21.10.09

Ditipu berkali-kali oleh yang seperti profesional

Itu hari semasa baru daftar masuk sem aku pergi hantar borang apply Loan Mara dekat HEM UniKL. Aku sudah sedaya upaya memastikan bahawa application itu dipenuhi hasrat dan impian yang dipinta. Aku bertanya banyak kali kalau-kalau ade tersalah atau tertinggal di dalam borang tersebut. Semua oke, kata pegawai lelaki yang botak sedikit itu. Aku bertanya mengenai surat dan borang PTPTPU,pinjaman aku dulu. Beliau pula bertanya adakah aku sudah membayarnya? Aku dengan tenang menjawab bahawa aku sudah start bayar tapi belum habis lagi. "Tidak mengapa kalau macam itu", respon beliau. "Bila nak tahu update", aku melantunkan lagi persoalan."Nanti kami beritahu", sambil tersenyum beliau menjawab.

Lebih kurang sebulan selepas itu, tiada khabar berita dari tingkat 3 sayap timur bangunan UniKL. Disebabkan kerunsingan, aku pergi mendapatkan maklum balas. Pegawai botak sedikit itu menanyakan soal borang online. Rupa-rupanya borang aku itu belum dihantar. Selepas sedikit usaha membabitkan pegawai MARA yang dihubungi oleh beliau dan juga membabitkan etika penggunaan komputer di tingkat 14, urusan selesai. Aku bertanya lagi fasal PTPTPU, update, dan juga yang berkaitan. Jawapan yang sama diberikan beliau seperti perenggan pertama.

Hari bertukar, minggu berganti, bulan bertambah. Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal sudah pun berlalu. Selit-selit antara bulan itu aku ada pergi bertanya di tingkat 3. Masih pegawai botak sedikit itu yang menguruskan urusan itu dan jawapan hanya MARA masih meeting dan kami akan hubungi nanti. Aku sudah cemas kerana tarikh tamat semester ini sudah hampir. Aku juga perlu untuk menyelesaikan hal kewangan di tingkat 28 seperti semester-semester yang sudah sebelum dibenarkan untuk duduk dan tidur di dalam dewan peperiksaan. Tapi aku tidak berdaya apa-apa.

Minggu lepas pada tanggal 15 oktober 2009, lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh tamat, aku mendapat panggilan dari pegawai veteran di tingkat 3 meminta aku hadir untuk urusan pinjaman. Wah, hati sudah berbunga-bunga ni. Alhamdulillah-lah application (permohonan) pinjaman aku sudah diterima. Setibanya disana, pegawai itu bertanyakan pasal PTPTPU. Aku kaget. Aku terangkan pada beliau bahawa pegawai botak sedikit itu kata tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Namun sia-sia air liur sahaja, sepatutnya aku simpan saja untuk saat-saat tekak kering dan duit tiada. Penerangan diberikan oleh beliau kepada aku untuk mendapatkan borang itu dan borang ini. Langkah pertama hanya ditingkat 3 aku selesaikan dengan segera. Ia memakan masa 3 hari bekerja. Selasa baru dapat surat dari tingkat 3. Aku cuba desak dan menayangkan muka kanak-kanak comel agar boleh dipercepatkan proses. Aku berjaya. Surat keluar hari Isnin. Masa ini aku sudah melilau cari pegawai botak sedikit itu. Tak jumpa. Cibai.

Langkah kedua,Isnin, aku pergi mengambil surat itu, waktu itu sudah petang. Aku perlu pergi ke PTPTPU pula dengan membawa surat itu sahaja untuk langkah ketiga seperti yang diterangkan oleh pegawai veteran. Tidak sempat maka aku mengambil keputusan menangguhkan misi keesokan harinya.

Selasa, sebelum aku pergi PTPTPU, sempat pergi tingkat 3 atas urusan peribadi. Seorang pegawai wanita muda tanya pulak macam-macam serta menggesa agar aku menghantar surat itu secepat mungkin. Ya,aku tahu. Tetapi yang paling menutup suis penghawa dingin dalam hati bila beliau menanyakan soalan tentang masa aku ingin menghantar surat dari PTPTPU. Aku tengah serabut masa itu, maka aku jawab apa saja yang sepatutnya dengan agak direct dan muka yang seperti dinding. Aku beredar dengan senyuman dan terima kasih tetapi beliau hanya menjeling.
woi, aku da 2 sem bayar sendiri..korang lembab buat kerja.lepas tu nak marah-marah pulak. jangan jadi cibai sangat.!.dalam hati saja, jaga reputasi.

Sampai di PTPTPU KL Sentral dengan menaiki Rapid KL. Disana aku isi borang itu dan borang ini. Pegawai PTPTPU meminta dokumen dan bertanyakan tentang salinan tawaran. Sekali lagi aku mensia-siakan air liur menerangkan yang pegawai UniKL tidak pernah langsung menyebut pasal itu. Ya, ia sia-sia. Namun atas berkat muka comel dan sedikit riak hampa, beliau memberi pertolongan dengan menganggap aku menghantar bersama surat tawaran tetapi dengan syarat. hehe. Lagi 3 hari, Jumaat petang Selepas pukul 3 baru boleh ambil surat dari PTPTPU.

Harapnya tiada lagi penipuan yang harus aku depani. Cukuplah dengan hal birokrasi. Juga tidaklah hendaknya permohonan aku dibatalkan atas sebab tulisan ini. Dari mana-mana segi pun, aku tidak salah dalam hal ini. Jika hal urusan ini ada dalam silibus, pasti aku dapat A. Pegawai botak sedikit itu masih belum dijumpai. Cibai.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...