9.5.10

Khas : Hafilah Supian , Hari Ibu 2010

Beliau tak dapat dijangka
tapi beliau boleh diteka
juga rahmatNya , beliau boleh membaca
rutin sebegitu sahaja sentiasa seharian
biar lelah jadual tetap dilaksanakan
masa-masa semua belakang kira
janji seisi merasa bahagia .

Beliau tanpa kata , hilang
Beliau tanpa tegur , kosong
Beliau tanpa cakap , tiada apa
Beliau tanpa kelahi , tawar
Tanpa beliau , musnah .

Dari yang satu , berdua
Tika lepasnya , tiga
Kini beliau berenam bersama
Pedih hati kerenah yang berlima
Rasmi hati perut beliau
Beliau memaku untuk semuanya
Waima apa mengetuk jendela .

Terima kasih beliau ,
Tiada yang layak ditukar
Beliau , ghua yang punya
Beliau hanya satu
Terima kasih ratu
Selamat Hari Ibu .

4 ulasan:

Amirah Rashid berkata...

isk2. sedih bace. sayangilah ibu anda selalu :)

chelsea mesti menang mlm ni! :D

r.k berkata...

haha , ghua auto post , takde connection .
semalam ghua sampai rumah , alih-alih ibu ghua bunyi ghua tak ingat dia masa hari ibu .. adesss .. hahaha

This is our Year , Cause Chelsea is our NAME !

Hellioz berkata...

kenape bukan selamat hari mama eyk?
gyaahaha~

r.k berkata...

ait , bukan sama je ke ? lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...