Satu gambar lega terlukis di wajah ghua masa keluar jamban pagi tu . Gegas-gegas ghua sarung pakaian yang seperti korporat . Ghua dah turun nak panaskan enjin Bigfoot 4x4x4 ghua , baru ghua perasan yang tanda nama ghua tertinggal dekat atas .
...
Ghua dah sampai , Bigfoot ghua parking dekat Kapak ja , murah . Kalau Carpark mahu dia cas Hengget100 satu hari .
Ghua masuk pejabat admin , tak ramai orang . Banyak kerusi kosong bersama meja masing-masing saja . Lepas ghua pasang ayat dekat akak kaunter tu , dia mintak ID ghua . Ghua sengih , dah termakan ayat lah tuh . hehe
"Kenapa ada tag extra nama Jack Raven ni ?" akak tu try nak tahu lebih lanjut pasal ghua , kompem ayat ghua dia dah makan kenyang . Ghua stedi lagi .
"Biasa lah kak , keturunan darah muda omputih . Bapak saya masa muda namanya Mike ." Masa tu jugak dia mintak alamat dan nombor telepon rumah .
2 ulasan:
ececeh. mike ye? bukan obi MIKEl? :P
lepas lu soal , baru ghua perasan .. ade iras-iras lah .. haha !
ceit , bapak ghua tu .
Catat Ulasan