25.4.10

bukan kamu seorang punya kiraan tapi semakmum kira-kiranya .

Sudah agak lama blog ini tidak diisi dengan madah politik . Dengan kerana hari ini adalah hari pengundian di Selangor , mana ? Hulu Selangor kalau tidak silap hamba , maka hamba teringin mencelah .

Pertarungan dua hala diantara PKR dan BN . Kenapa bukan PR dan BN ?  Kerana PR belum didaftarkan dan bukanlah sah dari segi perundangan . 
Pertarungan dua hala diantara Encik Zaid dipenjuru kiri dengan memakai seragam biru muda dan dipenjuru kanan , Encik Kamal(athan) dengan seragam biru tua beliau .

Kalau hamba yang kena turun mengundi , memang pening kepala . Jika bukan Encik Zaid yang bertanding , mungkin tidak sepening ini . Tapi , bukan hamba yang kena membuang undi . Jadi , tidaklah hamba pening .

Hamba tidak berminat untuk bercerita mengenai ahli tinju yang akan bertarung mahupun pengadil perlawanan . Hamba ingin menyentuh tentang betapa rancaknya promosi dari pihak PR sehingga mereka melanggar syarat pertarungan didunia akhirat .

Khabaran berita ini hamba dapat tiada kepastiannya . Hamba juga mencari kepastiannya namun tidak diperolehi kerana ia terjadi sebegitu saja dan tiada yang upaya merakam sebagai bahan bukti .

Begini beritanya , pada hari Jumaat yang baru-baru ini , satu tragedi berlaku di Masjid Assalam Bukit Beruntung . Hari Jumaat , di masjid ada apa lagi kalau bukan khutbah dan solat Jumaat . Khutbah dan solat diimamin oleh Encik Hassan Ali . Ya , tuan hamba kenal ? Gunalah Google dengan bijaksana . Berita yang hamba terima menceritakan bahawa Encik Hassan terlupa untuk membaca Selawat ke atas Rasullullah S.A.W . Apa hukumya tuan hamba ? Khutbah tidak sempurna kerana hukumnya wajib , salah satu rukun Khutbah Jumaat . Maka , ratusan makmum yang solat disitu tidak sah solat Jumaatnya . Besarkan DOSAnya .

Mengapa pendekar sehebat Encik Hassan Ali boleh terlupa perkara asas ini ya tuan hamba . Di khabarkan , semasa berkhutbah , beliau bukanlah dikira berkhutbah mengajak umat lebih mendekatiNya namun , beliau terapi-api mengajak umat memberi sokongan pada peninju disudut kiri tadi . Malah menyedihkan lagi , diberitakan bahawa umat yang sememangnya menjadi penyokong melaungkan kalimah suci , Allah Maha Besar beberapa kali semasa khutbah beliau . Mazhab mana agaknya ya tuan hamba yang menyebut makmum BOLEH berkata-kata semasa khutbah ? Hilang pahala Jumaat mereka ya tuan hamba . Dah lah solat Jumaat tidak sah . Harapnya mereka sempurnakan solat Zuhur . kalau tidak ... Ish Ish Ish

Begitulah tuan hamba kiranya , ghairah memenangi pertarungan dunia sehingga terlupa syarat pertandingan akhirat . Hamba bukanlah mengajak tuan-tuan hamba kepada mana-mana pihak kerana tiada pihak pun yang baik , tetapi fikirkanlah ya tuan hamba . Hidup di dunia ini sementara . Molek rasanya jika tuan hamba klik disini

Jumpa lain kali ya tuan hamba . Burung merpati bersiul-siul memanggil hamba . Deruan air menghempas batu menarik hamba untuk turun membasahkan kepala . Brrr .. pasti sejuk !

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...