14.11.08

GGMM menggila lagi

alhamdulillah~~habis sudah exam tadi..sekarang ni fokus untuk berjuang pulak.aish.modem ni wat hal plak..sakitnye hati!pagi ni ha baru blleyh online..xpe-xpe.sabar.dapat mesej tadi dan dah disahkan dari laman blog GGMM,insyaAllah 26 November ni akan berlangsung debat antara Zaid Ibrahim,dan presiden GGMM.

akan ada dua(2) pusingan,

pusingan pertama..kedua-dua mereka perlu memberi komen dan pendapatserta hujah berdasarkan perkara berikut~

a) Definisikan konsep Ketuanan Melayu jika kamu rasa konsep itu perlu wujud. Jika kamu rasa konsep itu tidak perlu wujud, sila berikan rasional pendapat kamu.

b) Apakah yang kamu faham berkenaan dengan Dasar Ekonomi Baru?

c) Adakah kamu pernah pada bila-bila masa sepanjang kehidupan dan karier kamu menerima apa-apa faedah daripada DEB?

d) Pada pendapat kamu, adakah rakyat Malaysia telah bersedia untuk mempunyai seorang Perdana Menteri selain daripada Perdana Menteri yang berbangsa Melayu dan beragama Islam?

e) Apakah cita-cita dan harapan masa depan kamu terhadap Negara Malaysia dan rakyatnya selaku diri kamu sebagai pemimpin?
panas~
dan pusingan kedua,menjawab soalan dari hadirin.
debat akan berlangsung seperti di bawah
TARIKH : 26 NOVEMBER 2008
HARI : RABU
MASA : 8.00 – 10.00 MALAM
TEMPAT : SPORTS PLANET FUTSAL,
LOT 37/38 JALAN P4/6
TAMAN TEKNOLOGI KAJANG,
43500 SEMENYIH,
SELANGOR

tiket sepoloh hengget~
bayar kepada


MAYBANK (Akaun Semasa)
564801004079
NR Management & Services

Sila bawa slip bukti pembayaran di bank untuk di tukarkankan denagn tiket masuk pada hari debat berlangsung.

duet dapat balik kalaux dapat tiket masuk sebab kehabisan atau program dibatalkan atau sebab-sebab lain yang jelas berlaku kerana kesilapan penganjur.



meh la ramai-ramai kita tengok~samada Zaid Ibrahin berani atau tidak untuk datang!
dan mari kita tengok.bagaimana Zaid Ibrahim mengulas isu terbabit.

SEBARAN MAKLUMAT DIBENARKAN DALAM APA JUA BENTUK!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...