4.12.09

Selamat Hari Lahir Hati.

Cuba untuk gembira
Tapi aku siapa
Manusia dalam skala normal
Bukannya sang adiwira pujaan
Mahupun watak kartun dalam peti gambar bernyawa.

---------------------------------------------------------

Jika aku pandai mewarna
Aku warnakan dunia dengan warna cerah majoritinya
Dengan yang gelap terletak di tengah-tengah
Agar yang susah, yang jahat, yang musibah
Dapat kita pantau, boleh dikawal dengan jaya.

Jika aku pandai melukis
Potret sekeliling bukan prioriti
Tumpuan ide hanya sekitar Hati
Kerna yang indah segala ada disini
Aku tahu kerana aku memiliki
Tak banyak, cukup cuma senipis.

Jika aku pandai menari
Koreografi aku khas untuk kita
Melambangkan dunia sejak kita bersama
Aku kan paksa kau atur langkah
Dan berpusing penuh tenaga
Sehingga tercipta satu jenis rentak tari
Sempena rentetan sejarah cinta ini.

Jika aku pandai menyanyi
Akan ku masuk casting sana sini
Agar sama-sama kita boleh jadi artis
Itupun kalau kita sama-sama tak kena tipu lagi.
("^_)

Hati sayang
Selamat Ulangtahun Kelahiran
Kau tetap sama bagiku
Seperti tujuh tahun setengah yang lepas
Cuma satu
Cinta untukmu bertambah
Maafkan aku jika ia mendatangkan masalah.

Sekali lagi
Kalau boleh, aku ingin ulang sampai kau sakit hati
Selamat Hari Lahir.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...