20.2.11

Bila .

 
Bila jalan bongkok-bongkok , orang mengata muda-muda dah bengkok 
Bila jalan tegap menegak , dikatanya sombong bongkak .

Bila jalan mengepak , dikatanya berlagak
Bila jalan kepit menguncup , dilabel pula pondan bapuk .

Bila muka masam mencuka , dikatanya garang sombong
Bila senyum sahaja , katanya pula bak kera sumbang .

Bila sembang gelak kuat-kuat , katanya bingit macam haram 
Bila cakap perlahan sopan santun , katanya " konon romantik lah tu !" .

Bila makan banyak dalam satu masa , katanya bagi makan jin
Bila makan sedikit , diperli pula sedang diet .

Bila datang lewat kekelas , dimarah macam buat salah bunuh orang 
Bila datang awal pula , dikata mahu 'kipas' lecturer .

Bila langgar lampu merah , dari jauh sudah dimaki
Bila ikut peraturan pula , dihon kerana tak mahu jalan biarpun jalan lengang .

Bila tak update blog , disuruhnya tutup sahaja blog 
Bila dah update , tak reti pula nak tinggalkan komen . kan . XD

Salam Maulud Nabi buat umat Islam . Betapa sesungguhnya tiada yang sempurna dimana-mana kecuali yang Maha Satu .

22.12.10

Morty-bus : kaedah 'lu kena' yang betul


Sedar atau tidak , sedari kecil kita disogok dengan lu patut buat macamni . Lu tak boleh lah macam tu . Lu kena itu . Lu kena ini . dan sedar atau tidak segala 'lu kena' bukanlah disusuli dengan bantuan tetapi cuma nasihat berbentuk arahan . Maka , hendak atau tidak lu kena buat .

'Lu kena' adalah persimpangan yang mungkin membawa kita semua ke puncak kegagalan ataupun lembah kejayaan . Jika 'lu kena' kena pada tempatnya dan bukanlah sekadar arahan , maka kita akan menjurus ke arah kemenangan .

Siapa yang tak pernah mengalami kesukaran ?

Kita semua adalah manusia biasa . Sedangkan sebaik-baik umat dan seberjaya manusia pun menempuh masa-masa sukar dalam hidup . dan biasa bagi kita semua bertanya pendapat orang lain . dan masa ini 'lu kena' mengambil peranan . Sebagai seorang yang banyak kali gagal macam ghua , sudah banyak 'lu kena' yang ghua kena . Dalam lima 'lu kena' , satu saja 'lu kena' yang membantu ghua untuk terus maju . Rata-rata 'lu kena' yang ghua dapat sedikit pun tidak membantu ghua kehadapan tetapi berkat banyak kali gagal , ghua tidak membiarkan 'lu kena' yang hitam membawa ghua terus jatuh . Itu ghua , orang lain macamana ?

" Lu kena buat macamni baru boleh berjaya " " Lu tak boleh macam tu , sepatutnya lu kena ... " . Ghua bosan dengan 'lu kena' dari orang yang tidak memakai kasut ghua . Memang selalunya 'lu kena' terpercik dari orang yang lebih makan garam dari ghua . Ghua pun baru 2 tahun jagung . Tapi 'lu kena' ni ghua dah kena sejak kecil lagi dan ghua percaya luols pun begitu rupa . 

Ghua jelik dengan Mr/Mrs 'Lu kena' yang tidak ingin langsung berfikir dan cuba melihat dari retina ghua . Ghua jelik dengan Si 'Lu kena' yang hanya memikirkan beliaulah yang betul . Ghua jelik dengan Dato'/Datin 'Lu kena' yang tidak langsung menerima hakikat bahawa manusia berbeza . Ghua paling jelik dengan Encik/Puan 'Lu kena' yang 'lu kena' kan ghua tetapi tidak 'lu kena' kan diri beliau , hipokrit .

Jadi macamana 'Lu kena' yang betul ?

'Lu kena' lah pikir sendiri ! - Ini jawapan 'lu kena' yang paling cibai . Bagi ghua , 'lu kena' yang betul sebenarnya mudah . Jadikan mates/loves yang berdepan dengan luols , yang meminta nasihat ataupun simpati ataupun bimbingan moral dari luols diri luols . Cuba jadi diri mereka , selami diri mereka , masalah serta situasi mereka . Kemudian 'lu kena' , lagi cantik , 'Kita kena ...'

Jadi kepada luols yang dah banyak makan garam , ni budak-budak nak bagitahu , 'Lu kena' jadi budak-budak bila nak nasihatkan budak-budak . Jadi budak bukannya bermaksud menjadi bingai macam lu budak-budak dulu , tapi selami jiwa dan hati kami , budak-budak . Faham situasi kami samada senang atau tidak . Janganlah terus 'lu kena' mengikut rempah kedewasaan . Sebab , manusia berbeza . Kita tidak sama . Ingat , 'lu kena' buat macam apa yang ghua cakap . 'LU KENA' !

3.12.10

Merdeka !

Ghua percaya dengan situasi , kalau peraturan itu dah ada , lu kena patuhi . Sebab peraturan itu dah sedia ada . Kalau lu nak lawan peraturan , lu memang kalah kecuali lu lawan untuk menggubal peraturan tersebut .

Walau bagaimanapun , peraturan-peraturan yang ada tidaklah semestinya elok . Dan ghua memang butthurt dengan peraturan yang nonsense .

Seperti yang luols tahu , tak banyak tempat-tempat hijau di Kuala Lumpur . Dan Encik Mayor sendiri beritahu betapa pentingnya tempat riadah untuk warga KL yang rata-rata duduk di pangsapuri . Dan bagi ghua , Dataran Merdeka adalah tempat hijau yang BESAR yang boleh diadakan pelbagai aktiviti samada oleh warga asing mahupun warga KL .

Tapi malangnya peraturan membelakangi kemudahan ini .


" Merdeka " tiada langsung disematkan pada Dataran Merdeka . Merdeka , Merdeka , Merdeka !

Untuk maklumat lanjut , Klik Sini .

29.11.10

comel tetapi faking .

sebelum apa-apa , ghua tahu , who am i to judge ? 

Ghua sedar tabiat ambil gambar angle kamera atas kepala , kerling sikit , mulut muncung / senyum akan buat luols ++comel .  Tapi ghua benci . b e n c i .

Bagi ghua , lebih baik lu tunjuk wajah natural lu dari faking that beautiful face . Wajah lu bukan boleh berubah pun kalau amalkan tabiat ambil gambar macam tu . Kalau ambil gambar macam tu jerawat boleh hilang ke , parut eksiden boleh tak nampak ke , jeragat menyembunyikan diri ke , oke baiklah , teruskan . But nothing change , love . Jerawat tetap beratur atas dahi , bawah dagu dan sekitar kawasan misai .

Menampakkan kecomelan dengan niat supaya orang lain puji kata comel , cantik , menawan , seksi bukan macamtu caranya . Ergh , bila strangers bilang lou cantek banget pada foto faking bisa membuatkan lou gembira ? Ah , dunia .

Ghua faham lah dan boleh menerima kalau yang melakukan tabiat tersebut mereka yang masih remaja , anak-anak muda . Tetapi love , lu dah masuk umur wajib kahwin , dah berkerjaya lagi . Desperate sangat nak dapat calon ke sampai amalan budak-budak lu amalkan ?

Tabiat ni bukan saja love-love diluar sana saja yang buat , bersepah juga mate-mate yang menjadikan amalan bergambar macamtu . Dan lazimnya love-love yang membuat tabiat samalah yang tertarik dengan mate-mate macam tu . 

Kena dah tu , dua-dua wajah tak reti jaga , ambil gambar 'macam la' comel , bila dah kenal , dua-dua tarik diri , baru lu tahu kebenarannya . Tahu pulak taknak wajah yang macam biawak . Eh , bukan biawak ni ke yang lu komen gambarnya cantik , comel , seksi tadi ?

Hey , grow up love , mate . Lu bukan budak pergi sekolah minta duit mak ayah lagi . Lu dah ada pendapatan sendiri . Ghua troll kang lu butthurt , bukan ghua tak kenal perangai lu . Baik ghua delete je dari senarai rakan , ghua tak sakit hati , lu pun tak sakit hati , kan ?

MMUAH !!

1.11.10

Luols tahu tak ?

Luols tahu tak rasanya bila kita perlukan wang , dan mara dengan jauh ke bank . Melihat sticker depan pintu kaca bertulis " ATM 24 Jam " . Masuk ke dalam , dan kaca semua ATM bertulis " Mesin tengah update bro " . Keluar dari ruang ATM dan melihat kembali sticker bertulis " ATM 24 Jam " ?

Luols tahu tak rasanya membawa kenderaan di jalan raya yang berlopak-lopak dan tengelam timbul di sini sana . Dan ada bumper pula di atas jalan itu ?

Luols tahu tak rasanya mengambil selekoh di atas bukit . Dan betul-betul di sudut selekohan itu terdapat lubang ? 

Luols tahu tak rasanya bagaimana mengelak lubang besar yang ada betul-betul selepas lampu isyarat ?

Luols tahu tak rasanya bila kita minta untuk mengisi minyak Ron97 . Pergi ke kenderaan dan angkat pump . Tekan-tekan tapi petrol tak nak keluar . Kena berjalan semula ke kaunter dan berkata " Pam X , 97 ! " . Baru berjaya isi petrol . Dan ia berlaku setiap kali luols ke stesen petrol ?

Luols tahu tak rasanya ?

13.10.10

If you can't trust him/her ,
How do you expect him/her to trust you .

komuniti terkini !

Kehidupan yang tipikal dan klise memang membosankan . Ya , mungkin tipikal dan Klise adalah sesuatu yang dikatakan 'boleh diharapkan' untuk sesetengah individu , tetapi bosan tetap bosan . Eh , tengok , 'tipikal dan klise' pun belum tentu tipikal dan klise bagi pendapat individu berlainan . 

Ghua pernah beritahu tentang kemasukan ghua ke komuniti 100penulis dan untuk bersikap jujur , komuniti tersebut memang tidak membosankan . Dengan himpunan editor yang ramai , dari pelbagai point of view , pelbagai suasana peningkatan umur , pelbagai kebolehan , ya , ia tidak tipikal dan klise . 

100penulis adalah tempat untuk ghua habiskan masa membaca pelbagai kisah , tips , petua , pandangan dan ada juga cereka . Dengan sebegitu banyak maklumat , sebahagian ghua telah diisi dengan perkara berfaedah .

Bagi luols yang masih belum tahu kujudan 100penulis ini , jangan berlengah , kerana luols mungkin akan dilabel outdated . keh keh keh 

Ghua celen luols taip '100penulis' dekat carian google dan luols akan menemui kami !!

21.9.10

Kembang Bola

Masa dekat sekolah menengah dulu , ada seorang kawan ghua bertanya kepada kawan ghua lagi sorang . " Kau suka kelab team bola mana ? " Kawan ghua yang ditanya jawap , " Bayern Munchen " . Ghua dengar saja sambil kunyah rempeyek dalam pek . " Negara ? " Kawan ghua tu sambung tanya dan dijawab dengan Jerman .

" Negara Jerman , Kelab Bayern Munchen ? Tak berkembang lah kau ni xxxxxx . " Ulas beliau . Ghua sip sirap sikit bagi hilangkan rempeyek yang melekat di celah gusi dan bersuara , " Kau pulak macammana yyyyyy ? "

"Aku minat England dan Manchester United "

Ghua topup sirap dan sambung kunyah rempeyek .

14.9.10

Duit Raya

Duit raya adalah sesuatu yang dilihat sebagai salah satu agenda utama setiap kali raya . Dan ghua lihat fenomena pemberian duit raya kala ini seperti menjadi keutamaan dari tujuan asal berada di suasana mendapat duit raya , tempat ziarah .

Ghua yakin luol pernah dengar tentang duit raya adalah diciplak dari pemberian ang pow , adat agama Budha yang menyambut tahun baru cina . Cerita ini disampaikan dari generasi ke generasi , sehingga profesor mahupun Dr. Dr. akan menceritakan benda yang sama . Masyarakat Islam telah dididik ia hanya sebagai adat yang menjadi kemestian sehingga kita lupa bahawa disebalik pemberian duit raya tersembunyi sebuah amalan mulia , sedekah amal jariah . Dan untuk menjadikan sedekah amal jariah sesuatu yang berbaloi , ia perlulah ikhlas . Tidak kira si pemberi , si penerima , ibu bapa si penerima mahupun yang tidak menerima , ia perlulah ikhlas .

Sifat ikhlas yang tertinggal dalam pembasuhan minda pada agenda memberi duit raya ini jelas nampak hilang pada masyarakat Islam kita kini .

Si pemberi , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " kau tak payah lah , dah besar .. " . Ia adalah satu OUCH yang besar kepada yang tidak menerima walaupun mereka memang tidak mengharapkan duit raya itu kerana mereka memang dah besar ( tampak dewasa ) . Jika ikhlas ingin memberi , beri . Jika niat hati tidak mahu beri , tak perlu beri . Janganlah sampai menjatuhkan air muka mereka yang dah besar ini seperti mereka inginkan duit raya itu , kerana kenyataan itu memang OUCH .

Bagi yang menerima , terutamanya kekanak pasti ada yang membuka sampul duit raya itu pada masa itu juga dengan hasrat ingin melihat berapa nilai beraya dirumah makcik pakcik itu . Biadap bukan ? Tapi dimana silapnya . Ghua yakin silapnya adalah cerita adat ang pow yang mempengaruhi minda mereka bukannya cerita sedekah amal jariah . Kalau yang buka didalam kenderaan pula , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan secara lisan mahupun monolog dalaman , " 30 posen je , cis betul tok imam " .

Untuk ibu bapa penerima , tidak kira semua , majoriti mahupun minoriti kes ini terjadi kepada luol pasti ada yang akan mengeluarkan kenyataan , " berapa acik tu bagi ? , berapa maklong kau bagi ? " . Sekali lagi , apakah pentingnya mengetahui berapa si polan itu bagi , berapa si polan ini bagi ? Jika ikhlas amal jariah yang diterapkan , mereka hanya perlu tersenyum , bersyukur , mengumpul jumlah duit raya anak-anak dan masukkan dalam ASB . Bukannya membandingkan jumlah material yang diberi dan mulalah membuat spekulasi ataupun yang paling cepat , mengumpat . " eh , 50 posen je makteh kau bagi ? kereta ada empat , rumah macam istana . " . Heh , padahal baru je lepas minta maaf , nangis-nangis .

Jadi , ingatlah , marilah sampai-sampaikan cerita bahawa duit raya yang kita 'amalkan' sebenarnya adalah satu bentuk sedekah amal jariah , bukan sekadar adat mengisi checklist hari raya . Sebab sebenar sampul digunakan adalah kerana seperti "tangan kanan memberi , tangan kiri tak tahu" . Semoga raya kita bertambah berkat . Salam Eidulfitri 1431H .

6.9.10

Happy Eid . Love .


Eidulfitri hadir setahun sekali
Meninggalkan Ramadhan yang akan dirindui
Ketupat rendang mungkin satu-satunya apa yang dikongsi
Tetapi jauh di sudut hati
Moga Keriangan ini turut seiring dengan keampunan diberi
Bukan bermakna setahun sekali maaf diingini
Tetapi sekurang-kurangnya mengingati
Hidup kita tak lari dari jalan Ilahi
Salah dan silap adalah dari Yang Hakiki
Cuma diri ini yang memilih toriq itu atau ini .

Dipinta agar Ramadhan dan Eidul yang ini
Membersihkan kita dari sakiti diri sendiri
dan kurang kita menerima dari memberi
Serta sama-sama kita mendapat rahmat dari
Ar-rahman dan Ar-rahim . Amin .

Pesan abang-abang kepada adik-adik ,
Main bunga api hati-hati ,
Main mercun jangan sekali ,
Kang tak pasal-pasal putus jari ,
Abang-abang jugak yang kena habiskan stok bunga api ...

keh keh keh .

3.9.10

penulis 100penulis


Time riot ramai-ramai baru syok , baru die punya feel menaik . Kalau dua tiga ekor , hebat macam Hang Lekir pun , feel dia kurang bila tengok kawan-kawan rebah dan kita pergi tolong . Sama macam kalau 'menonton' gig . Tak ke sejuk bila join gig empat lima kerat saja . Sampai bunyi aircond pun boleh dengar lagi . 

Hidup pun kena ada kawan , kawan yang macamana tu terserah kepada masing-masing . Siapa yang tidak mahu yang terbaik untuk diri masing-masing , betul .

Kalau hidup ni semua sama saja , fotostat , tak menarik lah . Bosan . Jadi , bila ghua dengar tentang 100penulis , ghua jadi macam "wow , intinya ?" . Rupanya diorang baru nak setap . Melihat kepada kekosongan dan mereka masih belum ada inti tetap , ghua jadi "apa salahnya" .

Sekarang ni tinggal tengok arah dan halatuju 100penulis . Samada ikut arah jam atau menghala ke barat daya , itu semua masa yang tentukan .

29.8.10

Ruang Solat Jadi Tempat Mekap ?


kali ni isu surau lagi . jika dilihat dalam video tersebut , sekumpulan manusia sedang asyik menghias 'pengantin' , ikut lojik adalah seperti satu acara rias pengatin dan ikut fakta ia adalah pertandingan rias pengantin .

Walaupun surau tersebut adalah dalam kondisi seperti dewan , tetapi tidak bermakna apa jua aktiviti boleh dilakukan didalamnya . Kerana 'dewan' itu adalah tempat solat .

Susah sangat ke untuk menghormati tempat solat sendiri ?

27.8.10

Semoga Allah membersihkan diri dari dosa .

ghua lama tak sembang politik , dah makin lupa bagaimana intonasi ahli-ahli ketua rakyat ni . 

Tengah hangat sekarang isu Khatib di Penang baca doa habis khutbah bagi sejahtera pada Lim Guan Eng . Tak lah , ghua rasa tak salah kalau Khatib baca doa bagi sejahtera kerajaan Penang . Sejahtera kerajaan maknanya kerajaan itu lebih adil , aman , saksama dan selesa , betul ? Jadi tak salah kan jika Khatib mendoakan sejahtera kerajaan yang mana juga sejahtera rakyat . Tapi Khatib doa sama Lim Guan Eng ... 

Isu nombor dua , adun perempuan cina masuk masjid bagi ucapan . Isu bukan Islam masuk masjid ni bagi ghua senang saja nak setel , asbab dan adab . 

Nak masuk masjid biarlah hormat kepada pegangan Islam , cubalah menutup aurat . Ni kalau dah pakai kain belah , ketat dan tak menutup kepala , macamana mereka-mereka yang so-called-warak ni tak naik hantu .

Selepas tu melihat kepada asbab mereka untuk berada didalam masjid pula , ramai antara bukan Islam-bukan Islam yang datang ke masjid adalah kerana ingin mempelajari Islam secara Lisan mahupun secara pemerhatian . Mereka juga ke sana atas sebab untuk melawat tempat ibadah umat Islam . Sweet kan ?

Tetapi kehadiran adun perempuan cina yang menjadi isu sekarang adalah kerana ingin memberi ucapan yang mana pastinya ia berkaitan dengan politik . Secara lojiknya , pemerintah bukan Islam (yang diketahui tahap tegar kepada menyebelahi kaum dan agama beliau) berpolitik adakah untuk kesejahteraan umat Islam ? Sama-sama kita fikirkan .

25.8.10

segembiralah diri .

Seronokkan jadi dia
Yang lama masih rapat
Yang baru senang dapat
Yang tak kenal pun boleh sebat
Bagusnya dia , tanggungjawab ujud dalam hubungan
Jika tidak , masakan kau masih ada bersama .

Gembira sentiasa dengan dia
Suka saja kurang duka
Masalah pun dipersembah seperti jenaka
Tiada kerenah melayan dia .

Tapi seronok yang kau nampak dia ada
dan setingginya rasa kau mahu jadi macam dia
Kau tahu apa yang dia mahu ? Yang seseronok di rasa ?
Dia ingin jadi seperti kau ..
dan aku .

4.8.10

friendhood , stand and never a runner .

True art of friend-hood is not when knowing that your friends have your back but
it's knowing that you have your friends back .

1.8.10

Sadness makes you Lost .

Led astray by pain and sadness ,
we lose sight of our true goals .
Live for what you believe in ,
And dont allow yourself to be led astray .

29.7.10

Key of sealed door .

Will yourself to be stronger ,
Believe it and you will become stronger ,
With your heart full of hatred and love ,
Bestow the truth form of you .

27.7.10

cursed child .

Now , in thy your right hand ...
Until thy cursed fate ends .
Thou will host Asclepius , who comes from the cosmos .
I shall give thee strength .
Now be devoured by the poisoned fangs of the serpent !

25.7.10

Mimpi bantu ghua bangun .

Ghua semalam lelap lambat , The Ghost Writer punya hal . Plan tengahari nak beli tiket , petang ni ada match Harimau lawan Harimau dekat Bukit Jalil . Masa ghua lelap tadi , macam biasa , ada mimpi . Ghua mimpi rumah nenek ghua ada basement yang jaaaaauuuuh sekali ke bawah . Bawah tu simpan alat-alat kenduri . Dekat rumah nenek ghua ada kenduri tengahari ni .

Kitaworang nak kena angkut 400 kerusi warna putih naik atas . Nak jadi cerita , kerusi warna putih ada 399 saja , cis . Budak-budak yang tolong ghua angkut kerusi semanya bingung , start bertengkar . Ghua malas nak amek port , lepas tujah sorang tiga das , ghua angkat kerusi-kerusi tu naik atas . 

Habis kenduri , ghua lepak balik rumah . Masa tu jam pukul tujuh malam . Watak Si Ibu ghua tengah lepak dengan Watak Si Ayah . Si Ibu beritahu kawan beliau ajak keluar hari ni , ramai-ramai . Si Ayah bertanya haluan dan impian pelawaan tersebut . " tengok bola , Malaysia lawan Korea " , jawab Si Ibu . Lantas ghua sound , " eh yah , tiket dah beli la " , sambil  menuding ke arah remote control . Si Ayah on TV , " Malaysia 0-1 Korea ".

Membazir je beli tiket tapi tak pergi , terus ghua sedar , on komputer ghua , kejap lagi sikit baru mandi dan heading ke Bukit Jalil , beli tiket . Mana boleh Korea menang 1 kosong je !!!

Review : Penulis Bayangan



 Layan . Bagi sapa-sapa yang memang suka kepada jalan cerita misteri-misteri dan kurang aksi . Cerita yang tidak mengeksploitasikan seks . Jalan cerita lebih kurang sama macam kehidupan seharian . Tiada yang exaggerate . Mind twisting . Cerita ni memang layan .

Memang boring cerita ni , sebab ianya berkaitan politik , bla bla bla dan hanya politik . Tiada awek-awek seksi-seksi serta tiada tembak-tembak , letupan-letupan mahupun aksi lompat bangunan .
Konflik yang menarik dan menonjolkan banyak suspek . Suspek kepada watak antagonis .

Ghostwriter atau Penulis Bayangan adalah penulis profesional yang dibayar untuk menulis buku , artikel , cerita , laporan , atau teks lain yang secara rasmi dikreditkan ke atas orang lain . Untuk kes ini , ia khas untuk bekas Perdana Menteri Amerika . Kalau di Malaysia , ia adalah Tun Mahathir Memoirs . Dan untuk kes ini , ia Adam Lang Memoir .

Kisah disebalik Adam Lang memoir disingkap jauh dengan penglibatan Adam Lang didalam terrorism . As we know , Amerika dan kepengganasan sudah tiada pembahagi . Adakah Adam Lang benar-benar bersalah ? Adakah beliau mempunyai rakan subahat ? The best part is The Ghost Writer is known by ghost for entire 2++ hours . That is what ghua called , brilliant .

Muatturun cerita ini dan saksikan sendiri . Ghua dah warning awal-awal , cerita ni bosan tapi its worth your time . Dan jangan kata ghua tak sound awal-awal , cerita ni TIADA superhero , mahupun hero . Ia sama saja macam kita semua , luols dan ghua . Sama .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...