burp .. fuh ! Cuaca panas macam ni memang rasa cantik dapat teguk sirap limau ais . Ramai orang sekitar kawasan masjid ni . Yang satu route dengan ghua nampak putih saja masing-masing . Ni kalau tengok dari cermin helikopter , mesti style . Ghua pandang kiri kanan , tengok kutu-kutu ade pakat beli mee goreng lah , rokok lah , nasi goreng lah , bontot ayam lah , rokok lah , cendol pulut lah , putu mayam lah , rokok lah , bakso lah , otak-otak lah , macam-macam lah . Ghua stedi saja dengan sirap limau . Waktu-waktu macam ni tak payah tunjuk macho dekat awek-awek beli itu ini sebab seorang awek pun tiada . Gila apa awek nak keluar sembahyang Jumaat ?
Ghua relax-relax balik sekolah semula . Kutu-kutu skema dah balik awal dah , kutu-kutu gengster semua ada kat barisan belakang , berasap lagi . Gasak kau lah .
Dari jauh ghua tengok pintu pagar sekolah ada ramai kutu lepak . Ada yang tengah tanggal sampin lah , ada yang bukak songkok lah , ada yang bukak bungkusan mee lah . " Sudah , spot cek ni ," getus ghua sendiri . Ghua buat cool je lah , setakat sirap limau , takkan nak pau jugak kot .
Sampai dekat pagar sekolah , ghua dipanggil En Warden . Ada ke beliau tanya ni sekolah bapak ghua ke . kalau sekolah bapak ghua , tentulah ghua balik bawak sirap limau 2 bungkus , ghua beli sebungkus saja ni . Tak dapat nak jawab apa-apa , dari pagar sekolah ke bangunan asrama , ghua dengan kutu-kutu jalan kaki orang atas tar panas-panas . Kutu-kutu skema yang pakai kasut pegi solat semua gelakkan ghua dan kutu-kutu lain . Masa-masa macam ni pulak memang ramai awek-awek duduk pinggir-pinggir bawah payung nak gelakkan orang . Lu ingat comel ke jalan kaki orang atas tar panas ?
--------------
"Awek , bontot ayam 2 hengget " . Tergedik-gedik awek ni buat kerja , ghua minta bontot ayam bukan bontot kau . Sambil nak balik ke sekolah semula , ghua kunyah-kunyah bontot-bontot ayam terbabit . Ya , ghua makan sambil berjalan . On the route tu , ghua melintas zon bundle . Eh , ni selipar ghua yang kene pau semalam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan