31.1.10

Ketinggalan Kapal Terbang

' Pong , tujuh lima lima kejut aku pong , aku nak pegi sekolah '

' Jack , bangun jack ' , sergah Pong . Gua boleh ala-ala kadar saja buka mata . Nak tak nak kena bangun juga , sekolah punya pasal . Gua mandi wangi-wangi , abiskan ubat gigi , pakai ranggi-ranggi . Gua klip kanta mata hitam pengelak UV , start moto , full throttle , vroom-dia-pergi .

Tenang betul KL pagi-pagi ahad . Gua saja macam serabai , dalam kepala duk pikir nanti dalam kapal terbang nak mimpi pasal apa . Waktu-waktu kenderaan kurang ni lah kereta-kereta kat KL buat macam dunia fana ni keluarga dia punya . Gua tak ambil kisah sangat . Tak sabar nak mimpi dalam kapal terbang . Tu belum campur bayangan layanan pramugari . Sampai sekolah gua tengok seorang umat pun tiada . Gua cuba recall . 

 Kapal terbang dari sekolah bertolak pukul lapan-Bro Black

Cis , melepas gua nak dapat layanan pramugari . Balik rumah sesepoi angin , dalam kepala dok pikir nak mimpi beli sijil cuti sakit kat mana .

Jack , ayah aku meninggal malam tadi , tengah malam tadi - Pong   ALFATIHAH

26.1.10

Nostalgia Bas JB

Masa tu gua muda lagi , belasan tahun . Masa tu gua pelajar di Gambang . Hati belajar lagi , di Pandah Indah . Dah agak lewat masa tu , gua nak balik rumah Senawang , esoknya nak pulang Gambang . Dekat Pudu gua ambil tiket bas balik . Lepas aksi-aksi melepaskan-taknak-tinggal-tak-boleh , gua naik bas . Masa tu gua biar Hati balik sendiri , dengan rakan rumah beliau .

Gua seorang saja dalam bas tu . Lepas agak sejam bas tak jalan gua dah saspect denggi ade bende tak kena . " Dik , turun . " , pemandu bas selamba saja kuang ajar halau gua . Gua pinga-pinga tanya ejen dekat platform , dia bawak gua nak kaunter balik . Penyelesaian mudah beliau , " nah ambil balik duit tiket ." . Gua nak duduk mana lahanat ? Masa tu dah dekat tengah malam .

Lepas gua berkelahi ala kadar , nak tak nak gua ada satu peluang saja nak balik . Tumpang bas ke Johor Bharu . Lantaklah , janji gua boleh balik . Apa-apa hal pun , gua kene call Si Ayah minta tolong ambil dekat terminal .

Pukul 2.30 pagi gua naik bas ke Johor Bharu . Gua mintak dekat drebar masuk sampai terminal tapi beliau refuse , taknak kene saman ( disallowed non-sticker-able bus ) + tiket tol lagi . Dia tinggalkan gua dekat lebuhraya berhampiran tol seremban .

Gua jalan kaki ke terminal . JAUH , sebab gua penat . Lepas je tol booth , kiri kanan gua anjing . Gelabah gua macam nak ambil SPM . Gua ambil jalan mudah dan luas , tengah-tengah jalan raya . Sekejap-sekejap gua lari-lari anak , bila ada anjing tenung semacam , gua jalan-jalan-lari saja . Si Ayah sporting abis , mungkin dia nak bagi gua pengalaman . Malu gua , pergi dating sedap-sedap , tengah malam Si Ayah yang kena ambil .

On the way balik rumah , Si Ayah siap ajak minum . Ni mesti kes tak boleh nak tidur balik . Gua ingat setakat minum saja , siap ajak mencekik lagi . Tak larat gua nak layan . Gua bajet beliau nak sampaikan syarahan tak bertajuk . Ye la , kalau kat rumah bising pulak nanti . Gua dah redi tadah telinga nak kene lecture , sikit pun Si Ayah tak komen , siap bantai sengih-sengih lagi tengok gua separuh mata saja yag tinggal , GUA SAYANG AYAH GUA .

Bila ingat balik kisah ni , baru gua sedar bahawa kalau gua suruh drebar bas berhenti dekat tol senawang lagi mudah . Tak lah jauh sangat . Masa tu gua muda lagi .

24.1.10

Janji Pergi

Perlahan daunan perasaan gugur
Dari dahan pepohon kasih
Menimpa dua hati yang menyayangi
Tiada yang indah melainkan bersama
Tetapi sayang , kau pergi
Mengendahkan magis cinta

Pergilah , jangan kau kembali
Sekali jua tak perlu ku ulangi
Hati ini hancur diluhuri
Kau telah putuskan ikatan janji
Pergi ,
Pergi jangan kau kembali

Menusuk hembusan harapan diberi
Nafas terhenti menerima keyakinan
Kucupan masa depan mewarna pelangi
Meyakinkan akal bahawa hati terkunci
Tetapi sayang , kau pergi
Menyedut semua saat indah sekali

Pergilah , jangan kau kembali
Sekali jua tak perlu ku ulangi
Hati ini hancur diluhuri
Kau telah putuskan ikatan janji
Pergi ,
Pergi jangan kau kembali

Tak lena aku terbuai janji
Sehidup semati biar apa terjadi
Lunak suara , serius wajah untuk hidup bersama
Aku realisasikan apa saja
Tetapi sayang , kau pergi
Mengurai pelukan kemas kertas kata

Pergilah , jangan kau kembali
Sekali jua tak perlu ku ulangi
Hati ini hancur diluhuri
Kau telah putuskan ikatan janji
Pergi ,
Pergi jangan kau kembali

Pergilah , jangan kau kembali
Sekali jua tak perlu ku ulangi
Tak perlu kau musnahkan lagi
Baki hayat separuh hati
Pergi ,
Maafkan aku tak dapat tunaikan janji ,
Sehidup semati .

20.1.10

Gei .

Gua bukak nuff .. Gua terasa bersalah pulak . Kepada mereka - mereka yang juga macam gua mencari link untuk melakukan semakan kemasukan sekolah teknik , gua harap bila link tu hantar dekat page gua , lu orang tak maki-maki gua . Gua betul memang takde link sebenar .

Adik gua kol , dia cakap dia dah diterima masuk , tapi surat tak sampai lagi . Kawan dia tolong cek-kan . Tak tersampai akal masa tu gua nak mintak url . Lagipun henset gua rosak , scrin kaler putih sahaja . Scrin luar pulak kaler oren sahaja . Gua mintak maaf sekali lagi .

Dekat nuff tu plak ade referrer yang buat gua terpana . Macammana pulak boleh macamtu . Gua bukan gei . Gei ni dilaknat . Lagi-lagi kalau gei lepas tu tak mengaku lepas tu ade hati nak memerintah negara . Bak kata macha , LAHANAT .


Penang tuh cha .

17.1.10

Mesej Mudah Malam Ahad

Sebelum ACoN , penyokong ManU dan Arsenal habis bising dengan kenyataan , " ala , masa ACoN nanti , tak kemana-nya Chelsea , jatuh lah mata . Drogba , Kalou , Mikel , Essien tak ada tak boleh buat apa . Penyokong Liverpool tak bising mana , kerana mereka sibuk dengan mesyuarat penambah-baikan bisnes belon bola mereka . Kami faham .

Malam ni , skuad Carletto turun bermain seperti biasa dan dikala penjaga stadium Stamford Bridge menutup lampu , pasukan yang pernah dibenci-kerana-orang-kaya-beli menghantar mesej mudah berbunyi , " kami menang tujuh - dua " .

Juga sila maklum , pasukan Ivory Cost memenangi perlawanan dengan Ghana walaupun mendapat satu kad merah dimana DIDER ' KEBAL' DROGBA menjaringkan gol ketiga , Ivory menang tiga - satu .

Malam ini , Carletto tidak menurunkan pemain baru selain Yuri yang menggantikan Ashley  , penjaring keempat yang mana jaringannya diishtiharkan jaringan tercantik perlawanan oleh Carletto akibat kecederaan . Walaupun pasti menang , Carletto tidak menurunkan Borini , Matic mahupun Sturridge . Kapten Terry direhatkan oleh Carletto dan digantikan oleh Alex pada separuh masa kedua . Prestasi Alex sangat hambar , beliau berpeluang untuk memastikan Bozo dan Bent gagal menjaringkan gol , tapi beliau sendiri gagal .

Gol terakhir perlawanan sangat menarik kerana
1. Bent menjaringkan gol dan memberi 7 mata untuk pasukan fantasi .
2. Player atas padang buat tak kisah pun dengan jaringan tersebut seperti menonton filem meley-sia di pawagam , anti-klimak .

Nah , highlight untuk rujukan .

ikhsan RTM 1 matchhighlight.com



ikhsan RTM 2 mysoccerplace.net



Joe Cole yang memohon gaji setaraf Essien dan Anelka sebanyak 120,000 pula hanya sekadar assister gol kelima jaringan Ballack . Walaupun Chelsea setuju memberikan 100,000 kepada beliau yang sebelum ini menerima 80,000 seminggu , Cole masih berkeras mahukan lebih . Carletto memuji prestasi beliau malam ini dan lihatlah nanti jika musim depan beliau masih kekal bersama Chelsea dengan prestasi diatas paras laut mahupun berpindah ke kelab lain . Saya rindukan Essien , jika beliau ada sudah tentu malam ini sepuluh jaringan untuk The Blues .

Sementara itu , pasukan yang menerima nasib seakan serupa Chelsea FC apabila dibenci-kerana-orang-kaya-beli , Manchester City mencatat kekalahan pertama dibawah kendalian Mancini apabila ditundukkan dua - kosong oleh Everton FC .

Negeri sembilan , selepas tiga perlawan masih gagal untuk menang , 0-2-1 ..

15.1.10

Hangin Pahit Sekolah Menengah Teknik

Gua nak cek kalau-kalau adik gua diterima masuk ke sekolah teknik tahun ni .

Search google


Lu ada nampak  moe.gov.my ? Ke gua yang kene upgrade power kanta mata gua ?

Gua tak putus asa . Gua klik dekat laman yang ada . Untuk saja-saja nak cakap , gua penah klik dekat link yang sama semasa usaha untuk tolong adik gua memohon secara atas talian . Tapi kali ni , bila gua klik dekat link yang sama . Dia keluar



Gua klik laman lain , beliau feed link ini . Gua klik dan keluar


Gua masih semangat walau hati dah ada unsur-unsur yahudi . Gua pergi dekat http://www.moe.gov.my/. Gua search teknik .



Gua klik link itu dan keluar .




Kalau dalam semakan katakan dalam semakan ,
Jangan saya ternanti-nanti ,
Kalau malas nak buat kerja pun sila katakan ,
Biar saya jadi pengganti .

Kalau ada siapa-siapa yang membaca dan mempunyai link sebenar . Sila berikan kepada gua . Tak ada hadiah , tapi gua akan sangat berterima-kasih . Adik gua muda lagi . Bukan saja-saja gua nak maki gov.my dekat sini . Gua nak cari mana kalau bukan dalam internet . Kalau google search pun tak ada dekat mana lagi available ?



Gua ingat semua dah kene rekrut jaga harta gereja . Takut nanti fund kerajaan habis dekat wang pampasan saja . Tiada peruntukan nanti , tak boleh nak markup .

Nak harap cari dekat gov.my , tak dapat , lepas itu hantar feedback ? Siapa-siapa yang pernah hantar komen/cadangan/rungutan dekat laman web FAM pasti tahu bagaimana rasanya . Hangin pahit .

4.1.10

Sama saja

Sean : Allah ada keluarga .
Zainal : Allah satu , Jesus ada keluarga .
Sean : Betul la tu , Father di gereja cakap Allah ada keluarga . Dia maksudkan Jesus la tu .
Zainal : Tidak Sean , Jesus bukan Allah . Allah bukan Jesus .
Sean : Betul Zainal .. SAMA SAJA ! U punya ustaz sebut Allah , I punya father sebut Allah juga , SAMA SAJA !
Zainal : Ya ka ? SAMA SAJA ka ? Oh !

-----

Guna saja Krishna-Vasudeva , Deus , Yahweh , Θεός , Shakti , The Lord , Ishvara , El , God , Bog , Vishnu atau apa saja kalimah untuk agama dan fahaman masing-masing . Tak perlu susah-susah naik turun mahkamah mahu guna kalimah agama lain . Dah tiada kerja lain ? Oh ya, memang kerja , sesatkan mereka yang tidak tahu . Tapi menariknya , yang tahu pula membantu menyesatkan yang tidak tahu . SAMA SAJA .

Ini soal agama , bukan soal politik . Ketuk dahi dekat dinding kuat-kuat .  Tak kan masih mahu SAMA SAJA !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...