21.9.10

Kembang Bola

Masa dekat sekolah menengah dulu , ada seorang kawan ghua bertanya kepada kawan ghua lagi sorang . " Kau suka kelab team bola mana ? " Kawan ghua yang ditanya jawap , " Bayern Munchen " . Ghua dengar saja sambil kunyah rempeyek dalam pek . " Negara ? " Kawan ghua tu sambung tanya dan dijawab dengan Jerman .

" Negara Jerman , Kelab Bayern Munchen ? Tak berkembang lah kau ni xxxxxx . " Ulas beliau . Ghua sip sirap sikit bagi hilangkan rempeyek yang melekat di celah gusi dan bersuara , " Kau pulak macammana yyyyyy ? "

"Aku minat England dan Manchester United "

Ghua topup sirap dan sambung kunyah rempeyek .

14.9.10

Duit Raya

Duit raya adalah sesuatu yang dilihat sebagai salah satu agenda utama setiap kali raya . Dan ghua lihat fenomena pemberian duit raya kala ini seperti menjadi keutamaan dari tujuan asal berada di suasana mendapat duit raya , tempat ziarah .

Ghua yakin luol pernah dengar tentang duit raya adalah diciplak dari pemberian ang pow , adat agama Budha yang menyambut tahun baru cina . Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi , sehingga profesor mahupun Dr. Dr. akan menceritakan benda yang sama . Masyarakat Islam telah dididik ia hanya sebagai adat yang menjadi kemestian sehingga kita lupa bahawa disebalik pemberian duit raya tersembunyi sebuah amalan mulia , sedekah amal jariah . Dan untuk menjadikan sedekah amal jariah sesuatu yang berbaloi , ia perlulah ikhlas . Tidak kira si pemberi , si penerima , ibu bapa si penerima mahupun yang tidak menerima , ia perlulah ikhlas .

Sifat ikhlas yang tertinggal dalam pembasuhan minda pada agenda memberi duit raya ini jelas nampak hilang pada masyarakat Islam kita kini .

Si pemberi , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " kau tak payah lah , dah besar .. " . Ia adalah satu OUCH yang besar kepada yang tidak menerima walaupun mereka memang tidak mengharapkan duit raya itu kerana mereka memang dah besar ( tampak dewasa ) . Jika ikhlas ingin memberi , beri . Jika niat hati tidak mahu beri , tak perlu beri . Janganlah sampai menjatuhkan air muka mereka yang dah besar ini seperti mereka inginkan duit raya itu , kerana kenyataan itu memang OUCH .

Bagi yang menerima , terutamanya kekanak pasti ada yang membuka sampul duit raya itu pada masa itu juga dengan hasrat ingin melihat berapa nilai beraya dirumah makcik pakcik itu . Biadap bukan ? Tapi dimana silapnya . Ghua yakin silapnya adalah cerita adat ang pow yang mempengaruhi minda mereka bukannya cerita sedekah amal jariah . Kalau yang buka didalam kenderaan pula , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan secara lisan mahupun monolog dalaman , " 30 posen je , cis betul tok imam " .

Untuk ibu bapa penerima , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " berapa acik tu bagi ? , berapa maklong kau bagi ? " . Sekali lagi , apakah pentingnya mengetahui berapa si polan itu bagi , berapa si polan ini bagi ? Jika ikhlas amal jariah yang diterapkan , mereka hanya perlu tersenyum , bersyukur , mengumpul jumlah duit raya anak-anak dan masukkan dalam ASB . Bukannya membandingkan jumlah material yang diberi dan mulalah membuat spekulasi ataupun yang paling cepat , mengumpat . " eh , 50 posen je makteh kau bagi ? kereta ada empat , rumah macam istana . " . Heh , padahal baru je lepas minta maaf , nangis-nangis .

Jadi , ingatlah , marilah sampai-sampaikan cerita bahawa duit raya yang kita 'amalkan' sebenarnya adalah satu bentuk sedekah amal jariah , bukan sekadar adat mengisi checklist hari raya . Sebab sebenar sampul digunakan adalah kerana seperti "tangan kanan memberi , tangan kiri tak tahu" . Semoga raya kita bertambah berkat . Salam Eidulfitri 1431H .

6.9.10

Happy Eid . Love .


Eidulfitri hadir setahun sekali
Meninggalkan Ramadhan yang akan dirindui
Ketupat rendang mungkin satu-satunya apa yang dikongsi
Tetapi jauh di sudut hati
Moga Keriangan ini turut seiring dengan keampunan diberi
Bukan bermakna setahun sekali maaf diingini
Tetapi sekurang-kurangnya mengingati
Hidup kita tak lari dari jalan Ilahi
Salah dan silap adalah dari Yang Hakiki
Cuma diri ini yang memilih toriq itu atau ini .

Dipinta agar Ramadhan dan Eidul yang ini
Membersihkan kita dari sakiti diri sendiri
dan kurang kita menerima dari memberi
Serta sama-sama kita mendapat rahmat dari
Ar-rahman dan Ar-rahim . Amin .

Pesan abang-abang kepada adik-adik ,
Main bunga api hati-hati ,
Main mercun jangan sekali ,
Kang tak pasal-pasal putus jari ,
Abang-abang jugak yang kena habiskan stok bunga api ...

keh keh keh .

3.9.10

penulis 100penulis


Time riot ramai-ramai baru syok , baru die punya feel menaik . Kalau dua tiga ekor , hebat macam Hang Lekir pun , feel dia kurang bila tengok kawan-kawan rebah dan kita pergi tolong . Sama macam kalau 'menonton' gig . Tak ke sejuk bila join gig empat lima kerat saja . Sampai bunyi aircond pun boleh dengar lagi . 

Hidup pun kena ada kawan , kawan yang macamana tu terserah kepada masing-masing . Siapa yang tidak mahu yang terbaik untuk diri masing-masing , betul .

Kalau hidup ni semua sama saja , fotostat , tak menarik lah . Bosan . Jadi , bila ghua dengar tentang 100penulis , ghua jadi macam "wow , intinya ?" . Rupanya diorang baru nak setap . Melihat kepada kekosongan dan mereka masih belum ada inti tetap , ghua jadi "apa salahnya" .

Sekarang ni tinggal tengok arah dan halatuju 100penulis . Samada ikut arah jam atau menghala ke barat daya , itu semua masa yang tentukan .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...