Selepas membaca sendiri posting di blogtokguru.com yang meceritakan hasrat TGNA, saya terpanggil untuk menulis. Sedang saya menulis ini, saya menonton tv1 yang ada mengatakan Pas berada dalam kemelut yang terburuk kerana perbalahan pemimpinnya. Semakin teruk nampaknya kualiti penyampaian berita di Malaysia. Macam mana lah penonton tak membenci, cukuplah saluran drama yang ntah hape-hape dan rancangan bola sepak yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Berita pulak makin lama makin tak berkualiti.
Berbalik kepada isu muktamar khas pas. Bagi pemahaman saya,hasrat TGNA untuk mengadakannya adalah disebabkan ingin membersihkan parti dengan menyingkirkan mereka yang melanggar keputusan muktamar lepas iaitu, tidak sekali-kali akan bergabung dengan umno. Ini kerana jika mereka terus mencanang ia akan membuatkan penyokong mereka, penyokong atas pagar dan ahli mereka berpecah belah. Tidak bersatu.
Saya menyokong usaha TGNA ini. Ini adalah kerana bagi setiap persatuan, pasti akan ada konflik. Sedangkan lidah lagi tergigit. Bagi pertubuhan sebesar Persatuan Islam Malaysia, usaha ini sahaja caranya. Tapi bagi saya, jangan lah sampai disingkirkan. Cukuplah dengan sedikit hukuman. Saya tertanya, tiadakah undang-undang yang menyatakan "mana-mana ahli yang melanggar keputusan muktamar akan dikenakan tindakan" di dalam perlembagaan? Apa pula akan berlaku kepada penyokong mereka jika mereka dibuang?
Hal ini bermula selepas uar uar penyatuan antara pas dan umno. Ya, kenapa TGNA tak setuju dengan penyatuan ini?
Mungkin kerana katanya umno ibu kejahatan. Arak, hiburan, rasuah dan macam-macam lagi. Mungkin sebab itu. Jadi sebagai sebuah parti berasaskan Islam, mestilah bersama dengan parti yang secara asasnya tidak melanggar hukum Islam. Kini pas bersama dengan dap dan pkr. Pelik bukan. Dari umno, mereka memilih dap dan pkr.
Mereka memilih parti yang pada dasarnya hanya untuk keadilan individu iaitu Anwar Ibrahim dan juga parti yang terang-terang menolak pemerintahan Islam. Tunjukkan di mana baiknya parti pkr dan dap ini berbanding umno. Mungkin ini akan menyenyapkan ketiga-tiga individu pas yang asik ingin bergabung dengan umno ini. Berikan bukti kepada penyokong-penyokong pas bahawa memilih pkr dan dap lebih baik dari umno.
Jika bukti ini tidak dapat diberikan, saya cadangkan bubarkan saja pas.
Jelek dengan blogger yang mempergunakan nama orang lain di title tapi menulis / menampal isu yang tiada kene mengena semata-mata untuk dilinkkan semasa carian google mahupun yahoo. Cerita pasal mesyuarat umno, tapi title ade name nizar. Cerita pasal bagan pinang, tapi title ade name nizar. So lame oke.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan