31.12.09

Selamat Tahun Baru Dua Ribu Sepuluh

Dalam mengenal nurani jati
Tak terlepas dari puji nan duri
Hanya hati suci dapat mengerti
Yang hitam juga indah berseri
Walau hanyir untuk didiami
Jangan sekali menuding jari
Kerana masa depan adalah lorekan sendiri
Ingatlah bahawa suka dan pedih
Adalah resepi untuk mencari erti diri .

Apa erti diri jika diketahui ?
Sebab erti diri hanya hakiki setelah mati
Jadi gerakan buat mereka yang masih menari
Dan kita sama-sama yang masih mampu berdiri sebelah kaki
Bernafas , berfikir dan bereaksi
Supaya hidup ini tidaklah terawang tanpa sisi
Yang lurus dan membina laluan untuk hati
Agar diberkati .

Masa depan jauh
Cuma ilmu hisabnya
Hanya seketika saja lagi
Tapi nafsu cepat inginkan sesuatu
Senarai dipanjangkan sedepa-depa
Sehingga penyakit terlupa datang ziarah ,
Bahawa seharusnya pada tika ini
Yang perlu dipanjangkan sekaki-kaki
Adalah rasa syukur pada Ilahi
Kerana masih belum jumpa erti diri .

Selamat tahun baru
Dua ribu sepuluh .

3 ulasan:

mAxx berkata...

selamat bro selamat

sarahunny berkata...

weh. selamat berbaru!! dan tua

R.K berkata...

maxx

selamat bro selamat .. InsyaAllah ..

Sara

Muda agi donk gue ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...