SAMADA MENINGGALKAN JEJAK PADA KOMEN ATAUPUN MESEJ SAYA DI
+6017 340 49 27 .

Plz,no fakers.I beg U.Im trying to do sum good deed.






TOLONG YA! SALAM EID UNTUK SEMUA!.


update:
kini ade la kurang bajet dalam 2000 hasil kutipan rakan-rakan.
plz,tolong saya. gaji da masuk. sorang sepuluh pon cukup kalau masing-masing tolong.
=)
update:
saya juga telah mendapat senipis makian dari orang sekitar. Suro saye carik duit sendiri. Yang sekarang ni bukan mencari duit kah? Do U people understand the meaning of 'MARKETING'?. Do U people know the diff between MINTAK SEDEKAH dan MINTA SUMBANGAN?Saya faham kalau xnak beri secupak bantuan, tapi apa perlu saya di maki?
BUAT BENDE BAIK PON KENE MAKI? celake punye ***a**.

23.9.09

pertama sesudah takbir


Raya tahun ni sederhana, sangat sederhana, 1raya pon hanya 4 familia,

2raya sepatutnya terus pulang,tapi g pusing2 kampung Pn Hafilah(kampung yang beliau pegi mase kecik2 dulu.) dulu. malam baru bergerak pulang. dan memang penat memandu.

3raya pegi open house umah MB.biasa je.Dan petang tu pegi uma pakcik2 makcik2 pulak. tinggal umah En. Zahari dan En. Nik.

Harini, 4raya akan bergerak jalan jauh lagi. Kejap lagi kene panaskan enjin kete, pegi lanchang, esok anak nomor dua En. Husin nak kawen. dan dijangka esok juga akukan turut pulang ke rumah kerna Pn. Hafilah akan kerja jumaat hari.

Memang aku x nafikan aku burin. Dan tahun ni, aku dapat tengok banyak ragam manusia. Dan bagaimana mereka teruknya pemikiran negatif rakyat Malaysia.(pada pemikiran dan tanggapan aku). Dan aku juga tahu yang aku x boleh nak ubah cara mereka fikir sebab mereka itu sangatlah dewasa umurnya dan tua usianya.

Oleh itu, aku perlu siapkan diri untuk masa hadapan. Agar aku tidak berfikiran sebegitu sebab orang yang berfikiran sebegitu wujud orang yang membenci.

Anyway, its raya rite. Buang jauh2 that BS thought. Moga hidup kita lebih berkat.

ia pertama sesudah takbir namun ia hanya sekadar bebelan.

17.9.09

untuk kau dari you know who.

ini terakhir sebelum raya
kampung tiada koneksi
paling tinggi pon wartel untuk talian ke indonesia
sebelum ucap selamat berhati-hati

aku mohon maaf dengan salah yang sengaja aku buat
kita masing masing masih muda
membara, ligat ah,kau sebut je semuanya,
segala silap hak kau untuk maafkan
di pihak aku, tiada siapa yang kekal kecuali-Nya
jika ada tercalit dosa kau dekat aku,
anggap gugur keseluruhan ibarat daunan di musim luruh.

Hari mulia, Bulan mulia umat Islam,agama ku
aku panjat setinggi harap agar hidup kita semua lebih bererti selepas ini
lebih bernilai untuk kita nafasi
jika tidak, baik mati.
Ku juga mohon harap agar dapat bertemu lagi dengan Ramadhan
setahun lagi, sungguh perlahan kura-kura berjalan.
*bagi mereka yang benar-benar bersama, semoga kita masih seiringan gelak tawa di Syurga sana.

SALAM IDULFITRI.
SALAM ZAHIR DAN batin

14.9.09

King of Idul

Lebaran makin tampak
Makhluk makin tamak
Sabar tiada tersirat,mahu tersurat
Kejar, tarik dun-ya
Simpan dalam-dalam
Ikat ketat-ketat
Pegang rapat-rapat
Endah dia, kau, mereka, kamu
Hanya aku RAJA
KING OF RAYA
Itu aku punya
Ini aku warisnya
kemanusiaan?
apa orang lain ade fikir tentang aku?
ah.Jangan mula berfalsafah.

Sambar laju lagi
Rembat pantas lagi
Capai cepat lagi
Bernafas bagai ini hari terakhir yang memakan masa selamanya.
Jangan ada fikiran kedua
Kalau kita tak saitan sekarang, minggu depan saitan da bebas.bila lagi.


**panjat harap perjalanan ke bangi, balik kl semula, ke senawang , ke kluang, ke lanchang, ke senawang semula dan pulang ke kl selamat.encik driver lori tolonglah hormati penunggang mutur seperti saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...