31.12.09

Selamat Tahun Baru Dua Ribu Sepuluh

Dalam mengenal nurani jati
Tak terlepas dari puji nan duri
Hanya hati suci dapat mengerti
Yang hitam juga indah berseri
Walau hanyir untuk didiami
Jangan sekali menuding jari
Kerana masa depan adalah lorekan sendiri
Ingatlah bahawa suka dan pedih
Adalah resepi untuk mencari erti diri .

Apa erti diri jika diketahui ?
Sebab erti diri hanya hakiki setelah mati
Jadi gerakan buat mereka yang masih menari
Dan kita sama-sama yang masih mampu berdiri sebelah kaki
Bernafas , berfikir dan bereaksi
Supaya hidup ini tidaklah terawang tanpa sisi
Yang lurus dan membina laluan untuk hati
Agar diberkati .

Masa depan jauh
Cuma ilmu hisabnya
Hanya seketika saja lagi
Tapi nafsu cepat inginkan sesuatu
Senarai dipanjangkan sedepa-depa
Sehingga penyakit terlupa datang ziarah ,
Bahawa seharusnya pada tika ini
Yang perlu dipanjangkan sekaki-kaki
Adalah rasa syukur pada Ilahi
Kerana masih belum jumpa erti diri .

Selamat tahun baru
Dua ribu sepuluh .

30.12.09

CANDID PHOTO CONTEST

Kuntez kandid gegamba kali ni aku jumpa masa blogwalking . mane tau , ade rezki . Kuntez penutup tirai 2009 la ni secara ilmu hisab-nya .


ade guts nak join ? Klik gambar atas .

Gambar bawah adalah gambar yang aku submit untuk kuntez .




Buat makluman para juri , saya yang memakai kacamata . Ade guts nak gelak sama ?

AHA AHA AHAK .

29.12.09

Khas : Dr Rosli , bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan

Oh , yang tahu , kita diamkan
yang perlu , kita simpan
yang benar , kita sorok
yang salah , kita endah
yang terbuku dijolok dalam
yang terkunci ditambah penjaga
yang hitam digelapkan.

Sehingga udara kotor bertoksik
Buat kita jadi bingung
Bertukar antara satu dan utas
Antara wanita dan isteri
Antara Dia dan dia
Antara kau dan Dia.

Terus menerus pendam
Sampai akhirnya aku tahu
Aku cuma manusia biasa
Yang pingin kau sedar
Kau juga manusia biasa
Wahai Dr. Rosli Allani Abdul Kadir
Pulanglah .

24.12.09

Minggu Bola yang padat .

Sabtu dan Isnin adalah hari dimana Chelsea akan turun bermain untuk EPL ..

Bertemu Birmingham , sebuah kelab yang dalam keadaan sungguh memberangsangkan dengan tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam enam perlawanan terakhir pasti menjanjikan satu perlawanan yang sengit memandangkan perlawanan diadakan bukan di Stamfor Bridge . Ditambah dengan berita menyedihkan kerana Nic Anelka tidak dapat bermain kerana kecederaan . Ini memaksa Ancelotti dan seluruh penyokong Chelsea menaruh kepercayaan dan sokongan kepada pemain muda yang dibeli dari Manchester City , Sturridge . Pemain muda Itali , Borini juga diharapkan dapat membantu . Kita akan saksikan bagaimana gandingan Drogba-Sturridge hari Sabtu ini.

Pada hari Isnin pula, berlokasi di Stamford Bridge , Chelsea akan bertemu jiran terdekatnya yang mengalahkan Manchester United dengan 3-0 minggu lepas , Fulham . Pertemuan jiran dan ditambah dengan semangat setelah mengalahkan so-called-juara Manchester United akan memberi satu gambaran mudah , sengit . Perlawanan ini juga menyaksikan Drogba , Kalou dan Anelka tidak dapat bermain kerana Drogba dan Kalou sudah pulang ke kampung untuk latihan African Cup . Anelka masih cedera . Adakah kita berpeluang menyaksikan gandingan Sturridge-Borini ? Sama-sama kita nantikan .

Disebabkan hujung minggu ini adalah minggu bola yang menarik bagi saya dan Chelsea , saya sertakan beberapa video bola untuk minggu ini .

1. Aksi di atas padang .



2. Aksi reporter di luar stadium .



3. Aksi wawancara di konti .



BLUE BLOOD FOREVER

22.12.09

Qada'

Sering saja manusia merancang di mula
Namun selalunya jua manusia lain merubah pertengahannya
Lumrah manusia sejak zaman hikayat
Sukar menerima hakikat Qada'
Senang jika kita tak mengalaminya
Tapi cukup sediakah kau untuk diri berdepanan.

Yang paling jauh adalah masa lalu.
Yang paling dekat adalah mati.
Bersediakah aku ?

19.12.09

Roof Sealer

Siling dapur sudah berkulat. Atas dasar tanggungjawab aku berusaha untuk menampal atap yang bocor. Itupun selepas kata-kata semangat dalam pelbagai bentuk yang possible dari Si Ayah. Satu hari, Si Ayah malas nak naik siling. Penat katanya. Sebab big boss pun malas, aku dengan penuh respect pun jadi malas.

"Alah, kau naik je la tampal sikit-sikit. Tak-kan nak tunggu ayah jugak. Kata nak kawen " , sempoi je Si Ayah berbahas. Sepantas kilat aku naik tangga dan tampal atap. Silikon sudah habis pun aku duduk juga dekat atas tu. Nak kawen punya pasal.


("^_)

17.12.09

Vietnam terus kempunan emas sukan SEA

Sebelum mula lagi perlawanan peringkat kumpulan, mereka dinafikan peratusan berjaya. Saya juga begitu. Bukan salah mereka, bukan salah K. Rajagobal tetapi keyakinan tidak lagi terletak pada F.A.M . Peminat 'new age' bola sepak Malaysia rata-rata hanya mengharapkan nasib menyebelahi pasukan negara.

Saya berminat untuk melihat reaksi pemimpin politik negara yang pastinya mendakwa merekalah penyebab pasukan negara berjaya, program merekalah penyebab pasukan negara berjaya, doa merekalah yang sebabkan pasukan negara berjaya. Saya pasti ini akan terjadi. Pulitrick. Sultan bola, sila letak jawatan.

Kemenangan Malaysia pada perlawanan tersebut boleh dikatakan seperti kemenangan Aston Villa terhadap Manchester United. Bezanya, Aston Villa terus bertahan dan berkampung tetapi Malaysia tidak. Satu keputusan yang memeranjatkan kerana berkampung adalah kemahiran pasukan Malaysia sejak saya mula mengikuti perkembangan sukan ini. Mereka juga kurang menghantar bola kembali kepada penjaga gawang. Saya kagum walaupun prestasi belum ditahap yang 'baik'.

Jika Malaysia terus bermain dengan prestasi seperti perlawanan itu, mereka layak untuk bersaing di kancah EPL. Tetapi malangnya, liga EPL adalah untuk pasukan bertaraf kelab, bukannya negara. Jika Malaysia diterima untuk bermain di EPL, saya malu.

Tahniah buat pasukan bawah-23 tahun negara kerana berjaya membawa pulang emas buat kali kelima dalam acara bola sepak pada temasya sukan SEA.

Mid-week game menyaksikan CHE, LIV, MU, dan TOT menang. Tahniah juga buat mereka.

15.12.09

Hilang.

Sikit-sikit kita hilang
Makin lama makin lesap dari pandangan
Hendaknya bila tiada kelak
Tidaklah ghaib dari pengetahuan
Aku ingin terus dikenang
Sekurang-kurangnya dari kau.

Ketar-ketar kaki-kaki.

Tertitip resah aku dikala Chelsea hanya mampu seri tiga sama dengan Everton.
Namun aku masih bersama The Lions. Biar malapateka sehingga Chelsea relegate ke division 1 pun aku kan tetap bersama Chelsea. Tak kan aku minta Sultan Bola London selamatkan Chelsea.

Terbaring hampa aku dikala aku 'mampu' melakonkan semula aksi Glen Johnson semasa menentang Arsenal. Cuma bezanya, padang permainan bola di sini bukanlah berumput turf. Tetapi berlumpur ptuih. Dan perlawanan petang itu juga berakhir 2-1. Kalah. Nasib baik tak keluar internet. Selamat juga main petang-petang ni.

Tersenyum kecewa aku dikala menyaksikan pasukan bawah 23 tahun Malaysia mampu ke perlawanan akhir Sukan SEA edisi terkini. Sebagai warganegara Malaysia aku berbangga dengan kelayakan tersebut tetapi tidaklah aku berbangga dengan prestasi pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Mengecewakan.

Tertahan sakit aku kini dikala Semimembranosus muscle berdenyut-denyut. Terasa sebelah kaki seakan lebih panjang dari biasa. Tapi aku gagahkan juga menampal atap yang bocor sipi-sipi. Gayat aku di atas sana. Ketar-ketar kaki-kaki.

11.12.09

Kekelip mengejar pasangan

Melayang sang kelip-kelip mencari punca
Melintas laju depan beranda
Membiarkan aku tanpa petanda
Sesekali sang kelip-kelip terbang rendah
Merapati tikar wasiat lusuh yang berbau
Tetapi tidaklah sang kelip-kelip menunjuk rasa
Seperti ingin mendarat walau seketika.

Sang kelip-kelip terbang sayu
Sesayu selembut nyamannya bayu
Tidak sedikit pun menghiraukan aku
Kekadang perlahan kekadang laju
Aku yang tidak tahu menahu
Cuma mampu melihat dan sebaiknya tidak mengganggu.

Kalut dan resah sang kelip-kelip kini
Punca dicari tidak terjumpai
Navigasi penerbangan tidak seindah tadi
Sekejap ke kanan sekejap ke kiri
Aku sempat mengelak luruan sang kelip-kelip
Terlihat titisan airmata sang kelip-kelip di pipi.

Aku menyusun ayat di kepala
Sang kelip-kelip masih tidak tentu hala
Menggagahkan diri untuk bertanya
Apa punca yang ingin dijumpa
Sang kelip-kelip terbang seperti histeria
Dijawabnya dengan teresak , cahaya
Cahaya bagaimana , aku bersuara spontan
Cahaya bulan.

Sang kelip-kelip melayang senyap
Meninggalkan aku di beranda usang
Aku cuma menggeleng dengan sedikit keluhan
Mana ada cahaya bulan ketika tengahari buta
Doaku pada sang kelip-kelip yang punya cita-cita
Agar sabar menunggu kerana
Jika jodoh tidak akan kemana.

4.12.09

Selamat Hari Lahir Hati.

Cuba untuk gembira
Tapi aku siapa
Manusia dalam skala normal
Bukannya sang adiwira pujaan
Mahupun watak kartun dalam peti gambar bernyawa.

---------------------------------------------------------

Jika aku pandai mewarna
Aku warnakan dunia dengan warna cerah majoritinya
Dengan yang gelap terletak di tengah-tengah
Agar yang susah, yang jahat, yang musibah
Dapat kita pantau, boleh dikawal dengan jaya.

Jika aku pandai melukis
Potret sekeliling bukan prioriti
Tumpuan ide hanya sekitar Hati
Kerna yang indah segala ada disini
Aku tahu kerana aku memiliki
Tak banyak, cukup cuma senipis.

Jika aku pandai menari
Koreografi aku khas untuk kita
Melambangkan dunia sejak kita bersama
Aku kan paksa kau atur langkah
Dan berpusing penuh tenaga
Sehingga tercipta satu jenis rentak tari
Sempena rentetan sejarah cinta ini.

Jika aku pandai menyanyi
Akan ku masuk casting sana sini
Agar sama-sama kita boleh jadi artis
Itupun kalau kita sama-sama tak kena tipu lagi.
("^_)

Hati sayang
Selamat Ulangtahun Kelahiran
Kau tetap sama bagiku
Seperti tujuh tahun setengah yang lepas
Cuma satu
Cinta untukmu bertambah
Maafkan aku jika ia mendatangkan masalah.

Sekali lagi
Kalau boleh, aku ingin ulang sampai kau sakit hati
Selamat Hari Lahir.

3.12.09

Ohh UniKL. Ingatkan dipaksa mengambil kursus yang tidak diminati sudah cukup terseksa.

Ingat tak bebelan aku tentang birokrasi semasa ingin memohon pinjaman MARA hari itu? ( ada sini ) . Alhamdulillah, permohonan telah berjaya. Tak perlulah aku membayar yuran sem lepas ( sem tiga ) seperti sem satu dan sem dua kerana tarikh mula pinjaman adalah termasuk sem tiga, walaupun sudah hendak masuk sem empat bulan depan.

Disebabkan aku menjangka dan memang ternyata bahawa permohonan itu berjaya, maka aku hanya membayar pendahuluan semasa sem tiga sebanyak beberapa RM. Terdapat lebih kurang Lima Ribu Lima Ratus lagi tertunggak untuk sem tiga. Aku tidak membayarnya, kerana perjanjian permohonan termasuk sem tiga. Jadi mengapa perlu bayar.. betul ?

Sebelum aku pulang ke rumah kerana cuti, aku membuka laman profil pelajar yang dikenali sebagai e-citie .
1.Maklumat yang tertunjuk didalam menu lejar menunjukkan aku masih berhutang. Menyebabkan, slip invois untuk bayaran pendaftaran masuk sem empat sebanyak 250 ringgit tidak terjana.
2.Aku juga sedar pada menu maklumat pinjaman, penaja sudah diletakkan nama MARA tetapi status aku masih self-sponsored. Ada penaja ( MARA )tetapi self-sponsored ( tajaan sendiri )

Kerana tidak mengini perkara ini mendatangkan masalah di hari kendian, -bak kata orang lama. Jangan nak terberak baru nak cari Jamban- maka aku telah pergi ke bahagian kewangan UniKL. Respon atas masalah ini ialah,
1. Slip itu masih belum dikeluarkan kerana pelajar boleh mula membuat pembayaran hanya bermula 1Disember 2009. "Ooo",respon aku. Lega
2. Sistem tak update lagi dan tunggu mara approve. Berbelah bahagi aku. Jadi, aku masih self-sponsored atau MARA-sponsored ?

Awal pagi 3Disember 2009, aku tak tidur lagi..
1. 


Jika dilihat, tiada "Registration Invoice Generated for SEM2010/1" yang sepatutnya ada kerana sekarang sudah 3Disember 2009. Dan Lima Ribu Lima Ratus belum ter'langsai'.

2. 

Masih self-sponsored dan pada masa yang sama mempunyai tajaan MARA.

Aku bingung. Adakah aku dibenarkan untuk membayar yuran pendaftaran 250? Kerana di lejar, aku masih berhutang dan syarat untuk membayar yuran pendaftaran adalah tiada hutang.
Adakah aku masih perlu membayar lima ribu lima ratus tersebut kerana perjanjian pinjaman bermula dari bulan Jun 2009.
Mahu atau tidak, nampaknya aku perlu pulang awal ke Kuala Lumpur. Ini menyusahkan.
Dengan keadaan kesempitan ekonomi.
Dengan keadaan Hati komfem merajuk sebab balik awal.
Dengan aku komfem boring dekat KL seorang diri.
Ini menyusahkan...


----------------------------------------------------------------------------------------------
sekarang blackburn 1-0 chelsea
baru minit ke 12
kamon the blues!

Tidak lama lagi..

3 tepat..

Degil mata ini. Tidak. Degil diri ini. Dengungan bingit dari kalimantang di pekakkan. Alunan melodi organ dalaman bahagian perut di tolak rasa mentah-mentah. Jangan terus begini. Rosak kamu nanti.

Tak dapat aku sangkal. Aku rindu. Aku rindu saat aku didengkelkan. Aku rindu saat aku direndahkan. Aku rindu saat aku dibahankan. Aku rindu.

Biar mereka bertalu-talu benci. Tapi darah ini tahu yang mana tahi, yang mana duri.

3.10 pagi..

Aku berkira-kira, adakah aku berdaya keringat minda dan fizikal ? Untuk bersama dia, bersama mereka, untuk diriku ? Berat bahu mengimaginasi masa depan. Tidak lama lagi..

Maafkanku.

1.12.09

Meliwat Fitnah

1Disember Mahkamah memutuskan 25 Januari 2010 adalah tarikh perbicaraan kes liwat / fitnah liwat Anwar setelah permohonan beliau yang ingin lari dari pertuduhan ditolak hari ini. Anwar yang diwakili barisan peguamnya menyatakan kes tidak perlu dibicara kerana tiada bukti lubang dubur Saiful terjerobos. Namun pihak mahkamah berkata, sama ada benar atau tidak tuduhan ini, biarlah ia melalui proses dan protokol perundangan. Mahkamah berkira-kira kes akan selesai dalam masa sebulan sahaja.

Sama ada difitnah mahupun meliwat, sama-sama kita ikuti perkembangan kes ini nanti. Yang pasti sama ada meliwat atau difitnah, reaksi tegang akan terlihat, semasa-dan-sesudah kes ini nanti. Semoga yang benar di benarkan.

Pandangan dalam isu Meliwat atau difitnah?

MELIWAT
1. Ini tertuduhan kali kedua Anwar.
2. Penangguhan yang terlalu lama untuk membicarakan kes.
3. Saiful hensem.
4. Tidak berani bersumpah laknat.
5. Perjumpaan dengan Najib bulan lepas dikala tarikh perbicaraan kian hampir.
6. Kurangnya hebahan kes ini seperti mahu menutup jejak.

DIFITNAH
1. Pertuduhan pertama digugurkan. Tidak bersalah.
2. Penangguhan bukan disebabkan oleh pihak Anwar.
3. Saiful tidak hensem.
4. Mengikut kata ulama dalam hal sumpah-menyumpah.
5. Tiada bukti kukuh menyatakan berlakunya liwat.
6. Kurangnya hebahan kes ini seperti mahu menutup jejak.

Meliwat atau difitnah? Dua-dua adalah kesalahan berat dalam Islam. Ini seriuuussss. Wonderpet pun tidak boleh bantu.

Eiduladha 1430H dan Bola Sepak Inggeris

Takbir dilaung penuh hiba
Bersatu rasa duka dan gembira
Ibadah qorban dilaksana bersama
Rayakan eiduladha dengan jiwa yang mulia

Kali ini raya memberi sebanyak-banyak makna
Peluang menyambut dengan Hati tidak terbiar
Prototaip kerenah kehidupan berdua diterjemah
Indah, suka, penat, jerih terpapar di wajah
Bahagia,
Itu sahaja bahasanya
Biar mata tidak lagi terdaya
Biar otot tidak lagi berguna
Biar nafas hanya sipi-sipi keluar
Asalkan model prototaip yang terbina
Dapat kita transformasikan menjadi nyata

Akhir sambutan kali ini penuh klimaks
Penyerang hitam ivory sebagai Santa Claus
Tak perlu banyak hanya berikan dua
Sedikit sahaja tetapi ianya memberikan nyawa
Segunung terima kasih kepada si setiausaha
Bantuan wingback hitam cole dengan dua dorongannya
Menampakkan angka dua di papan markah separuh masa pertama

Skuad Wenger seperti biasa
Lagak seakan pelari pecut Malaysia
Pantas berlepas, terdahulu kehadapan
Tapi deras juga dipintas
Dipotong belumpun sampai di pertengahan
Ironinya, paten ini tidak sekali berubah
Yang pasti, mereka yang berdarah biru tidak perlu keringat berganda
Nescafe O panas cukup untuk mengeksploitasi venom pahlawan kita
DARAH BIRU SELAMANYA
SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA

27.11.09

Nila setitik pun kumpul banyak-banyak, jadi laut

Isnin, 23 November 2009, aku keluar rumah pagi-pagi mencari seikat wang kertas ringgit malaysia. Dengan mata sembab-sembab, otak tak cukup oksigen, otot pinggang sakit sebab tak cukup tidur, siku berdarah masa kene tackle petang ahadnya dan hidung yang sedikit berair, aku gagahkan semangat demi mengisi poket.

Aku dan salah seorang adik aku, Si Jebeng dibawa ke lokasi pencarian nafkah kami. Sedikit eksperesi kejutan ditunjukkan daripada tuan empunya legasi pencarian nafkah setibanya kami di sana kerana tidak menjangka bahawa kami yang akan membantunya pagi itu. Klien kami pagi itu adalah kumpulan unit penguatkuasa undang-undang Malaysia.

Kami terus melakukan apa yang dikehendaki oleh 'boss'. Sedang leka membuat kerja, berkumandang lagu Negaraku. Aku berdiri tegak, sempat menjeling pada 'boss'. Beliau juga berdiri tegak. Cuma klien 'boss' sahaja yang tidak berdiri tegak malah berjalan-jalan dan berkata-kata lagi. Kumpulan klien lain, Si Jebeng, dan petugas 'boss' yang lain aku tak berpeluang pandang, mereka di belakang aku.

Satu ketika, semasa production line berada di tahap terpenting,kami dan 'boss' bertungkus-lumus melayan kerenah kumpulan klien yang ada juga besar kepalanya memandangkan mereka sepatutnya menunjukkan tahap kendiri yang tinggi. Tiba-tiba, seorang dari kumpulan klien menghampiri aku dan berkata " Senduk mana senduk? Ada dua tempat takde senduk. Nak ambil pakai apa? tangan? " dengan nada yang tinggi dan mata membulat sepertinya aku seorang penjenayah.

Sungguh matang, bersopan-santun, penuh etika, berintegriti dan mulia sikap klien kami pagi itu. Seorang penguatkuasa undang-undang Malaysia.

" Kerna nila setitik, habis biru baju sekolah "
" kalau nila selaut? "

-----
Selamat Hari Raya

23.11.09

Saya sudah dua per lima bersedia

Aku bertanya pada Si Ayah mengenai kursus kahwin. Si Ibu menyampuk dengan menyoalku mengapa mahu ambil cepat sangat. Aku senyap.

Si Ayah kata sijil kursus kahwin ada limit-expired date. Si Ibu tambah, kalau ambil awal nanti masa nak kahwin dah lupa pasal kursus itu. Aku jawab, kalau amek masa nak kawin, lepas itu dah kawin 2 3 tahun, lupa balik apa yang dipelajari masa kursus pun tidak berguna, bukan? Si Ibu senyum.

Aku pergi bertanya-tanya, terbukti bahawa sijil kursus kahwin BELUM ada limit-expired date.

Aku menginform Si Ayah akan hal limit itu. Si Ibu menyampuk sekali lagi dengan menyoalku sekali lagi mengapa mahu ambil cepat sangat. Aku jawab kuat-kuat dalam hati, " Saya mahu kahwin."

Cepat sikit duit loan masuk, aku nak ambil kursus kahwin.

19.11.09

Love is a verb. Not just a word. Not just a feeling.

Tidak mengucap sayang bukan bermakna tidak ;
Tapi enggan mengucap sayang bermakna enggan

Jalan terus diturap, perlahan-lahan
Impi kita sama, kebanyakannya
Masa depan sama-sama kita beruskan
Jangankan yang cerah, yang gelap juga diambil kira

Lama dulu, bicara hanya tentang sayang
Kita sama-sama senyum girang
Kemudian, kita bicara hal kerinduan
Dua-dua menahan perasaan
Satu tika, persoalan kesetiaan terungkit
Masing-masing tak nak tunjuk sakit

Tapi hati,
Bila segala telah kita lepasi
Sudah tiada lagi bicara sayang
Tiada rindu-randa seperti dulu kala
Hanya hal remeh jadi seteru
Bukti bahawa diri kita sebati bersatu

Masa kini dan selepasnya
Hanya ada satu kata untuk kita berdua
Yang memberi makna sayang, rindu dan sengketa
Yang mengatasi segala nafsu noda
Terus hati, kita pelihara
Hanya kita yang mampu jaga
Selainnya terserah pada Yang Esa
Hanya ini yang terbaik untuk kita
CINTA


Love is something you do. The sacrifices. The giving. Please, Dont bother to be loved if you dont understand what love is. It's easy still complicated.

18.11.09

SPR - "perwatakan baru mencabar dan menarik"

Ini berita lucu. Saya tahu sekarang sedang panas bercerita tentang Azmin Ali dan juga Gambar Najib dan Anwar. Sedikit mengenainya, mungkinkah kedua-dua hal ini ada kaitan? Mengapa tidak? Apapun isu tersebut tidak menarik bagi saya untuk saya tulis. Oh, bila tarikh terbaru perbicaraan kes liwat Anwar? Ada sesiapa yang tahu?

Berbalik kepada tajuk.

Kita mungkin akan disajikan lagi dengan drama pilihanraya kecil setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah diarah dikosongkan oleh Speaker Dewan, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail. Keputusan dibuat kerana penyandang kerusi, Datuk Abu Hassan Sarif gagal menghadiri dua (2) persidangan Dewan itu secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Dan kini, pihak SPR akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari Jumaat ini supaya penguatkuasaan keputusan kekosongan kerusi tersebut ditangguhkan. Ia supaya SPR boleh membuat rayuan sehingga ke peringkat mahkamah yang paling tinggi.

Jika keputusan masih juga sama, kita akan menyaksikan lagi Pilihanraya kecil ( ke-10? -saya tidak ingat) selepas pilihan raya umum lepas. Bazirkan lagi duit.

Melihat senario diatas, saya terfikir 2 perkara

1. Apakah alasan dan sebab untuk Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadirkan diri ke persidangan Dewan? Adakah kerana beliau malas? Ataupun sudah tidak mahu menjadi Ahli Dewan? Ataupun beliau mempunyai penyakit lupa? Ataupun beliau memang keuzuran? Jika tiada sebab munasabah, tidak perlu rasanya membuat rayuan. Masyarakat perlukan pejuang yang bertanggungjawab. Adakah tidak menghadiri persidangan dewan salah satu dari list tanggungjawab Datuk Abu Hassan Sarif sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh? Mungkin.

Saya cuma minta sebab, mengapa beliau tidak menghadiri persidangan. Tiada sebab / tidak munasabah, cepatkan set tarikh pilihanraya kecil. Sekarang ni hujung tahun, dengan nak raya haji lagi, dengan masuk season baru persekolahan lagi, dengan Krismas lagi, dengan Tahun baru lagi. Bukan masa yang sesuai untuk berkempen. Janganlah dibuat hujung tahun ini dan awal tahun depan, lewat sedikit pun tidak mengapa.

2. Mengapa SPR mengemukakan rayuan? Datuk Abu Hassan Sarif adalah ahli SPR yang bertanding pada pilihanraya umum lepas? Bukankah sepatutnya UMNO Kedah yang memfailkan rayuan tersebut?

Jika SPR yang kemukakan rayuan, kemudian mahkamah tidak terima.
Pilihanraya kecil diadakan, Datuk Abu Hassan Sarif bertanding dan menang sekali lagi, tidakkah kemenangan tersebut akan dipertikaikan?
Siapa SPR?

Difahamkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi KL untuk mebolehkan SPR merayu kepada peringkat yang lebih tinggi. Mengapa SPR merayu? Adakah keputusan Speaker Datuk Dr. Abdul Isa Ismail disebabkan oleh kesilapan teknikal SPR? Untuk apa?

--------

Apa pun, selepas ini akan ada dua kemungkinan.
Satu, rayuan diterima dan bermula-lah perang PR v SPR.
Yang mana sepatutnya badan bebas seperti SPR tidak perlu campur tangan. Terserlah ke-tidak-integriti-an badan bebas SPR kerana memihak kepada BN kali ini.
Dua, rayuan ditolak dan mulalah perang PR v BN.
Dan jika BN masih meletakkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai calon, maka ia akan menjad PR v SPRBN.
Jika BN tidak meletakkan Datuk Abu Hassan Sarif tetapi masih menang, tetap akan terjadi PR v SPR+BN kerana kredibiliti SPR akan dipertikai, MELAINKAN struktur SPR dirombak sepenuhnya sebelum pilihan raya tersebut.

Jika dulu, SPR hanya dicemuh kerana dikatakan tidak bersih di dalam tugasan pilihanraya, kini SPR sendiri ingin bertanding dalam pilihanraya.

Masih drama pilihanraya yang sama, situasi kekosongan dewan yang hampir serupa cuma penukaran watak antagonis pada skrip ;dan tambah perwatakan baru. Sedikit spinning skrip maka drama baru terhasil.

Saya tahu kamu membaca, tolong jawab soalan saya.
1. bila tarikh terbaru perbicaraan kes liwat Anwar?
2. apa alasan Datuk Abu Hassan Sarif ponteng dewan?
3. mengapa SPR mengemukakan rayuan?

16.11.09

a picture tells a thousand words contest from cik bulan

Ini kontest kedua yang aku sertai dan yang pertama untuk blog cik bulan. Oke cik bulan, susah syarat contest ini, photographer menangkap gambarnya sendiri dan gambar tu perlu chanteque. Uhh, cabaran..cabaran..

Aku berikan 3 keping gambar, TANPA edit. Kalau cik bulan rasa tiga-tiga ada kualiti, pilih tiga-tiga pun tak apa. ^^


uhh ^^"




hunhh -_-




HuH !!


Ya cik bulan, sekali lagi dingatkan. Kalau nak ambil tiga-tiga pun tidak apa! ^^
Cik bulan undi untuk saya ekh! -_-" ( boleh ke menang ? )

Adakah dasar yang diangkat?

Kini saya 22 tahun, saya tertanya-tanya bila agaknya saya akan melihat menteri di parlimen berbincang. Bila agaknya mereka akan berhenti bertengkar atas perkara remeh. Bila agaknya mereka hanya akan memikirkan pembangunan rakyat dan negara. Bila agaknya setelah melangkah masuk ke dalam perlimen, sentimen ke'parti'an dilupakan. Bila agaknya mereka akan berkata 'YA' atas dasar atau cadangan dari menteri pihak oposisi yang jelas akan menguntungkan rakyat dan negara. Bila agaknya menteri-menteri berhenti akan bersikap kebudak-budakan?


Terdapat segelintir besar ( segelintir = sedikit ; besar = ramai ) anak muda terutamanya berstatus atas pagar yang  memangkah di atas dahi calon bukannya di atas logo parti. Kini hanya yang dicari adalah individu yang boleh memajukan masyarakat, bukan lagi parti mana yang kuat. Adakah kamu, kipas-susah-mati parti dan so-called politicians sedar?

Malaysia kini asik dengan mainan mempertahankan parti. Parti kamu tidak bagus, bukan parti dunia akhirat sejagat. Parti aku bagus, dasar perjuangan sebenar. Ya, memang tidak dinafikan bahawa semua ( hampir ) parti politik berdaftar mahupun tidak ( baru berjinak-jinak dan  masih dikenali sebagai NGO ) mempunyai asas dasar yang kukuh. Yang senampaknya benar untuk dijuangkan. Sepertinya parti itulah yang satu. Yang hanya.
Namun hakikat realitinya, betapa agung pun dasar tertulis. Upahlah pakar sepelusuk bumi sekalipun tidak kan ternilai jika perlaksanaan zero. Atas asbab apa kita berlenjun keringat berjuang? Hanya dasar atau kebahagian dunia akhirat sejagat?

Apa signifikannya lagi jumlah majoriti jika rakyat masih tidak terbela? Bukankah lagi bagus jika siapa saja pun yang layak duduk di parlimen bersatu. Apa salahnya persetankan isu kepartian. 52 tahun merdeka tiada lagi tampak beza. Siapa tidak mahu melihat negara ini maju. Masing-masing mahu negara dihormati, gah di antarabangsa. Tapi kelaku-nya di dalam negara, masing-masing berlumba-lumba mahu tunjuk dia lah hero, dialah raja. Ya, masih lagi kelihatan gah, tapi hanya di dalam negara. Tidak kemana pun perginya. Itu yang dibangga? Itukah impak dasar partinya yang dicanang hebat?

Kini saya 22 tahun, masih berkira-kira bila tika hal ini akan ter-revolusi.

Review Tak Berbayar - Pisau Chuqur

Its kinda late.why?
I actually nak tgk 500 days of summer, 1012, Fourth Kind and The Box ( + the coming moonly twilight ) . But i pegi dengan Hati, ofcoz she insist to watch pisau cukur. Yeah, bila you ollz tengah beratur panjang-panjang nak beli tiket 2012, I baru tehegeh-hegeh minta "pisau cukur dua".This is why I said its kinda late.

Banyak review tak berbayar yang i bace dekat facebuk . Semua suruh pegi tengok cepat-cepat. Hebat sangat ke? I tak terpengaruh dengan advertisement-adevertisement sebegitu. Tapi apakan daya, Hati nak tengok sangat. Layan-kan aja la, merajuk karang, you ollz nak pujuk? Tak kuasa I !

Tak best pun pada pandangan I. Klise sangat jalan cerita. I dah boleh agak yang
Faqir orang kaya,
Bella tak jadi kapel dengan datuk tu, ape ntah name die. I tak hingat
Intan akan tinggalkan Salleh
Suri yang bunuh Zak
Johan gei ( apa point dia usha bella? )

Tak best jugak sebab
Siape Faqir tu? Die tak tahu ke die tengah belakon bukan tengah mock interview. Sebut satu-satu words in both languages. Annoying oke.

Macam-mana Salleh boleh sampai atas kapal? humm

Cerita ni atas kapal oke. So, Pusing la kamera satu kapal, ni tahu-tahu da ada kat library, dining, tempat belatih tarian, swimming pool, bilik. Tak fluence sangat. Tiba-tiba dah ada. Kalau konon-konon cerita pasal & tunjuk keindahan 'kapal' tu, naik la sikit kualiti cerita dari Malaysia.  Hasil anak tempatan. Atleast view lah kapal tu dari udara. Alah, Computer Generate Image je pun-kan.

Cerita pun macam tergantung je.
Pil Kuat ke dekat dalam cincin Zak yang terjatuh masa Bini 1 pengsan? Adakah akan ada sambungan? Jeng jeng jeng~

Choosing Maya to play Bella isn't a good decision. She is beaty-full. So meleis. Orang muke cantik suci macam tu tak sesuai jadi shaver. Obvious sangat, sangat tak kena lakonan Maya.
Or perhaps, she need more practices.

Part yang I gelak gile-gile masa En.Detektif lalu sebelah swimming pool. Ramai audience + Hati gelak  sebab aksi gei dekat swimming pool tu. Tapi I gelak sebab tangan En.Detektif selamba saja sambar makanan ( fries perhaps ) dalam raga atas meja orang. Sambil lalu je dia ambil ! ^^

Moral dalam cerita ni adalah, learn to be a pisau cukur can transform you to a 'perfect' person. You'll know how to talk, communicate, interact, walk, stand, be protocolised and more. So, you ollz, learn to be one before late. -_-"

Last but not least, sory bahasa I macam ni. Terpengaruh kot. Uhh geli ! I bagi 1 bintang setengah je dari 5. Cukup la kan, bukan I di bayar pun.Uhh enuff.

Aku nak tengok Santau tapi surely Hati reject. Sape nak teman aku tengok 'Dengki Sampai Mati'? Uhh tapi sekarang aku boring to death.

(^_^)V

8.11.09

Piala Malaysia. 61 tahun menanti.

Oke. Jujur, tak dapat tengok game dekat stadium. Demm sangat. Tv1 ja. Streaming pun slow ja. Maka ambil keputusan mengagak dari jeritan jiran bawah. Menang? Seperti diduga. Kami tak payah kecoh-kecoh macam mereka. Ghuso bukan sebarang ghuso. Dah kono mengeliban laghi. Tak nak cerita pasal hooligans. Tak syok a dah menang pun nak cakap pasal itu. Mereka kalah ke menang ke, macam itu juga perangai. Bangga dengan perangai tersebut? Serupa AMERIKA la. Ish, cakap tak nak cerita. Tercerita juga.
^^
Raso syukur pon ado den tak poie stedium. Takut-takut yo kok tak pek nak kawal diri. Tapi kok poie ngan Si Ayah, takdo po la agak eh kan. Lopeh  61 taun, Nogri monang tapi den tak poie stedium. Keciwa poik. Napo la doreh bona buek final. Buek la minggu dopan, mmg sah den poie sorobo kunin. Tapi nak buek cano, monang totap monang.

Takpek nak sangka laie, team den main canteq. Hah, kau bising na bona sobolum ni kan. gi mi anader chant : gomo whut? HEH. Harapan den untuk game malam sok, bia la monang. Sapo nak ngarap kalah yo tak. Sojuk sikit kpalo nak study. Sodap sikit nak jawab prikso. Joseph Cole sambut haghi jadik pulak, harap eh buleh la dio jaghing an gol sampai kuyak gawang.



Isu PAS maleh nak komen.
Nampak bona mainan isu supayo oghang lupo kek kes anwar. Ontah bilo nak bicagho pun den tak tahu. Tak salah tapi takut. Apo ceghito? Tangguh sobab apo a? Den tak beghapo nak joleh bonar la. Tangguh sobab sambung blaja ko apo? hehe.


Skuad Rusa, Tahniah. Hobin Jang Hobin! Memang tak sesio!





Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong.
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

Bukan main bola lisut
Bukan main bola tampar
Biar orang tokojut..
tokojut..tokojut..
kito monang pialo meleysia
monang pialo meleysia
Hobin jang hobin...3x

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Hobin bin bin bin hobin jang hobin........
Hobin... hobin... hobin jang hobinnnnn....
Hobin jang hobin....
Chelsea Chelsea.eh bukan ke?

1.11.09

Bila bintang menjadi matahari,Sang bulan hanya akur memahami

Hati, indah pagi ini,
Dingin menerjah dari jendela,
Lihat luar sana biru langit,
Cerah terang bersinar tenang,
Dengan mu di sisi,
Tiada erti lebih bermakna.

Ku lihat jauh ke atas,
Terlihat dirimu gigih untuk masa depan,
Jelingmu untuk ku di bawah,
Memberi semangat membawa kita senang dihari kemudian.

Kau pantas mengorak langkah diri,
Kini kau makin dikenali, jauh beza dariku,
Tidak terdaya aku mengejar lagi,
Makin jauh, makin keatas meninggalkanku,
Aku kan tetap disini hati, jangan lupa turun menemani,
Sejarah lengkap tercatit bagaimana aku pertahankanmu,
Takkan ku siakannya dengan meninggalkan posisi,
Hanya untukmu kuberikan bahu,
Yang punya segala isi,
Tampuh meredah segala duri.

Harapku jangan kau pergi,
Pintaku jangan kau lari,
Seruku jangan janji dimungkiri,
Pesanku jangan sejarah dilupai,
Tolong hati, jangan jadi macam Mawi,
Hanya dirimu punya hati ini.

28.10.09

Nasihat seorang Ustaz

Saya membaca sendiri tulisan Ustaz Nik Abduh di laman blognya. Tulisan yang bernas dan diperlukan buat masa kini. Terima kasih ustaz. Hasil tulisan ni mulalah berduyun-duyun blogger pro-kerajaan quote dan terus-menerus mengutuk blogger bukan pro-kerajaan. Adat bersaing rasanya. Sama macam aura emosi penyokong Liverpool dan penyokong Manchester United untuk seluruh minggu ini.

Saya berterima kasih kerana catitan itu bertujuan mengingatkan blogger beragama Islam supaya ingat akan Allah dan ujian-Nya. Mungkin secara khasnya ia ditujukan untuk blogger Pas tapi tidak bermakna bahawa bukan blogger Pas yang beragama Islam tidak terkecuali. Beliau seorang tokoh Pas, yang beliau nampak adalah kepincangan di dalam memperjuangkan Pas oleh ahlinya melalui media teknologi, tidak salah untuk beliau menasihati.

Cuma yang penting adalah adakah pembaca akan terus di takuk lama ataupun berubah sekurang-kurangnya sedikit?

Persoalan ini diketengahkan untuk difikirkan oleh blogger dari mana-mana fahaman politik. Mengikut kata ustaz,
 Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia.
Ini adalah quote yang sepatutnya diambil dan diingatkan untuk para penulis blog. Bukan sekadar,
Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata – kata manusia dan peristiwanya. Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar.

Apa yang dikejar diatas dunia? Bukankah sepatutnya kehidupan di akhirat? Jangan selalu menuding dan memburuk sampai tak sedar terpijak tahi. Beringatlah sebelum kena. Sama-samalah kita ambil iktibar. Terima kasih Ustaz.

Berkata benar itu pahit bukan?

26.10.09

Sila jaga peti surat anda

Tadi berYM dengan seorang sahabat. Dia mengadu yang live mail beliau hilang segala-gala disebabkan satu junk mail yang dibuka kemudian di delete. Dan kemudiannya juga ade dikatakan terdapat aduan dari pengguna lain yang inbox hilang, unread mesej hilang dan ade beberapa lagi. Harapnya masalah ini adalah disebabkan maintanence dari pihak live mail. Maka boleh di recover isi isi penting mail itu, namun... Saya pun tak tahu nak jelaskan macam mana. Ada juga yang katakan ia adalah mungkin disebabkan Windows7. Saya tak tahu, tapi sebagai langkah berjaga-jaga.

Salam jgn bukak emel dari

Far Eastern Team (fareastern@easy.com) atau

http://www.tviexpress.com/singapora atau


tvisingapora@gmail.com atau
http://www.tviexpress.com/singapora 
"yang mengandungi"
GREAT DEAL EVER!!!

TVI gives you CASH within a month.

Is this a good deal? For being a lifetime membership of TVI Express(Travel Ventures International) and you will get 40%-60% discount for Air Tickets and 5 Star Hotel around the world?

That's not all, when you invite 2 people for this program, you will received $15,000 Cash!
within a month and for every month thereafter.

DON'T MISS THIS GREAT DEALL: Join Us Today!

More information, go to: http://www.tviexpress.com/singapora
Regards,

Song
65-93221037

tvisingapora@gmail.com
http://www.tviexpress.com/singapora

dan juga aduan lain.

bllh55:
Hi,
I logged into my hotmail account to discover all the mail in the inbox is gone fron the 22/10. My email is {removed}
Where did they go and can they be retrieved?
Thanks.
I have checked the account and found that your messages were deleted deliberately. If it was not you who deleted these messages, I strongly suggest that you change your password, secret question and answer, and make sure that your alternate e-mail address is updated.
I tried to restore them but, sadly, no messages came up.

Anthony, I have the same situation but only emails dated later than 1st October (newer mail), all others are still there, except unread mail. If these were deleted maliciously then why not delete all mail and why only older unread mail. With many other experiencing the same problem it would suggest an automated issue rather than random manual. Is it a coincidence that this has occurred on the launch of W7?

teknologi membebankan? harapnya ia hanya salah faham.

24.10.09

saya menyokong muktamar khas pas

Selepas membaca sendiri posting di blogtokguru.com yang meceritakan hasrat TGNA, saya terpanggil untuk menulis. Sedang saya menulis ini, saya menonton tv1 yang ada mengatakan Pas berada dalam kemelut yang terburuk kerana perbalahan pemimpinnya. Semakin teruk nampaknya kualiti penyampaian berita di Malaysia. Macam mana lah penonton tak membenci, cukuplah saluran drama yang ntah hape-hape dan rancangan bola sepak yang sekadar melepaskan batuk di tangga. Berita pulak makin lama makin tak berkualiti.

Berbalik kepada isu muktamar khas pas. Bagi pemahaman saya,hasrat TGNA untuk mengadakannya adalah disebabkan ingin membersihkan parti dengan menyingkirkan mereka yang melanggar keputusan muktamar lepas iaitu, tidak sekali-kali akan bergabung dengan umno. Ini kerana jika mereka terus mencanang ia akan membuatkan penyokong mereka, penyokong atas pagar dan ahli mereka berpecah belah. Tidak bersatu.

Saya menyokong usaha TGNA ini. Ini adalah kerana bagi setiap persatuan, pasti akan ada konflik. Sedangkan lidah lagi tergigit. Bagi pertubuhan sebesar Persatuan Islam Malaysia, usaha ini sahaja caranya. Tapi bagi saya, jangan lah sampai disingkirkan. Cukuplah dengan sedikit hukuman. Saya tertanya, tiadakah undang-undang yang menyatakan "mana-mana ahli yang melanggar keputusan muktamar akan dikenakan tindakan" di dalam perlembagaan? Apa pula akan berlaku kepada penyokong mereka jika mereka dibuang?

Hal ini bermula selepas uar uar penyatuan antara pas dan umno. Ya, kenapa TGNA tak setuju dengan penyatuan ini?

Mungkin kerana katanya umno ibu kejahatan. Arak, hiburan, rasuah dan  macam-macam lagi. Mungkin sebab itu. Jadi sebagai sebuah parti berasaskan Islam, mestilah bersama dengan parti yang secara asasnya tidak melanggar hukum Islam. Kini pas bersama dengan dap dan pkr. Pelik bukan. Dari umno, mereka memilih dap dan pkr.

Mereka memilih parti yang pada dasarnya hanya untuk keadilan individu iaitu Anwar Ibrahim dan juga parti yang terang-terang menolak pemerintahan Islam. Tunjukkan di mana baiknya parti pkr dan dap ini berbanding umno. Mungkin ini akan menyenyapkan ketiga-tiga individu pas yang asik ingin bergabung dengan umno ini. Berikan bukti kepada penyokong-penyokong pas bahawa memilih pkr dan dap lebih baik dari umno.

Jika bukti ini tidak dapat diberikan, saya cadangkan bubarkan saja pas.

Jelek dengan blogger yang mempergunakan nama orang lain di title tapi menulis / menampal isu yang tiada kene mengena semata-mata untuk dilinkkan semasa carian google mahupun yahoo. Cerita pasal  mesyuarat umno, tapi title ade name nizar. Cerita pasal bagan pinang, tapi title ade name nizar. So lame oke.

E.A.R.S project


*kerap pulak taruk video kat sini.
*music membawa negara-negara bersama.
wonder what will happen if there are tarian pendet in this clip.
*anyway, Peace y'all.
No more fight. No more war.
^_^

ahmad jaisz feat T-Fain

Aku penat. Seryes mengantuk. Bukak Google. Search lagu raya, ahmad jaizs. First link yang keluar adalah Ahmad Jaisz's raya song compilation featuring T-Fain. Hit song album ni ialah "rintihan hati jika aku seorang wanita di pagi syawal". Seryes sedap. Layan la bila T-Fain bawak irama etnik kreatif. Tak sangka ahmad jaisz boleh rap dengan baik. Lepas beberapa ketika, tergerak pulak untuk memberitahu wanita di luar sana, apa agaknya rasa jika 'aku seorang girl'.

1. Masa kecik-kecik. aku tak hingat la mase kecik-kecik aku buat apa.

2. Masa sekolah rendah, aku da pasang dua tiga balak. Cari pengalaman. Nanti da besar tak de la terpinga-pinga bila berdepan dengan lelaki. Senang dan tahulah nanti macam mana nak handle mengikut situasi.

3. Masuk sekolah menengah aku nak buat surat secret admire yang wangi tu banyak-banyak, bagi kat setiap lelaki kat sekolah. Banyak duit aku. Biar la dorg perasan dorg menarik sikit. Baru ceria hidup. Ini juga bertujuan untuk mengasah skill menulis dengan cemerlang. Tak la kantoi paper bahasa SPM. Tak payah amek paper Julai.

4. Aku nak orang sekitar cakap bende baik-baik je. Masam-masam manis gitu mulut. Selalu la puji-puji ni. Baru la rasa hidup ada makna. Mempengaruhi hati? Masa ni la bergunanya pengalaman masa sekolah rendah.

5. Bila aku ada kekasih, aku tak nak la cemburu sangat. Sampai kekasih aku tak boleh nak ada kawan perempuan pula. Tak fair la kan. Tapi kalau kekasih aku tu yang cemburu, sampai aku pegi toilet takpat nak angkat call pon kate tengah dating ngan laki lain, aku tinggalkan je. Aku cantik, ramai lagi orang nak.

6. Bila tengah dalam bas, tak perlu susah-susah bagi tempat duduk. Tak payah nak tunjuk gatal. Aku gagah dan kuat. Kene tunjuk yang kita ni mampu jaga diri. Barula lelaki terpikat.

7. Bila ada orang cakap pasal boobs ke, butt ke. Aku buat muka huduh depan muka mamat tuh. Pastu tanye die, MAK KAU JANTAN KE? tapi kene bawak geng-geng lelaki sama la mase ni. Aku kan ayu je. Kang kene kaki, tak pasal-pasal berparut dahi.

8. Bila lepak sama kawan-kawan perempuan yang hot lain. Aku tak nak la mengumpat-ngumpat ni. Ngata laki sana, ngata pompuan sini. Tak elok, dosa. Baik bincangkan signifikan bajet 2010 oleh perdana menteri.

9. Aku tak nak la pandang lelaki ni sama aja. Orang kata, rambut sama hitam gigi ade yang kuning ade yang kelabu.Kene pandai la membezakan lelaki mana yang evil, noty dan sweet comel dari dalam hati.Masa ni la bergunanya pengalaman masa sekolah rendah.

10. Bila da kahwin. Aku nak anak banyak. Anak tuh rezeki. Bia suami aku keje sorang-sorang. Padan muka dia. Aku duduk rumah jaga anak. Bila dia balik keje,jaga dia pulak. Hujung minggu kaw tim dengan suami,  g surprise umah orang tua-tua tua (mak ayah). Tak perlu sangat bagi wang ringgit ni. Curahkan kasih sayang aja.

11. Pada adik-adik, abang-abang kandung mahupun sedara sedari. Aku nak buat awek dorang jeles baik dengan aku. Baru hidup harmoni ramai geng. Musuh jangan dicari. Rezki jangan diberi ditolaki.

wah macam bes je jadi perempuan. oh aku bukan gei.
just if im a girl.
ini adalah respon untuk post sarahunny.harap maklum.aku bukan gei.

ahmad jaisz dan T-Fain adalah aktor imaginasi Patrick Star


 aku bukan gei.

23.10.09

Penangan Skema

Hari tu, rabu. Sehari selepas ke PTPTPU, aku pergi sekolah macam biasa. Sampai sekolah agak lambat. Kereta banyak atas jalan. Kenape ntah mereka ini tak nak naik kenderaan awam. Menyusahkan.

Keluar lif basement nak naik lif bangunan kena tahan dengan pak guard buncit. Dia minta Id. Aku kata "ni yang tergantung ni bukan ayam percik pak cik" dalam hati. Aku tunjuk lah Id dekat dia. Tak semena-mena dengan muka baru santap ada sikit-sikit bau listerine dia suruh aku ambil pas pelawat kat depan.

Aku nganga mulut luas-luas sambil mintak orang sebelah cakap kuat-kuat, apahal?

Dia cakap yang banyak sangat objek dalam sarung kad aku. Memang la banyak tapi kad Id depan sekali oke. Siap ade nametag lagi. Memang macam profesional. Saya bergaya, anda ada masalah dengan itu?

2 kali tahan lif tapi akhirnya terlepas. Sebaik sahaja lif itu tutup, dia cakap "oke, student tak apa" dan lepaskan aku. Aku tarik bahu dia, hayun penumbuk dekat muka. Dia elak. Cis, hebat pulak orang tua ni.

Baru aku sedar, aku sangat skema hari itu. Tak macam student. Tapi tak ada pula student cakap "GMorning Sir" dekat aku.

p/s: hari itu juga lah cekgu inggeris merajuk. susah betul kalau orang tua merajuk ni.

selamat ulang tahun sayang terbaik


*kau tak nyanyi kenape?

21.10.09

Ditipu berkali-kali oleh yang seperti profesional

Itu hari semasa baru daftar masuk sem aku pergi hantar borang apply Loan Mara dekat HEM UniKL. Aku sudah sedaya upaya memastikan bahawa application itu dipenuhi hasrat dan impian yang dipinta. Aku bertanya banyak kali kalau-kalau ade tersalah atau tertinggal di dalam borang tersebut. Semua oke, kata pegawai lelaki yang botak sedikit itu. Aku bertanya mengenai surat dan borang PTPTPU,pinjaman aku dulu. Beliau pula bertanya adakah aku sudah membayarnya? Aku dengan tenang menjawab bahawa aku sudah start bayar tapi belum habis lagi. "Tidak mengapa kalau macam itu", respon beliau. "Bila nak tahu update", aku melantunkan lagi persoalan."Nanti kami beritahu", sambil tersenyum beliau menjawab.

Lebih kurang sebulan selepas itu, tiada khabar berita dari tingkat 3 sayap timur bangunan UniKL. Disebabkan kerunsingan, aku pergi mendapatkan maklum balas. Pegawai botak sedikit itu menanyakan soal borang online. Rupa-rupanya borang aku itu belum dihantar. Selepas sedikit usaha membabitkan pegawai MARA yang dihubungi oleh beliau dan juga membabitkan etika penggunaan komputer di tingkat 14, urusan selesai. Aku bertanya lagi fasal PTPTPU, update, dan juga yang berkaitan. Jawapan yang sama diberikan beliau seperti perenggan pertama.

Hari bertukar, minggu berganti, bulan bertambah. Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal sudah pun berlalu. Selit-selit antara bulan itu aku ada pergi bertanya di tingkat 3. Masih pegawai botak sedikit itu yang menguruskan urusan itu dan jawapan hanya MARA masih meeting dan kami akan hubungi nanti. Aku sudah cemas kerana tarikh tamat semester ini sudah hampir. Aku juga perlu untuk menyelesaikan hal kewangan di tingkat 28 seperti semester-semester yang sudah sebelum dibenarkan untuk duduk dan tidur di dalam dewan peperiksaan. Tapi aku tidak berdaya apa-apa.

Minggu lepas pada tanggal 15 oktober 2009, lebih kurang 2 minggu sebelum tarikh tamat, aku mendapat panggilan dari pegawai veteran di tingkat 3 meminta aku hadir untuk urusan pinjaman. Wah, hati sudah berbunga-bunga ni. Alhamdulillah-lah application (permohonan) pinjaman aku sudah diterima. Setibanya disana, pegawai itu bertanyakan pasal PTPTPU. Aku kaget. Aku terangkan pada beliau bahawa pegawai botak sedikit itu kata tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. Namun sia-sia air liur sahaja, sepatutnya aku simpan saja untuk saat-saat tekak kering dan duit tiada. Penerangan diberikan oleh beliau kepada aku untuk mendapatkan borang itu dan borang ini. Langkah pertama hanya ditingkat 3 aku selesaikan dengan segera. Ia memakan masa 3 hari bekerja. Selasa baru dapat surat dari tingkat 3. Aku cuba desak dan menayangkan muka kanak-kanak comel agar boleh dipercepatkan proses. Aku berjaya. Surat keluar hari Isnin. Masa ini aku sudah melilau cari pegawai botak sedikit itu. Tak jumpa. Cibai.

Langkah kedua,Isnin, aku pergi mengambil surat itu, waktu itu sudah petang. Aku perlu pergi ke PTPTPU pula dengan membawa surat itu sahaja untuk langkah ketiga seperti yang diterangkan oleh pegawai veteran. Tidak sempat maka aku mengambil keputusan menangguhkan misi keesokan harinya.

Selasa, sebelum aku pergi PTPTPU, sempat pergi tingkat 3 atas urusan peribadi. Seorang pegawai wanita muda tanya pulak macam-macam serta menggesa agar aku menghantar surat itu secepat mungkin. Ya,aku tahu. Tetapi yang paling menutup suis penghawa dingin dalam hati bila beliau menanyakan soalan tentang masa aku ingin menghantar surat dari PTPTPU. Aku tengah serabut masa itu, maka aku jawab apa saja yang sepatutnya dengan agak direct dan muka yang seperti dinding. Aku beredar dengan senyuman dan terima kasih tetapi beliau hanya menjeling.
woi, aku da 2 sem bayar sendiri..korang lembab buat kerja.lepas tu nak marah-marah pulak. jangan jadi cibai sangat.!.dalam hati saja, jaga reputasi.

Sampai di PTPTPU KL Sentral dengan menaiki Rapid KL. Disana aku isi borang itu dan borang ini. Pegawai PTPTPU meminta dokumen dan bertanyakan tentang salinan tawaran. Sekali lagi aku mensia-siakan air liur menerangkan yang pegawai UniKL tidak pernah langsung menyebut pasal itu. Ya, ia sia-sia. Namun atas berkat muka comel dan sedikit riak hampa, beliau memberi pertolongan dengan menganggap aku menghantar bersama surat tawaran tetapi dengan syarat. hehe. Lagi 3 hari, Jumaat petang Selepas pukul 3 baru boleh ambil surat dari PTPTPU.

Harapnya tiada lagi penipuan yang harus aku depani. Cukuplah dengan hal birokrasi. Juga tidaklah hendaknya permohonan aku dibatalkan atas sebab tulisan ini. Dari mana-mana segi pun, aku tidak salah dalam hal ini. Jika hal urusan ini ada dalam silibus, pasti aku dapat A. Pegawai botak sedikit itu masih belum dijumpai. Cibai.

19.10.09

Ill give you my best

You,
Ive done mistakes before
I'm not using that dark-pink colored brain to think seriously
It brought both of us troubles
You,
Ive done lot of wrongs
Ive made we suffered
I was selfish
You,
Now the real bug named Hurt appears
We can do nothing
I can do nothing
and what frozen me is
you also feel the pain
You,
After all the time we spared
You are still the one comforting me and
I am the one nicknamed Rohlihlahla
You are the angel
I am the devil
You,
With the limited time remaining
I cant promise you anything else more except my loyalty
I cant give you anything else more except my trust and
I cant take anything else more except your soul
You,
Look there, way up the sky high
You'll see the stars forming my words
"Ill give you my best"
Its not about me anymore my darl
Its only about you
You,
The one i care
The one who cared.
|Thank You|

15.10.09

luluh jatuh masih kuat` pintaku.

sejuk

itu saja istilahnya.
jawab test menggigil, mengade masuk Bestari tak pakai sweater.
tawaf atas bawah UniKL menuju toilet sahaja.sejuk..
sedang tidur pon mencari cahaya matahari.
dekat luar hujan. basah. sejuk.
betul, sejuk.
plus
a friend of mine pulak sejuk di mata.
buat aku tambah gigil.

its a love story. a part that i shouldnt involve into. coz its others' love story. not mine.
still she is my friend. a story that doesnt have any complicated plots. its easy to understand but not to stand as the actress. i simply can understand the feeling coz ive been acting the quite-a-same script before but as the bad guy undoubtedly. pity darl coz she need to walk in this dark alley of life. she was so depressed even she smudged her face with smiles. and the worst part is, she have a lot of kerja sekolah to be done aite now.

babe, listen to this.
Ill say nothing if u keep moaning about this cerita perih.
Ill make fun of u if u keep mourning about this sad ending-yet love story.
Ill changed the channel and watch spontan instead if u keep crying all night long.
its your choice of life. if your heart can defend your soul from mortars and bullets, just keep on walking darl. but
JUST IF THIS TRAGEDY AFFECT YOUR SEKOLAH. ILL MAKE SURE U DAI AND KEEP DAING. JUST REMEMBER WHAT IMPORTANT. FOR US, U ARE , NOT HIM. we'll always here grabbing your arm and walk with you in that stinky dark alley.


untitle from sara

this time ia dari sara. she cant put it in her belog coz of BS reason (haha).she usually cant give her touch any title. in order to respect her signature, im not giving any title for this time.
so,just fly oke.

Tak mahu keluar dari kepala
itu kata-kata
Tak mahu keluar dari jiwa
itu rasa-rasa
Aku terperangkap dalam masa
Wujud bangsat segala
Boleh tidak?
Boleh tidak berikan aku nyawa?
Tak perlu kau lawan satu semesta
Tak perlu ke disko berjimba
Cukuplah satu malam bersama
dengan bergelas teh berbuih
dan mabuk kepulan asap putih
Gelak ketawa dan dengar cerita perih
cuma itu aku mahu darimu kawan..

she want me to reply this but later la eh. skang mood hanya pada akademik.haha BS

she wrote this on a paper , a real paper.so i attach it here to not letting the memories being just memory.*mind my language. mengantuk.

14.10.09

masih ada walau kosong.

kosong hanya angka
tapi hakiki dunia kosong bukanlah tiada
ruang ujud tiada isinya
kali ini yang nampak, sungguh berbeza
penuh tapi tidak terjejak dimana-mana
memenuhi tapi terhilang terus tidak terjumpa
berpenghuni tapi ghaib tidak meninggalkan tapak

kosong hanya angka
lambat laun mahu atau enggan kena bergerak
ia sifat hakiki hak yang mutlak
jika tidak tersungkur kebawah, ditolak keatas
hidup katanya ibarat roda
sedang mayat juga akan lerai dikunyah bakteria
inikan pula hanya kosong si angka
cuma hati meronta meminta-minta
jangan kosongkan ruang akal lama-lama
berkarat nanti jika hanya ditemani udara
jangan ghaib pergi tak tentu hala
perubahan cuaca tiba-tiba ertinya malapetaka
jangan hilang menyembunyi diri dari segala
kerna ada yang pasti terduduk terkesima.

13.10.09

membuang.mengira dan menampilkan ketidakpandaian di UniKL

Hari ini adalah hari pengundian yang sepatutnya adalah suatu hari yang "grand". maksudnya sekurang-kurangnya rakyat tahu, tapi macam satu kejutan pulak bile masih ade mereka yang tidak tahu apa-apa pasal PILIHANRAYA ini.
and even
tiada langsung risalah mahupun pemberitahuan tentang perjalanan pilihanraya SEKURANG-KURANGnya, how to mark your vote. and what will make your vote declared as "UNDI ROSAK".

Saya di lobi.
Lobi adalah tidak sejuk
Ya, tidak sejuk ,cukup untuk membuatkan 'atas riba' bersuhu tinggi
tidak seperti di dalam makmal di tingkat 16.

Saya sedang membuat kerja sekolah.
Dihadapan saya, SPR dan calon sedang duduk di dalam majlis mengira undi. pengundi perlu undi 7 dari 14.
Oke.

Saya masih membuat kerja sekolah.
Kumpulan politik tadi sedang mengira satu-satu kertas undi. "undi rosak, 8 orang diundi."
Oke.

Saya sedang mencari gegamba untuk kerja sekolah saya tersebut.
Sayup-sayup kedengaran lagi. ""undi rosak. die vote sorang je".
Hah? TIDAK OKE!

Kenape undi di bawah tujuh dikira undi rosak?
Tak boleh dicatit sokongan-kah jika jumlah undian dibawah tujuh?
Kalau lebih memang faham lah, kalau 9 undi, tapi nak tujuh je.. xkan nak buang saje-saje lagi dua.TAPI kalau satu undi, bermaksud pengundi menaruh kepercayaan kepada SEORANG calon dan yang lain TAK LAYAK bagi hemah pengundi tersebut. Maka, ia adlah hak calon tersebut undi mendapat SATU kepercayaan tersebut. UNDI ROSAK? TAK ADIL.

Mood membuat kerja sekolah terus hilang. Walaupom saya tidak penting untuk majlis tersebut dan ia langsung tidak ada kene mengena dengan STUDY LOAN yang katanya masih di dalam meeting samada aprove atau TAK, tapi sebagai non-partisan beloger yang asik memikirankan hal politik negara dan mengkutuk-kutukkan ketidakkeberkesanan sistem-sistem, ia buat saya terus memikirankan hal itu dan apa yang menyebabkan pegawai-pegawai buncit UniKL tidak terlintas di (tempat mereka berfikir.vary for diff people) mereka tentang hal ini? DASAR KERAJAAN??

Terima kasih kerana berikan saya alasan untuk tangguh buat kerja sekolah.
HIDUP UniKL! HIDUP MARA!

10.10.09

RASUAH-Lubangkan sedikit kepala anda.

Hasyim: ko tgk ni syam, rasuah merate2. bg duit konon. apa? besarkan masjid? sumbangan sekolah? die igt rakyat bodoh ke? RASUAH SUME INI.

Hisyam: Kenape eyp?

Hasyim: ye la, taim pilihan raya je baru semua ni ade tau. dasar pemimpin rasuah!

Hisyam: Owh. taim tak pilihan raya, takde la semua ni, ko tak penah bace langsung la pasal sumbangan2 ni syim?

Hasyim: ade tapi...

Hisyam: tapi kalau tak pilihan raye, ko tak boleyh la nak tuduh rasuah ye tak~

Hasyim: err..

Hisyam : ko penah dgr tak syim istilah memancing undi?

Hasyim : penah! RASUAH la tuh, tabur duit rata2.

Hisyam: Owh. jadi lepas ni pilihanraya, tak paya kempen la ye. tak payah ceramah. tak payah gerai. tak payah papan tanda.

Hasyim: apasal plak ko cakap macam tu syam?

Hisyam : Rasuah la tuh. sogok SYURGA!

Hasyim: err..tu bukan rasuah syam, tu janji eh.. err.. pancing undi.. err..

Hisyam: hah. gagap kau syim. yang ko bace tu sume pancing undi syim. kalau nak undi,undi..kalau tak undi, tak payah. duit sumbangan, masjid makin besar dan ape bagai lagi tetap kau dapat.Sumbangan ni taim tak pilihanraya pon ade, cume extra lagi mase pilihanraya sebab nak pancing undi. APE PUNYE TAHAP PEMIKIRAN LA KAU NI. SUME BENDE RASUAH. SEMPIT!! SINI RASUAH, SITU RASUAH. JANGAN SAMPAI KO TERAMBIL RASUAH TAK DISEDARI SYIM. LUANGKAN MASA BERFIKIR!
kalau rasuah, its like "nah amek duit ni, kompem undi parti saya tau!"."nah amek sorang 5000, undi tau!!"."nah pakcik,amek 1000 belanja dapur, pangkah saya tau!"
kan aku da ceramah. *hish.

8.10.09

kekebalan is now in your hand

karim: ape la nasib aku ni kir,asik kene buli je.

syakir: teruk ke kau kene setiap kali dibuli kar?

karim: teruk gak kir, darah2 abes kepale aku. bertitis titis menuju straight ke tanah.

syakir: ish teruk tu,koyak-koyak baju a ni?

karim: masuk ni da 12 kali aku beli baju baru kir. tolong la aku kir, ape aku nak buat?

syakir: takpe2,jangan risau. aku tau kau kene beguru dengan sape. die hebat.

karim: betul ke kir? hebat betul ke?

syakir: betul kar, die hebat. kebal, kene tarah ngan objek tajam tadahal je. kulit macam tar jalan da. kepale je kurang sket. tapi die ade ilmu lain plak nak setel part tu.

karim: ilmu ape kir?

syakir: die boleh corakkan darah die guna mind power, tak la titis2 straight ke tanah je, boleh design a muke ikut corak yang kau nak. stylo beb.

karim: betul ke ni kir? bukti sket, cam dongeng je kau ni. ingat rancangan wakenabeb ke ape?

syakir : ok2, x caye ey.. ni tgk gamba die dalam henset aku ni.

...loading...



karim: a ah la kir, stylo a. ade nomo kontek x?

syakir: ko g PD, ko search pakai bluetooth device,carik "sifu PAS KEBAL". kompom jumpe.

karim: YES.aku kan bertukar lepas ni, KEBAL dan STYLO

perubahan yang sama

tetap tahu tapi terus tak peduli
masa melintas dan masa pergi
dugaan didepani cubaan dihadapi
kegagalan mengetuk tingkap diri
kejayaan memecut lari dari sini
kata akal pergi kejari
kata hati biarkan yang kelam pudar sendiri
namun tubuh yang terus rasai
pengalaman mengajar erti,kata sang mengetahui
sakit pedih adalah ejen mematangi
tapi kenapa tuan kaki tetap keras berdiri
tanpa kenal judi didepan dahi

bagai dirasuk ahli silap mata
jasad mengambil alih tugas akal
yang kanan dikirikan yang atas dibawahkan
melihat langit paparkan visual lama
skrin hidup yang menghantui anak mata
jaga dan lena masih sama
tiada beza antara menang dan kalah
walau tahu tetap tak ambil endah

6.10.09

hanya terima kasih...

...yang dapat saya berikan

program bersama anak yatim telah selamat di jalankan.Kami gembira, mereka juga gembira

terima kasih kepada yang menyumbang dan terima kasih juga kepada TOK SEDARO PANEH dan CIK SI SARA yang mengiklan.
juga tak dilupa kepada mereka yang memaki saya.
oh,buzze.aku da paham macammana rasenye.

esok kami meeting untuk bentangkan report.
insyaAllah akan ade picta juga untuk esok.

*oh sebuk2, masa untuk menduduki peperiksaan lagi!
SELAMAT HARI RAYA.ada rumah terbuka,jemput2 la~

janji kene tepati.XOXO <---ok,gedik!

this is a late post containing sum promises made at this post.

for this post












and for this post













Banyak lagi, tapi letih la. hehe.
uld pictas give sum memors back~
*heart and kisses for yu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...