2.4.10

Khas : Al-fatihah buat Mior Ahmad Fuad Mior Badri .




Raja gelaran yang pasti
Tiada siapa dapat tandingi
Kurniaan dari Ilahi cuma kau punyai
Hebatnya bukan boleh dipelajari
Segalanya spontan saja kau beri
Tetap berdiri walau ramai yang memaki
Kerna kau kenal siapa diri .

Gah dirimu tiada pendua
Biar beribu yang mencuba
Gagal pasti untuk mereka
Bukan kerana kekurangan usaha
Cuma kau seorang Raja .

Saat manusia lain enak dibuai mimpi
Kau bertarung untuk nafas terakhir
Urusan dunia sudah tiada erti
Semoga urusan selepas ini mudah untuk kau hadapi 
Yang tinggal atas dunia kini
Cuma mampu panjatkan doa kepada yang Maha Hakiki
Agar kau dikurniakan rahmat dan segala dosamu diampuni 
Kami pastikan merindui .

Alfatihah buat allahyarham Din Beramboi . Beliau meninggal dunia pada 12.30 pagi tadi . Alfatihah .

7 ulasan:

Anep's Wifey ♥ berkata...

al-fatihah :(

Bulan Dilangit Osaka Biru berkata...

aku paling suka lawak dia... hurmm.. hilang lagi 1 permata

r.k berkata...

bulan : memang die raja lawak .

Anep's Wifey ♥ berkata...

i copy ur blog.. coz i like d poem so much

r.k berkata...

suke poem terus copy satu blog ? ^^ hurm
semoga arwah dicucuri rahmat .

Amirah Rashid berkata...

Allah lebih sygkn arwah
al fatihah utk arwah :')

r.k berkata...

he died on friday . that make something different , in theory . May Allah forgive him .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...